Acey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir bin Hamzah ada menitipkan dedikasi serta penghargaan terhadap isteri tersayang, Nor Hasanah Yahaya atau sinonim dipanggil Anne atas apa yang berlaku sepanjang minggu ini.
Isnin lalu, salah seorang anggota Bocey yang turut dianggotai Achey iaitu Abam telah pergi mengadap Illahi di kediamannya di Gombak dipercayai akibat demam panas.
Bagai memahami situasi yang dihadapi, Achey menyatakan rasa terima kasih buat suri hatinya itu yang dilihat memberi ruang untuk dirinya atas pemergian seorang yang bergelar sahabat.
“Tq isteri ku… tugasmu agak berat dalam minggu ini jaga anak,drive, dan persiapan semua di selesaikan dengan baik hanya untuk beri ruang aku melepiaskan rindu dan sedih sepuasnya pada sahabat buat seketika.
Ads
“Inshallah kembali dengan perjuangan yang baru #kitabaikramaisayang #bocey,” tulisnya.
Menerusi entri yang dikongsi itu menunjukkan isterinya itu sedang memangku anak mereka, Tiara Zinnirah di pusara Allahyarham Abam.
Terdahulu, Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, meninggalkan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah yang kini berusia lapan bulan.
Ia merupakan cahaya mata sulung hasil perkahwinannya bersama Siti Norhidayah pada Disember 2017, al-Fatihah.
Foto: Instagram Achey
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dalam pada negara terkait dengan kemelut politik dengan perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, tindakan Yang di Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah terhadap petugas media yang sejak Ahad lalu yang ‘berkampung’ di hadapan Istana Negara nyata menarik perhatian masyarakat.
Jika semalam, pihak istana mengejutkan petugas media bersama tengahari iaitu KFC, hari ini Agong mencemar duli menyampaikan sendiri McDonalds kepada petugas media di luar perkarangan istana.
“Yang di Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli menyampaikan makanan tengah hari kepada petugas-petugas media di luar Istana Negara hari ini. – FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
#sinarharian #agongkita,” kongsi Sinar Harian.
Titah Baginda, ini hanya sekadar sumbangan kecil kepada petugas media yang bertungkus lumus dalam menyediakan maklumat buat masyarakat.
Tindaka tersebut nyata menunjukkan sifat kasih sayang dan keprihatinan baginda kepada rakyat.
Foto : Instagram Sinar Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak mampu menampung air mata yang tumpah melihat kesedihan ibu ini apabila dapat berjumpa anaknya yang sudah tiada menerusi permainan video VR (Virtual Reality).
Perkongsian Mark Adam di laman Instagramnya ini nyata mengundang sebak di hati yang menonton.
Menerusi sepotong video pendek itu, wanita yang dikenali sebagai Jang Ji-Sung dibawa berjumpa anaknya, Na Yeon-yang meninggal dunia sebelum berusia tujuh tahun akibat kanser darah.
Teknologi VR telah berjaya mereka simulasi yang seakan-akan dia bertemu anaknya di sebuah taman yang sering dikunjungi mereka dahulu.
Jang meluahkan kerinduan mendalam terhadap anaknya sambil tangannya cuba mengusap lembut rambut si anak.
Si anak bagaimanapun menyatakan keinginan supaya ibunya berhenti bersedih dan kedua-duanya menyambut hari lahir Jang bersama.
Namun realitinya, Jang hanya berdiri di dalam studio di samping layar hijau sambil disaksikan suami, anak-anak dan beberapa kru terlibat.
Pengacara dan penyampai radio, Radin mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya, Azlina Idris yang juga seorang pramugari.
Namun, mereka masih tidak mempunyai tarikh spesifik buat masa ini.
Meski sibuk dengan kerjaya masing-masing, namun Radin,30, mempunyai perancangan untuk melakukan majlis merisik dan pertunangan pada tahun ini.
“Perancangan kahwin itu ada, cuma tiada tarikh yang spesifik belum ada sebab masing-masing sibuk dengan tugas. Macam saya sibuk dengan kerja dalam bidang pengacaraan dan DJ radio, dia (kekasih) pula sibuk ‘terbang’ sana sini.
“Dari segi merisik dan ke fasa pertunangan itu, Insyallah saya akan mulakan tahun ini juga.
“Andai kata jodoh itu dicepatkan dalam tahun ini juga, Alhamdulillah,” katanya.
Terdahulu, hos ini ditemui di perasmian kempen 12 Bulan 12 Destinasi Nu-Prep di Putrajaya pada Jumaat.
Saling mengenali lebih dua tahun, Radin juga difahamkan sudah mendapat restu daripada pihak keluarga.
“Saya pun dah bawa dia jumpa keluarga saya, Alhamdulillah, keluarga terima dan merestui hubungan kami. Mereka sudah bagi ‘green light’.
“Saya pun dah jumpa keluarga kedua-dua belah pihak tiada halangan. “Nak kata ini jodoh pun tak tahu lagi, sebab kami belum disatukan lagi, tetapi apa yang saya ada sekarang adalah yang terbaik untuk diri saya,” jelasnya.
Akui mempunyai cabaran dalam perhubungan cinta jarak jauh, namun pemilik nama penuh Radin Amir Affendy ini tetap positif.
“Bagi saya tiada masalah untuk bercinta jarak jauh kerana masing-masing sibuk dengan tugas. Setakat ini, Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja. Cumanya susah nak jumpa sajalah.
“Jadi kami berhubung melalui Face Time, Video Call dan ‘update’ di Intagram masing-masing,” jujurnya yang sentiasa merindui kekasihnya itu.
Radin sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa artis termasuklah pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat.
Sementara itu, kempen 12 Bulan 12 Destinasi Nu-Prep ini bakal memilih 12 pemenang bertuah untuk ke 12 destinasi pelancongan menarik antaranya Bali, Hanoi, Jeju, Istanbul, Sydney, Beijing, Tokyo, Perth , Maldives, Jeddah, Almaty dan Borocay selama 3 hari 2 malam.
Pertandingan tersebut akan berlangsung setiap bulan untuk 12 bulan berturut-turut.
Nu-Prep adalah produk yang berasaskan kesihatan lelaki dan wanita.
Penyanyi Kaka Azraff menjelaskan segala hantaran yang dikongsikan di media sosial sejak kebelakangan ini langsung tidak mempunyai kaitan dengan kisah peribadinya.