Muhammad Faizal Zakaria, suami kepada Abby Abadi menerusi Harian Metro ada memaklumkan, bayi mereka kini berada dalam keadaan kritikal kerana berlaku pendarahan dalam paru-paru.
Meski isterinya sudah dibenarkan pulang, namun pasangan ini masih menanti makluman terkini daripada doktor.
"Semalam, doktor maklumkan kepada saya dan Abby bahawa bayi berada dalam keadaan kritikal kerana berlaku pendarahan dalam paru-paru.
“Hari ini, belum ada apa-apa maklumat terkini dan saya masih lagi menantikan berita daripada doktor," katanya seperti yang dipetik.
Ads
Menurut Faizal lagi, setiap hari isterinya akan ke hospital untuk menghantar bekalan susu ibu.
"Alhamdulillah, isteri saya berada dalam keadaan stabil dan dah dibenarkan pulang hari ini. Cumanya, setiap hari saya akan ke hospital untuk menghantar susu kerana bayi kami memerlukan susu ibu," katanya.
Ads
Sehingga kini, bayi pasangan Faizal dan Abby masih lagi ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Sungai Buloh untuk pemantauan.
A post shared by Faizal Zakaria (@jaiezzany) on Oct 1, 2019 at 7:22am PDT
Terdahulu, Abby selamat melahirkan bayi lelaki pada 27 September lalu pada usia kandungannya enam bulan selepas mengalami ‘turun darah’ kerana bacaaan darah tinggi yang meningkat.
Ads
Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015.
Jenazah pengarah filem, Mohd Firdaus Mohd Hanif atau lebih dikenali sebagai Pitt Hanif, telah selamat dikebumikan kira-kira jam 2.00 pagi di Tanah Perkuburan Islam AU 2, Kuala Lumpur, pada Isnin.
Berita tersebut dikongsikan Melodi TV3 di Instagram, awal hari ini bersama dua keping foto proses pengebumian.
Terdahulu, Allahyarham yang juga merupakan anak kepada seniwati Fauziah Nawi, telah ditemukan lemas selepas kira-kira 30 jam operasi mencari dan menyelamat (SAR), sekitar jam 4.25 petang Ahad.
Sementara itu, pelakon veteran itu menerusi siaran langsung di Facebook turut berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan dan berusaha mencari anaknya.
Mangsa yang berusia 43 tahun itu dilaporkan hilang petang semalam ketika memancing berhampiran Jambatan Gemunchur, Kampung Mela, Lipis. Difahamkan, bot dinaiki mangsa bersama seorang rakannya dikatakan terputus dua, mengakibatkan mangsa dibawa arus deras.
Arwah berada di daerah itu bagi menyiapkan penggambaran filem Coast Guard yang bermula kira-kira dua bulan lalu.
Firdaus meninggalkan seorang isteri, Farah Ahmad, 42, dan tiga anak perempuan berusia antara tujuh hingga 16 tahun.
Balu Allahyarham turut memaklumkan mengenai urusan serta lokasi arwah dikebumikan menerusi media sosial.
Pelakon Mawar Rashid atau nama sebenarnya, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid tidak menolak andai dikurniakan rezeki cahaya mata lagi.
Anak pertamanya, Raden Muhammad Rafael kini sudah pun mencecah usia lebih tujuh bulan.
Kata Mawar kepada MH, dia bersyukur andai diberikan rezeki zuriat awal meski dirinya mengakui mahu beri fokus terhadap anak dan kerjaya untuk tempoh dua tahun sebelum memikirkan soal menambah ahli keluarga.
“Saya masih muda. Jadi saya okay sahaja kalau dikurniakan rezeki anak lagi.
“Akan tetapi buat masa sekarang saya dan suami perlu fokus pada Rafael yang kini sedang membesar terlebih dulu.
“Pada masa sama, saya baru sahaja kembali ke set penggambaran setelah lebih setahun berehat,” katanya.
Bekas finalis Dewi Remaja 2014/15 ini baru sahaja muncul menerusi tele-movie seram, Penaklukan Syaitan siaran Astro Citra Exclusive, baru-baru ini.
“Alhamdulillah, saya gembira. Kalau Allah dah bagi, kami syukur, terima sahaja,” terang Mawar lagi sambil dipersetujui suami, Raff Yaakob yang setia menemani isteri di sisi.
“Abang dengan kakak dia minta ‘babygirl’,” celah Raff lagi secara berseloroh.
Ditanya mengenai perancangan cahaya mata pula, pasangan ini mengakui menyimpan impian memiliki dua lagi permata hati bersama (hasil perkahwinan terdahulu, Raff dikurniakan dua orang anak, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela).
“Saya hadir hadir dari keluarga keluarga yang besar. Jadi saya sangat gembira kalau dikelilingi adik-beradik yang rapat hubungannya.
“Kami saling menyokong dan bersyukur kerana ada keluarga yang sedemikian dan saua turut kongsikan ia bersama suami… Gembira kalau ramai anak, asalkan saya dan Raff mampu untuk jaga dan beri fokus,” jelas Mawar.
Mula mencipta namanya menerusi program realiti, Malaysian Idol, Jaclyn A/P Joshua Thanaraj Victor atau lebih dikenali sebagai Jaclyn Victor berbangga akan pencapaiannya kini yang sudah 15 tahun dalam industri seni.
Popular dengan lagu Gemilang, Jac melalui pelbagai cabaran dan dugaan sepanjang bergelar anak seni.
“15 tahun yang lalu, pelbagai emosi, fizikal, mental dan sudah pastinya ia menjadi sesuatu yang mencabar. Seorang gadis India yang berasal dari Kepong, mempunyai segala-galanya yang ada dalam hidupnya.
“Kehidupan telah berubah. Ia mengambil beberapa bulan untuk menyedari bahawa ini bukanlah suatu mimpi. Mungkin agak lucu tetapi ia adalah satu kebenaran dan realiti. Seorang gadis India berambut hitam panjang dan senyuman lebar seperti Stitch (watak Disney) dan sudah tentu yang dimaksudkan adalah saya,” tulisnya.
Malah, Jac, 41, mengimbau kembali saat menyertai program realiti hiburan, Malaysian Idol pada 2004 sekali gus dinobatkan sebagai juara dan menewaskan Dina Nadzir.
“Pengalaman sertai program realiti, Malaysian Idol sanagat menakjubkan dan ia adalah satu kemenagan besar dalam hidup saya.
“Namun, perkara paling best sekali adalah bertemu dan mengenali rakan-rakan dalam program itu yang telah melalui pelbagai memori bersama ketika itu.
“Kami masih berhubung melalui WhatsApp dan berjumpa untuk makan dan minum. Saya sangat sayang mereka seperti keluarga sendiri.
“Dah 15 tahun!!!! Pantas sungguh masa berlalu. Saya mempunyai banyak peluang sepanjang karier dan saya sentiasa bersyukur kepada Tuhan. Saya tidak akan jadi seperti ini tanpa Dia.
“Thank you Pappi ❤❤Thank you to all of you for your love and support, I won’t be where I am without you either. ❤I mostly love YOU. Honestly,”kongsinya.
Terkenal dengan suaranya yang lantang dan mantap, Jac telah membuktikan kepada orang ramai bahawa dia kini sudah berjaya mengembangkan sayapnya sebagai penyanyi yang hebat.
Selepas menyaksikan penyingkiran pertama minggu lalu, pentas Kilauan Emas Selebriti (KES) menjadi semakin sengit apabila dua lagi peserta terpaksa menamatkan perjuangan mereka pada saingan konsert minggu kelima, malam tadi.