Usahawan yang kini bergelar selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan kontroversi yang tercetus melibatkan keluarga balu Allahyarham Abam Bochey dan adik lelakinya, pelawak Ali Puteh.

Aliff, 33, menerusi sidang menjelaskan, dirinya turut bersedia untuk bertemu ahli keluarga Abam bagi menyelesaikan segala isu berbangkit berikutan perkongsian video live di Facebook miliknya, baru-baru ini.

“Di dalam situasi ini, saya amat kecewa atas segala apa yang dilemparkan kepada saya, tapi, saya tak nak membesarkan lagi isu ini, saya nak berdamai.

“Kami pun sebenarnya tidak menyangka benda ini berlaku dan tidak ada niat nak melagakan mana-mana pihak.

“Jadi saya memohon maaf kepada Ali dan Hidayah. Saya pun bersedia untuk berjumpa dengan ibu Ali seperti yang diminta,” katanya.

Penyanyi Bobo Di Mana ini menjelaskan isu yang terkait menerusi satu sidang media yang diadakan di Kota Damansara.

IKLAN

Jelasnya lagi, video yang dikongsikan di Facebook itu sebenarnya sudah mendapat persetujuan daripada Nor Hidayah untuk ditayangkan secara langsung di laman sosialnya.

“Selepas menjadi kecoh, saya terus menghubungi Hidayah bertanyakan sama ada mahu dipadam atau tidak, tetapi dia sendiri yang kata tak perlu.

“Walaupun saya tahu 1001 cerita (apa yang diceritakan Hidayah mengenai keluarga) biarlah saya simpan sendiri. Apa yang ditayangkan itu hanya 10 peratus sahaja,” terang Aliff.

IKLAN

Pada masa sama, Aliff turut menunjukkan rakaman video perbualan dirinya bersama Hidayah yang memberikan kebenaran kepadanya.

Terdahulu, Aliff Syukri yang membuat live di Faceebook ketika membuat kunjungan ke rumah balu arwah Abam, Nor Hidayah mencetuskan kekecohan apabila menyentuh isu sensitif melibatkan harta.

Ekoran video yang dikongsikannya itu, Ali kemudian naik berang sehingga melabelkan kakak iparnya sebagai ‘binatang’.

IKLAN

Ali bagaimanapun memadam statusnya itu sebelum meminta maaf atas keterlanjurannya itu.

Pelawak itu sebelum ini turut melakukan sidang media bagi menjelaskan hal yang berlaku.

Ikuti sidang media penuh Aliff Syukri di sini;

#MHnews Sidang media Datuk Seri Aliff Syukri berkaitan kontroversi bersama Ali Puteh dan balu arwah Abam

Posted by MEDIA HIBURAN on Sunday, 23 February 2020

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI