Select Page
[VIDEO] Selamat Pulang Ke Malaysia, Ciuman Pertama Fattah Amin Buat Fazura Selepas 3 Minggu Di New York

[VIDEO] Selamat Pulang Ke Malaysia, Ciuman Pertama Fattah Amin Buat Fazura Selepas 3 Minggu Di New York

Kepulangan isteri tercinta, Nur Fazura yang pulang ke tanah air selesa berlibur dan menghadiri Minggu Fesyen di kota New York nyata membuatkan hati sang suami, Fattah berbunga-bunga.

Malah pastinya, pasangan ini saling merindu selepas tidak bertemu.

Menerusi video yang dikongsikan pelakon filem KL Special Force itu, Fattah telah menyambut mesra kepulangan isterinya itu.

 

Fazura yang telah selamat tiba di pintu penerbangan KLIA disambut dengan ciuman dari Fattah.

Lalu, netizen telah memberi pelbagai komen dalam ruangan video itu.

Fazura sebelum ini terbang ke New York selama tiga minggu bagi menjayakan Fashion Week New York (FWNY) 2018.

Video : Instagram Fattah Amin

[VIDEO] “Miss Me Every Time Okay!,” – Fattah Amin Kongsi Video Bakal ‘Tinggalkan’ Fazura, Sayunya!

[VIDEO] “Miss Me Every Time Okay!,” – Fattah Amin Kongsi Video Bakal ‘Tinggalkan’ Fazura, Sayunya!

Pasangan selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura sangat sinonim dengan pasangan paling serasi dan saling mencintai.

Terbaru, Fattah telah memuat naik sebuah video di Instagram yang memaparkan detik untuk ‘berpisah’ dengan isteri yang ingin ‘terbang’ ke New York atas urusan kerja malam tadi.

Safe flight @missfazura 😘

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on

Video berdurasi satu minit itu memaparkan Fazura dalam keadaaan sebak dan cuba untuk mengawal perasaan sedih ketika mahu berpisah dengan suaminya buat sementara waktu.

Berlatarbelakangkan lagu duet nyanyian mereka, Hero Seorang Cinderella, video tersebut turut memberi kesan buat netizen.

Siapa tak sayang isteri kan? Nak berpisah sekejap pun dah rindu, apatah lagi ‘terbang’ ke New York untuk beberapa hari.

Apa-apa pun, semoga Fazura selamat pergi dan selamat pulang ke tanah air semula ya!

Video : IG Fattah Amin

Deretan Billboard Fattah Amin, Fazura Jadi Tarikan Di Pavillion, Apa Sebabnya?

Deretan Billboard Fattah Amin, Fazura Jadi Tarikan Di Pavillion, Apa Sebabnya?

Pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura kini menjadi tumpuan warga tempatan dan pelancong asing apabila video mereka di billboard menghiasi lokasi membeli-belah Pavillion, Kuala Lumpur.

Fattah juga telah berkongsi video tersebut di akaun Instagramnya.

😱😱😱😱… I’m speechless 😶 What an effort #lovewarriors ❤️❤️ ❤️ 👏👏👏 Berbaloi tidur hospital malam tadi, bangun2 pagi ni kami dah dapat hadiah birthday in advance dari korang…Thank You. 😊😊😊😊 @missfazura 😘 . . . #Repost @chateau_de_fattzura ・・・ September is special to us, Love Warriors, and will always be, because it is FATTZURA BIRTHDAY MONTH! Inconjuction with that, WE present to you another Love Warriors special project for our King @fattahaminz & Queen @missfazura, that hold a special place in our hearts . 💙💗💙💗💙💗💙💗💙💗💙💗💙💗💙 . Love Warrior Special Project: SEPTEMBER , FATTZURA BIRTHDAY MONTH Venue: Outdoor LED screen [email protected] , Pavilion, Jln Bukit Bintang Date: 1 & 2 September 2018 (Sat & Sun) Time: 7.00am (1 Sept) – 2.00am (2 Sept) 7.00am (2 Sept) – 2.00am (3 Sept) (38 hours) Mastermind: @chateau_de_fattzura Video/graphic: @kasteel_van_fattzura Powered by: Love Warriors Video sources credit: Glam Lelaki Apr 2018 (@aizataidid), Intrend Jan 2017 (@xeliciousxass) – Thank you! & Fattzura Instagram . 💗💙💗💙💗💙💗💙💗💙💗💙💗💙💗 . spread the love! 😘 #happybirthdayfattzura #fattzura #septembertoremember #fromlovewarriorstolovewarriors #sokongtanpasyarat #fattasticfazbulous #fattzura #lovewarriors

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on

Lebih bermakna, September turut menjadi bulan istimewa buat pasangan terbabit kerana merupakan hari jadi mereka.

Rata-rata netizen meninggalkan komen dalam ruangan video tersebut kerana kedua-dua pelakon drama Hero Seorang Cinderella mempunyai aura tersendiri.

Difahamkan, Fattah akan menyambut ulang tahun kelahiran ke-28 tahun pada 14 September depan, sementara Fazura pula bakal sambut hari jadi pada 27 September.

Wah! Pasangan ini sangat secocok, birthday pun dalam bulan yang sama.

Semoga kekal bahagia hingga akhir hayat.

Video : IG Fattah Amin

“Semoga Bahagia Selamanya!,” – Respon Fazura Bila Peminat Beri Ucapan Ulang Tahun 9 Bulan FattZura

“Semoga Bahagia Selamanya!,” – Respon Fazura Bila Peminat Beri Ucapan Ulang Tahun 9 Bulan FattZura

Pejam celik, pejam celik sudah sembilan bulan Fattah Amin dan Fazura menjalani kehidupan sebagai suami isteri.

Menerusi kelab peminat Fattzura iaitu @ianlovesmedina dan @fattzuralicious, mereka telah memuat naik sebuah video dan momen-momen terindah di hari persandingan Fattzura.

Rata-rata netizen telah memberi ucapan tahniah kepada pasangan dua merpati sejoli itu dalam ruangan komen video tersebut.

Tidak hanya berdiam diri, pelakon filem J-Revolusi itu telah memberikan respon kepada peminatnya itu.

Apa-apa pun, MH nak ucapkan happy anniversary 9th months buat pasangan sweet ini.

Semoga Fattah dan Fazura kekal bahagia untuk selamanya.

Video / Foto : Kelab Peminat Fazura

(VIDEO) “The Greatest Comeback Ever,”- Rakan Artis Dan Peminat Kongsi Sekitar Konsert Ruffedge 20th Anniversary

(VIDEO) “The Greatest Comeback Ever,”- Rakan Artis Dan Peminat Kongsi Sekitar Konsert Ruffedge 20th Anniversary

Setelah sekian lama menyepi, semalam telah berlangsung konsert istimewa sempena ulang tahun Ruffedge yang ke-20 bertempat di KL Live, Kuala Lumpur.

Konsert ini adalah buah tangan daripada Ruffedge untuk para peminat yang sudah lama merinduikan kelunakkan suara mereka dan tidak hairanlah tiket konsert tersebut ‘sold out’ tidak sampai beberapa jam ia dijual.

Oleh itu, MH ingin berkongsi video serta foto yang sempat dirakam oleh rakan selebriti yang hadir menyaksikan konsert tersebut.

.Antara selebriti yang hadir ialah pasangan popular, Fattah Amin dan Fazura, Lisa Surihani, Radin Era, Hana Almauzah dan ramai lagi.

Para peminat yang hadir turut tidak melepaskan peluang merakam gambar serta video sepanjang konsert itu berlangsung.

Thanks guys, you make me melting #ruffedge20thanniversary

A post shared by Nornia Atika (@norniaatika) on

Ruffedge kawkaw bengkak #ruffedge2018 #ruffedge20thanniversary

A post shared by Fariez Sarwaini (@frzsrwaini) on

Rata-rata peminat amat berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan oleh Ruffedge serta menganggap konsert tersebut sebagai ‘the greatest comeback ever’

Kumpulan Ruffedge terdiri daripada Cat Farish, Azan, Zain, Sein, Amir serta Mode dan antara lagu yang popular adalah Khayalan, Bila Rindu dan Rimas.

Video/ Foto: Carian Instagram

 

 

 

 

 

 

 

 

KORPORAT   •   POLISI DATA PERIBADI  •  PENAFIAN   •   LANGGANAN   •   PENGIKLANAN   •   KERJAYA   •    HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: