Persembahan memukau nyata menjadi momen bermakna buat Aishah apabila diumumkan sebagai pemenang Gegar Vaganza musim keempat (GV4) yang dipancarkan secara langsung di Astro Ria dan Ria HD dari Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Johor Bharu.

Kemenangan penyanyi asal Jempol, Negeri Sembilan itu nyata menepati ramalan ramai yang rata-ratanya percaya penyanyi berusia 52 tahun itu mampu memberi saingan sengit.

Tahniah, Aishah Dinobat Juara Gegar Vaganza 4!

Tahniah, Aishah Dinobat Juara Gegar Vaganza 4!

Aisyah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin menerima hadiah wang tunai RM100,000, sebidang lot tanah banglo, pakej bercutian ke Eropah, barangan kemas, vaucher membeli-belah Go Shop sebanyak RM6,000 dan piala.

Terdahulu, penyanyi Janji Manismu ini juga turut diumumkan sebagai pemenang Anugerah Gelora Vida Vaganza.

IKLAN

Dalam pusingan pertama, Aishah menyanyikan lagu All By Myself nyanyian asal Celine Dion manakala pusingan battle pula menerusi lagu Supergirls.

Tahniah, Aishah Dinobat Juara Gegar Vaganza 4!

Sementara Liza Hanim pula dinobatkan sebagai pemenang kedua dengan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM50,000, sebidang lot tanah banglo, pakej percurtian ke Turki, barangan kemas, vaucher membeli-belah Go Shop sebanyak RM5,000 dan piala.

Lan Solo diumumkan sebagai pemenang ketiga sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30,000 beserta hadiah sampingan lain termasuk pakej percutian ke Boracay, Filipina dan Hazami berada di kedudukan keempat.

IKLAN

Sementara itu, Firman dan Tia Jinbara masing-masing terpaksa berpuas hati di tempat kelima dan keenam.

Setiap barisan finalis GV4 dinilai barisan juri profesional iaitu Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang manakala Datuk Khadijah Ibrahim dan Datuk Rosyam Nor diundang sebagai juri jemputan.

Program akhir GV4 yang dihoskan Nabil Ahmad dan Jihan Muse turut diserikan dengan persembahan selingan dari pada bekas peserta musim lalu seperti Ezad Lazim dan Mamat Exist.

IKLAN

Tahniah, Aishah Dinobat Juara Gegar Vaganza 4!

Tahniah, Aishah Dinobat Juara Gegar Vaganza 4!

Tahniah, Aishah Dinobat Juara Gegar Vaganza 4!

Apapun, tahniah buat semua pemenang! MH sangat berpuas hati dengan keputusan GV4 kali ini!

SUMBER GAMBAR: @gegarvaganzaofficial (INSTAGRAM)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI