Nur Fazura dan Fattah Amin merupakan pasangan selebriti popular Malaysia yang cukup dikenali ramai. Sama-sama berjaya sebagai anak seni mereka berdua turut terkenal sebagai pasangan yang sukses menjalankan perniagaan.
Terbaharu dalam satu hantaran di Instagram, Nur Fazura telah memuat naik sebuah video khas dengan ucapan yang cukup menyentuh hati buat suaminya yang menyambut hari lahir ke-32 hari ini.
Ucapnya, “Inilah cinta dalam hidup saya, semasa kita meraikan kamu hari ini, saya harap kamu tahu betapa berharganya kamu sebagai seorang manusia. Terima kasih sayang kerana menjadi cahaya hidup saya, tulang belakang saya, penasihat saya, lelaki gagah saya dan kadang-kadang clingy-hubsbaby.
“Terima kasih sayang kerana menjadi penyokong terbesar ketika saat kegembiraan dan menjadi orang yang saya berlari kepada ketika menghadapi masa yang sukar. Saya berasa bertuah setiap hari kerana Allah SWT memilih awak sebagai suami saya dan ayah yang terbaik kepada Fatima.
“Jadi, ini untuk kamu sayang ku. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi, merahmati, memberi petunjuk dan hidayah serta mengurniakan keredaanNya buat sayang di dunia dan akhirat. Saya cintakan awak sayang.”
Pelakon Ozlynn Wati memuat naik foto terkininya di Instagram yang dikelilingi anggota Bomba bertubuh sasa yang tular ketika sesi Perbarisan Hari Kebangsaan 2022 pada 31 Ogos lalu di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Sambil berkongsi kapsyen humor, Ozlynn tetap tertarik pada suaminya, Johan yang disifatkan sebagai kelakar.
“Haih arini i rasa berbunga-bunga, satu sebab tiada pesaing, TQ Fafau (tidak ke udara kerana difahamkan kurang sihat). Kedua sebab semua orang menjerit-jerit semalam sampai nak histeria masa perarakan team Bomba.
“I pula senang-senang jek di kelilingi abang-abang Bomba yang sado sampai merajuk la orang tu. Alahai papa, jangan ghisau la, ‘se-tough tough’ diaorang, belum tentu boleh buat i gelak hari-hari. Diaorang tak kelakar sayang. Jalan pon berkepak, habis dinding retak diaorang langgar,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Ozlynn turut akui suaminya adalah yang terbaik.
“You still the best ok sayang. Cuma sikit jek kalau you nak bikin…macam pergi gim, jaga makan, tidur awal, tak boleh main game, jangan tidur siang, jaga anak, tolong masak, kemas katil, vacum rumah, mop lantai, cuci bilik air, berus baju, cuci karpet.
Selebriti dan usahawan berjaya, Noor Neelofa optimis terhadap produk terbaharu Nilofa Plus, Drintox Pineapple Juice iaitu minuman yang membantu proses penyingkiran bahan toksin dari dalam badan.
Neelofa, 33, berkata keyakinan terhadap produk berkenaan timbul selepas berpuas hati dengan proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dijalankan beberapa pakar sebelum ini.
Ditemui pada Majlis Pelancaran Drintox Pineapple Juice di Colony @ KL Eco City pada Selasa, hos program Next To Neelofa ini turut berkongsi secara terperinci mengenai produk berkenaan.
“Bagi saya kita berada di dalam sebuah negara majmuk yang secara langsung ia turut diterjemahkan menerusi kepelbagaian makanannya. Namun saya percaya kita sedia maklum ada di antara menu yang kita ambil itu ada yang bergoreng, berlemak, berminyak dan sebagainya.
“Jadi secara tak langsung akan timbul masalah pencernaan bagi kebanyakan orang. Sebelum ini saya ada keluarkan minuman botani dan daripada situ ia dilihat membantu ramai daripada segi melawaskan, kemudian timbul idea untuk fokuskan kepada detoks.
“Sudah semestinya saya merasakan akan ada permintaan yang tinggi untuk minuman seumpama ini dan sekarang adalah masa yang sesuai untuk melancarkannya,” kata Neelofa kepada MH.
Mengambil berat mengenai bahan utama yang terkandung di dalam Drintox Pineapple Juice, Neelofa berkerjasama dengan beberapa pakar khusus memastikan produk yang dihasilkan mencapai standard kualiti tinggi.
“Sebelum ini memang sudah ada yang bertanya mengenai produk ini dan memang kami promosikan ia sebulan awal bagi memperkenal dan mendedahkan terlebih dahulu kepada pembeli.
“Saya terima ‘sample’ awal detoks ini ketika saya baru sahaja mengandung. Cuma pada peringkat tersebut saya memang mahu melakukan pebagai kajian dan rujukan demi memastikan produk yang dihasilkan itu adalah yang terbaik dan tidak boleh diragui.
“Lalu saya beritahu ‘team’, nak hasilkan sesuatu yang betul-betul selamat, tiada risiko untuk orang ‘cari pasal’ dengan kandungannya. Jadi daripada situlah kami giat melakukan ‘R&D’ secara teliti.
“Bila betul-betul puas hati barulah saya yakin untuk lancarkan. Sebab itulah daripada proses penghasilannya, ia ambil masa hampir setahun,” katanya yang kali ini memberi fokus kerjasama jualan bersama pemborong terpilih sahaja.
Mengulas mengenai kritikan atau kecaman yang bakal diterima meski produk yang dihasilkan sudah terbukti baik, Neelofa memilih untuk terus bersikap rasional.
“Saya sedia maklum pasti akan ada yang pesimis dan sebab itulah pada majlis pelancaran ini, kita jemput juga wakil daripada pakar dalam bidang masing-masing untuk memberikan penerangan mengenai produk ini.
“Saya sudah sediakan semua ‘senjata’, sebelum ada pihak yang ‘serang’. Persediaan 360 darjah kata orang. Malah pihak saya turut melantik pakar untuk sama-sama kongsi informasi atau beri penjelasan kepada mana-mana pihak yang masih belum jelas dengan produk ini di kemudian hari,” katanya.
Drintox Pinceapple Juice berharga RM29.90 sekotar dan hadir dengan tujuh sachet, berasaskan kepada ‘weekly goals’.
“Alhamdulillah, untuk saya sendiri bila minumnya pada waktu malam, keesokan hari perut tidak rasa terlalu memulas. Proses detoks itu berjalan lancar saja. Itu yang saya paling suka, tanpa perlu rasa ‘tak tahan’ sangat untuk ke tandas. Kedua ia rasa seperti jus nanas yang sedap. Suami pun turut amalkan.
“Jadi inilah yang paling baru daripada Nilofa Plus. Memang berdebar juga untuk lancarkan produk ini sebab sejujurnya kita tidak boleh jangka penerimaan pembeli semasa.Apa pun saya yakin atas segala kebaikan bahan-bahannya, detoks akan jadi pilihan semua orang,” katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Azhar Sulaiman tampil memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung susulan pendapat peribadinya berhubung isu tular melibatkan pendedahan seorang pelakon remaja, baru-baru ini.
Azhar menerusi Instagram hari ini bagaimanapun turut membariskan lima perkara yang menjadi pendiriannya iaitu;
“Salam Jumaat Semua……
Saya ingin mohon maaf kepada semua yang marah sangat kepada saya sejak dua tiga hari ni.
Apapun saya berpegang kepada:-
1-“Wajib bagi seorang Islam untuk menjaga Aibnya sendiri & Orang lain” – Ustaz Azhar Idrus.
2-”Regardless you Agama apa,it is a smart thing Not To Share Your Family Secret Openly” – Mami Azhar Sulaiman
3-When it comes to masalah maruah diri dan keluarga, selesaikan ia mengikut cara yang betul.
4-Aqish Uncle Har cares and love you and im sorry i have hurt your feelings.
5-Semoga Segala Urusan Aqish & Family Akan Allah swt permudahkan.
Terdahulu, Azhar menerusi platform sama memberikan respons selepas menonton video temu bual bintang remaja terbabit bersama sebuah saluran YouTube yang disifatkan tidak mendatangkan kebaikan.
Memilih untuk tidak menontonnya secara penuh, aktor berusia 50 tahun ini turut mempersoalkan adakah tiada pihak yang menasihati pelakon itu sebelum membuat pendedahan berkenaan selain merasakan aib keluarga perlu dijaga.
Hantaran tersebut bagaimanapun sudah dipadam Azhar.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.