Susulan pengakuan pengarah dan pelakon Syamsul Yusof yang mengesahkan dia sudah berkahwin dengan Ira Kazar di Instagram, Puteri Sarah Liyana dilihat turut memberikan reaksi.

Menerusi muat naik di Insta Story Sarah sebentar tadi, Sarah berkata dia kini sedang sibuk di lokasi penggambaran dan akan tampil ‘menjawab’ segala hal berkaitan isu rumah tangganya selepas ini.

BACA:  Syamsul Yusof Umum Kini Suami Ira Kazar, Secara Gentleman Akui; “Telah Bernikah Secara Sah, Berwalikan Ayahnya.”

“You turned everything into my fault? (Awak membuatkan semuanya kelihatan seperti salah saya?) Ok, wait. Tengah shooting jap. Kejap lagi Sarah buat video. Tunggu ya,” tulis Sarah.

“Tahniah Sebab Akhirnya Mengaku Dan Berdaftar,” – Reaksi Puteri Sarah Mengejutkan, Ini Yang Dikongsi

Dalam pada itu, Sarah sempat menitipkan ucapan di atas perkahwinan kedua suaminya dengan anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi itu.

IKLAN

“But apa-apa pun TAHNIAH sebab akhirnya mengaku dan berdaftar. Selepas dah berbulan nikah di Thailand kan,” tulis Sarah lagi.

Terdahulu, Syamsul mengaku dia sudah bernikah dengan Ira di Thailand, berwalikan bapa Ira, Kazar.

Pengakuan itu dikongsikan sendiri Syamsul menerusi laman Instagram miliknya, pada petang Jumaat.

IKLAN

Dalam video itu, Syamsul meminta Sarah kembali ke rumah mereka agar dapat berbincang secara terus berhubung permasalahan melibatkan perkahwinan mereka.

“Puteri Sarah masih isteri saya, harap Sarah pulanglah ke rumah supaya kita boleh berbincang masalah yang berlaku. Tak perlulah nak hebahkan di media sosial dan buka aib orang.

“Sudah-sudahlah bawa anak keluar tanpa izin suami. Saya tak mahu orang cakap saya tak menjalankan tanggungjawab sebagai suami,” kata Syamsul dalam video berkenaan.

IKLAN

Sarah sebelum ini mendedahkan Ira sebagai orang ketiga yang menganggu rumah tangga mereka sejak empat tahun lalu dan turut membawa masalah ini ke muka pengadilan.

Untuk rekod, Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah yang kini berusia empat tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI