Tahniah! PU Abu Dapat Anak Lelaki, Beri Nama Muhammad Uwais Al-Mateen
Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan berkongsi rasa gembira selepas isterinya, Hana Azraa selamat melahirkan cahaya mata pada 1 Februari lalu jam 6:59 pagi.
Memilih namaĀ Uwais Al-Mateen, bayi lelaki itu dilahirakan seberat 3.12kg.
Perkara itu dikongsikan Abu di Instagramnya.
“Syukur pada Allah! Pada tanggal 1 Februari 2020 jam 6.59 pagi lahirlah putera aku yang kedua dengan berat 3.12 kg.Moga menjadi anak yang soleh, kehidupan mu memberikan manfaat kepada orang yang lain dan paling penting diri mu mampu memberikan sumbangan kepada Islam.
Ads
“Terima kasihĀ @hanaazraaĀ kerana kuat untuk melahirkan anak kita.Moga Allah membalas segala keperitan yang dirasai dengan syurga firdaus.Terima kasih mummyā„ļø ā„ļøā„ļø
Muhammad Uwais Al-Mateen bin Muhammad Abu Sufyan,” tulisnya.
Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) sudah pun melabuhkan tirainya dan edisi kali ini menobatkan Sumpah nyanyian Naim Daniel diangkat sebagai pemenang utama, mengetepikan 11 barisan lagu lain yang bersaing.
Selain barisan pemenang yang diberi perhatian, pelbagai kisah menarik sepanjang AJL34 yang disiarkan di TV3 turut menjadi tumpuan ramai.
Ini dia antara corat-coref AJL34 yang menarik untuk dikongsikan. Check it out!
Bukan 17 tetapi sebenarnya 27 orang penyanyi telah diundang untuk membuat persembahan pembukaan AJL tahun ini. Datuk Syafinaz Selamat menambah, daripada 27 penyanyi itu, 10 daripadanya ialah ahli Koir Kebangsaan.
Sementara 17 penyanyi lain yang terdiri dari Adibah Nor, Misha Omar, Lah Ahmad, Liza Hanim, Marsha dan ramai lagi pula adalah gandingan penyanyi yang pernah meraih anugerah Vokal Terbaik dan mereka yang bertanding di peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 34.
Seramai 10 orang juri profesional telah dilantik AJL tahun ini dan Ajai bertindak sebagai ketua juri. Cat Farish turut berada di kerusi juri menggantikan Allahyarham Faizal Uzir atau Lok-U.
Persembahan Aina Abdul yang menyampaikan lagu Sumpah dengan mengenakan persalinan putih lalu tiba-tiba keluar darah dari bahagian dadanya dilihat hampir sama dengan persembahan bintang Pop, Lady Gaga di Anugerah VMA pada tahun 2009 lalu.
Ketika Akim & The Majestret membuat persembahan menerusi lagu Rampas, Axiata Arena ādihujaniā dengan daun terup khas yang turut mempunyai wajah kesemua anggota wajah ahli kumpulan berkenaan.
Datuk Rosyam Nor mencuri perhatian apabila muncul di dalam persembahan Haqiem Rusli sementara Nabila Huda juga turut sama hadir ke pentas AJL tahun ini untuk lagu Ragaman.
Ramai peminat yang tidak berpuas hati apabila mikrofon Datuk Seri Nurhaliza tidak berfungsi pada awal nyanyiannya. Bagaimanapun, komposer Anta Permana, Hael Husaini menjelaskan situasi berkenaan adalah sesuatu yang normal di dalam sesebuah persembahan secara langsung.
Penampilan penerbit, Datuk A.Aida yang hadir ke AJL34 dengan tidak mengenakan hijab nyata āmemancingā mata ramai. A.Aida merupakan penulis lirik untuk lagu Kisah Cinfa Kita nyanyian Hafiz Suip.
A post shared by Dato A.Aida (@a_aidaproduction) on
Naim Daniel menjelaskan sebelum ini ada konsep lain untuk dibawa, bagaimanapun dia dan team sepakat untuk membawa konsep ilustrasi ini di AJL34. āPerancangan Allah lebih baik,ā katanya ketika sidang media.
Gamat satu stadium apabila dari kejauhan, figura terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza mula menaiki tangga bagi mengiringi persembahan Bob. Ia kemunculan pertamanya di AJL selepas 12 tahun. Pada masa sama, ramai yang memuji penampilan Tok Ti semalam!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pegacara, Awal Ashaari berharap agar orang ramai tidak lagi terus memainmam isu melibatkan kekeliruan status jantina usahawan kontroversi yang viral kini.
Katanya, perkara tersebut harus dihentikan segera kerana ia seolah-olah menjadi sebuah isu negara yang bukannya dalam sisi positif.
āIsu jantina pun sudah menjadi isu negara.
āOrang yang membuat kontroversi senyum, satu Malaysia bercakap mengenai dia. Lagi banyak orang komen, lagi banyak orang cari. Lagi banyak orang pertikai, lagi tinggi saham dia.
āKita perlu hentikan perkara ini. Semua benda yang dia buat menjadi isu negara dan bukannya dalam aspek yang positif,ā tulisnya di Insta Stories.Ā
Dalam masa sama, pengacara Melodi ituĀ meminta pihak berkuasa supaya melakukan tindakan segera agar perkara ini dapat dihentikan.
āMungkin Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) boleh tolong selesaikan isu ini juga. Dulu sudah jadi isu sekali dan Jakim panggil buat pertemuan, tapi tak tahu apa keputusannya.
āIni pergi umrah dan jadi isu lagi. Esok lusa, kalau dia kahwin pula akan jadi lagi?ā tulisnya.
āJadi, apa kata kita tolong selesaikan isu ini supaya rakyat Malaysia tidaklah terkejut dengan semua tindak tanduk dia. Kasihan juga kalau betul dia istimewa seperti yang dia katakan.
āSaya bukan nak sibuk, tapi saya penat apabila baca surat khabar, ada benda-benda yang kurang ilmiah dan mungkin tak timbul isu sekiranya ia hanya berkaitan isu jantinanya. Namun, isu ini menjadi kecoh kerana membabitkan agama Islam dan Tanah Suci,ā tulisnya.Ā
Awal bagaimanapun, tidak menyatakan nama mana-mana individu terhadap status yang dikongsikan itu.
Foto : Instagram Awal Ashaari
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Acey atau nama sebenarnya,Ā Mohd Nasir bin Hamzah ada menitipkan dedikasi serta penghargaan terhadap isteri tersayang, Nor Hasanah Yahaya atau sinonim dipanggil Anne atas apa yang berlaku sepanjang minggu ini.
Isnin lalu, salah seorang anggota Bocey yang turut dianggotai Achey iaitu Abam telah pergi mengadap Illahi di kediamannya di Gombak dipercayai akibat demam panas.
Bagai memahami situasi yang dihadapi, Achey menyatakan rasa terima kasih buat suri hatinya itu yang dilihat memberi ruang untuk dirinya atas pemergian seorang yang bergelar sahabat.
āTq isteri ku⦠tugasmu agak berat dalam minggu ini jaga anak,drive, dan persiapan semua di selesaikan dengan baik hanya untuk beri ruang aku melepiaskan rindu dan sedih sepuasnya pada sahabat buat seketika.
āInshallah kembali dengan perjuangan yang baru #kitabaikramaisayangĀ #bocey,ā tulisnya.
Menerusi entri yang dikongsi itu menunjukkan isterinya itu sedang memangku anak mereka, Tiara Zinnirah di pusara Allahyarham Abam.
Terdahulu, Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, meninggalkan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah yang kini berusia lapan bulan.
Ia merupakan cahaya mata sulung hasil perkahwinannya bersama Siti Norhidayah pada Disember 2017, al-Fatihah.
Foto: Instagram Achey
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!