Pelakon Farah Nabilah mengumumkan akan menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.
Memilih Mohamed Amirul Yunus sebagai pasangan hidup, Farah atau nama lengkapnya, Farah Nabilah Saipuddin akan mengadakan majlis pernikahan pada 20 Disember ini.
“Sifat kesabaran dia (Amirul) membuatkan saya jatuh hati pada dia yang sanggup menunggu saya selama tujuh tahun.
“Malah, keluarga dia juga sangat sayang kepada saya dan saya rasa selesa apabila bersama dengan mereka,” kata Farah kepada MH.
Dalam pada itu,bintang drama Cik Reen Encik Ngok Ngek ini mendedahkan detik perkenalan dengan bakal imamnya yang merupakan seorang juruterbang.
Ads
“Kami diperkenalkan kawan baik, Izara Aishah sejak tujuh tahun lalu. Pada mulanya saya jual mahal tetapi Amirul tidak berputus asa.
“Sebenarnya saya tidak perasan dia sudah mengikuti (follow) saya di Instagram dan lihat pekembangan saya, tetapi ketika itu Instagram saya dalam mood privasi,” kongsi Farah yang sudah siap membuat persiapan kahwin sebanyak 80 peratus.
Ads
Pasangan ini ditemui di Hotel Majestic, Kuala Lumpur siang tadi sempena pengumuman majlis perkahwinan mereka.
Memilih tarikh 28 Disember sebagai majlis resepsi (belah lelaki), manakala pada 5 Januari 2020 di sebelah perempuan.
Ads
Kedua-dua majlis akan diadakan di sekitar hotel Kuala Lumpur.
Terdahulu, Amirul telah datang merisik Farah di kediamannya pada awal tahun ini.
Kian menyerlah di Indonesia, bakat serta pesona yang dimiliki pelakon dan hos, Uyaina Arshad semakin diterima ramai penggiat seni di sana.
Mengimbau kenangan, bintang berusia 27 tahun yang dicungkil bakatnya menerusi satu program pencarian ikon Muslimah memberi kesempatan buatnya untuk mencari peluang mencari tapak kukuh di negara jiran.
“Sekitar April lalu, pihak produksi di sana ada tawarkan saya untuk jadi hos bagi program Dangdut Akademi (D’Academy Asia) sahaja.
“Bagaimanapun tiba-tiba sebulan kemudian pengurus saya, Rahman beritahu Indosiar tawarkan untuk sebuah lagi prgoram iaitu Golden Memories Asia 2019.
“Saya difahamkan sebelum ini program tersebut hanya melibatkan penyanyi tempatan sahaja.
“Akan tetapi untuk musim baru, mereka kembangkan ia dengan memanggil peserta serantau. Jadi saya sambung terus berada lebih empat bulan di sana,” katanya yang dijadual bakal mengendalikan D’ Academy Asia musim terbaru.
Uyaina atau nama lengkapnya, Saidatul Naseha Uyaina binti Arshad merupakan juara pertama pertandingan Puteri Muslimah Asia 2018 yang anjuran Indosiar.
“Sejak itulah, peluang dan rezeki hadir. Saya diberi peluang untuk menjadi hos bagi beberapa rancangan besar di sana. Misalnya D’Academy Asia dan Akademi Sahur Indonesia (Aksi) Asia 2018.
“Alhamdulillah reaksi yang diterima sangat baik dan mereka boleh terima saya dengan terbuka,” jelasnya kepada MH.
Tidak mahu memberi tumpuan dalam satu bidang semata, wanita asal Perak ini turut mencari peluang dalam dunia lakonan di negara ini sementelah beberapa drama lakonan terdahulu seperti Lelaki Kiriman Tuhan dan Curi-Curi Cinta mendapat perhatian yang bukan calang-calang.
“Saya ni masih boleh dikira baru dalam lakonan, akan tetapi rezeki itu tetap ada. Alhamdulillah. Cuma ya, sebagai orang baru saya tidaklah terlalu mengetatkan soal pemilihan watak.
“Asalkan dia bersesuaian dengan imej dan batasan saya, itu sudah memadai. Cuma ketika ini, fokus dan komitmen saya perlu dilebihkan kepada pengacaraan dahulu,” katanya.
Uyaina juga turut mengakui ada menolak tawaran untuk berlakon dalam sebuah lagi drama bersiri atas kekangan komitmen. Bagaimanapun, ia tidak bermakna Uyaina mahu lupakan kerjaya seni di negara sendiri.
“Ramai juga yang tanya akan hal berkenaan, akan tetapi siaran program yang saya kendalikan di Indonesia lazimnya berlangsung dari malam Isnin hingga Jumaat. Jadi saya masih berpeluang pulang ke Malaysia pada hari minggu.
“Malah masih ada program yang perlu saya kendalikan juga,” jelas Uyaina yang memberi janji untuk cuma memberikan ruang terbaiknya dalam seni dua negara.
Ditanya mengenai status kesihatannya kini, Uyaina menjelaskan dirinya berada di dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Sibuk tidak bermakna dirinya leka untuk menjaga kesihatan.
“Saya masih bergantung kepada beberapa jenis pil yang berkaitan. Meski saya agak sibuk dengan jadual yang padat, namun saya cuba untuk pastikan diri mempunyai rehat selain mendapatkan tidur secukupnya.
“Malah saya kerap bertanya pada pakar mengenai status kesihatan selain turut melakukan senaman ringan untuk memastikan kadar degupan jantung berada pada paras normal,” jelas Uyaina yang turut perlu mengawal menu pemakanannya.
Awal tahun ini, bintang tersebut telah disahkan menghidap penyakit komplikasi jantung takikardia supraventrikel(SVT) dan injap jantung.
Menerusi Instagram rasmi Suria FM, Feeya atau nama sebenarnya, Nor Shafiza Iskandar Azizan ada meluahkan pendapat kepada pendengar perihal fesyen.
Malah, penyampai radio ini juga ada menyatakan pandangan yang asyik diberikan netizen.
“Nak bergaya perlu ke ikut seiring dengan usia atau terpulang kepada diri masing-masing nak bergaya yang macam mana.
"Itu diri aku suka hati aku lah…bukan aku suruh kau yang beli baju aku pun.
“Tapi kalau kita pakai yang seksi-seksi tak sesuai dengan umur mestilah orang mengata pulak kan?
“Ada juga netizen komen macam gini, dia kata gaya bukan tengok usia, mat salleh fikiran lagi bijak pun tak jadi isu pakaian ikut usia minat masing-masing.
“Ya Abang, tapi kita ni bukan dekat oversea kita dekat Malaysia.
"Lepas tu ada yang kata kalau sopan sikit baju tu mesti orang tak akan kecam.
“Ya betul walaupun baju tu ditaja tapi kita berhak untuk bersuara sebab yang pakai baju tu kita, yang kena kecam pun kita jadi kita kena bijak memilih,” kongsi Feeya lagi.
‘Mereka sangat baik dan pemurah’. Begitulah kesimpulan yang dibuat bintang Youtuber, Syahmi Sazli selepas berjumpa dengan idolanya, Johan dan Ozlynn.
Meluangkan masa bersama untuk lebih mengenali dengan lebih rapat, Youtuber yang lahir dari Kelantan ini gembira dapat berjumpa dengan pasangan selebriti itu.
“Dari dulu mmg minat betul dgn @jozlynnhanania .. Alhamdulillah harini dpt lunch skali n diorang sgt baik n pemurah. Beli hadiah utk asif yoe mi wife n baby.. patut la rezeki diorang murah. Moga abg johan n kak ozlynn sentiasa dlm rahmat ilahi,” tulisnya.
Syahmi bersama isteri dan pelakon utama setiap videonya iaitu Asif dan Yoe
Menerusi ruangan komen, pasangan selebriti itu meluahkan rasa syukur kerana diberi kesempatan untuk berjumpa mereka.
“Subhanallah, Allahuakbar, Alhamdulillah. Segala puji bagi allah.. rezeki allah bg lebih juga satu ujian buat kami.
“Allah nak tengok adakah kita kongsi, demo bg oghe happy, x tahu nak balas guano. nih jelah yg mampu
“Moga kita semua dpt bg manfaat pd org lain dan diberikan kesihatan yg baik, dibekalkan idea yg bagus dan didekatkan dgn org2 yg beriman. Amiin..Mekasih mi utk peluang nih. Jmp lg nnti bila dtg kl,” komennya.
Difahamkan, pertemuan tersebut diadakan di Suria KLCC sebagai memberi kenangan manis dalam hidup masing-masing.
Foto : Instagram Syahmi Sazli
ends ~
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Fattah Amin meluahkan rasa syukur apabila berpeluang menjalani ibadah puasa buat pertama kali bersama isteri tercinta yang juga penyanyi dan pelakon, Amira Othman.