Pelakon dan pegacara, Awal Ashaari berharap agar orang ramai tidak lagi terus memainmam isu melibatkan kekeliruan status jantina usahawan kontroversi yang viral kini.

Katanya, perkara tersebut harus dihentikan segera kerana ia seolah-olah menjadi sebuah isu negara yang bukannya dalam sisi positif.

“Isu jantina pun sudah menjadi isu negara.

“Orang yang membuat kontroversi senyum, satu Malaysia bercakap mengenai dia. Lagi banyak orang komen, lagi banyak orang cari. Lagi banyak orang pertikai, lagi tinggi saham dia.

“Kita perlu hentikan perkara ini. Semua benda yang dia buat menjadi isu negara dan bukannya dalam aspek yang positif,” tulisnya di Insta Stories. 

IKLAN

Dalam masa sama, pengacara Melodi itu meminta pihak berkuasa supaya melakukan tindakan segera agar perkara ini dapat dihentikan.

“Mungkin Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) boleh tolong selesaikan isu ini juga. Dulu sudah jadi isu sekali dan Jakim panggil buat pertemuan, tapi tak tahu apa keputusannya.

IKLAN

“Ini pergi umrah dan jadi isu lagi. Esok lusa, kalau dia kahwin pula akan jadi lagi?” tulisnya.

“Jadi, apa kata kita tolong selesaikan isu ini supaya rakyat Malaysia tidaklah terkejut dengan semua tindak tanduk dia. Kasihan juga kalau betul dia istimewa seperti yang dia katakan.

IKLAN

“Saya bukan nak sibuk, tapi saya penat apabila baca surat khabar, ada benda-benda yang kurang ilmiah dan mungkin tak timbul isu sekiranya ia hanya berkaitan isu jantinanya. Namun, isu ini menjadi kecoh kerana membabitkan agama Islam dan Tanah Suci,” tulisnya. 

“Esok Lusa, Kalau Dia Kahwin Pun Akan Jadi Isu,”- Awal Ashaari ‘Penat’, Minta Hentikan Isu Viral Kini Sebab…

Awal bagaimanapun, tidak menyatakan nama mana-mana individu terhadap status yang dikongsikan itu.

Foto : Instagram Awal Ashaari

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI