Menyingkap semula persembahan pada minggu ketiga, peserta Terpaling Juara, Shaz telah dikritikan hebat netizen gara-gara kesilapan lirik sewaktu membawakan lagu Purnama Merindu dendangan asal penyanyi nomor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Menceritakan mengenai situasi sebenar, Shaz memberitahu pada ketika itu, fikirannya tiba-tiba menjadi kosong sehingga dia terpaksa menyebut apa sahaja perkataan yang terlintas agar tidak merosakkan persembahannya itu.
“Saya mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan punca kesilapan saya pada minggu lepas adalah disebabkan saya blank ketika di atas pentas. Sebenarnya, masa mula-mula dapat tahu saya akan membawakan lagu Tok Ti, saya rasa agak gementar kerana bukan semua orang mampu dan berani meenyanyikan lagu beliau.
“Untuk nyanyian biasa mungkin boleh tetapi untuk menyanyi di pertandingan memang sangat mendebarkan. Ketika itu fikiran saya kosong dan perkataan ‘hiasan sanggul’ itu muncul secara tiba-tiba. Saya mengaku itu memang kesilapan saya,” katanya kepada MH.
Lantaran itu, Shaz atau nama sebenarnya Shazreen Shaharum telah membuat permohan maaf secara terbuka dan berharap agar semua pihak dapat memberikannya peluang untuk memperbaiki kesilapannya itu.
Ads
“Jadi, saya ingin memohon maaf kepada para penonton terutamanya para peminat Datuk Seri Siti Nurhaliza. Saya sendiri merupakan peminat beliau. Saya tahu saya telah mengecilkan hati ramai pihak kerana ini merupakan lagu kesukaan ramai.
“Berilah saya peluang untuk memperbetulkan kesilapan saya ini,” katanya ketika ditemui selepas tamat konsert minggu ke-4 Terpaling Juara malam tadi.
Pada masa sama, Shaz turut menzfikan dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya sengaja ingin mengubah lirik dan tidak menghormati penulis lagu tersebut.
Ads
“Saya memang ada menerima banyak mesej daripada netizen sampai saya tak terbaca tapi saya ada juga ternampak komen-komen yang mengatakan saya seperti sengaja mengubah lirik lagu tersebut dan tidak menghormati penulis lirik. Saya menafikan tuduhan.
“Bagi saya, ketika saya blank itu, kalau saya memilih untuk menghentikan persembahan atau berdiam diri, saya bukan sahaja akan menghancurkan hati saya sendiri tetapi juga kapten dan penyokong yang datang dari jauh. Itu lagi teruk.
“Perkataan itu sahaja yang terlintas di hati saya. InsyaAllah saya berjanji untuk tidak mengulangi lagi kesilapan itu,” akhirinya.
Pada konsert malam tadi, Shaz telah membawakan lagu Canggung nyanyian asal Wany Hasrita.
Ads
Selepas dua minggu menggondol gelaran persembahan terbaik, rentak cemerlang itu tidak dapat diteruskan apabila tewas kepada penyanyi senior, Hazami.
Shaz dan penyanyi senior, Rahmat Mega merupakan peserta dibawah bimbingan kapten, Hael Husaini.
Pada konsert minggu ke-4 itu, penyanyi Ifa Raziah menjadi peserta pertama yang mengucapkan selamat tinggal bagi program Terpaling Juara.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Shazreen Shahrum
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi kelahiran Malaysia yang mencipta nama di Taiwan, Eison Chai dilapor meninggal dunia akibat terjatuh di bangunan stesen MRT Uzhou pada kira-kira jam 10 pagi pada Rabu.
Pihak polis setakat ini masih lagi menyiasat bagi mencari punca sebenar kematian penyanyi yang berasal dari Kuching, Sarawak itu. Eison disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Beberapa hari sebelum insiden itu, Chai, 40, ada memuat naik perkongsian sedih di media sosial miliknya dipercayai berkaitan soal cinta.
“Cinta merupakan perkara paling sukar untuk difahami dalam dunia ini namun ia juga sangat mudah. Cintai dia dan kamu akan beroleh kebahagiaan selamanya,” tulis Chai.
Chai memulakan kerjaya di Taiwan pada usia 19 tahun dengan memenangi pertandingan nyanyian Super Idol musim kedua yang diadakan di negara tersebut.
Pada tahun 2019, Chai kemudiannya menubuhkan kumpulan rock, 87 dan melancarkan album pertama mereka, Dream Together pada tahun sama.
Selain itu, dia juga dikatakan telah mengalami kerugian dianggarkan sebanyak RM742,500 selepas perniagaan restoran laksa di Ximending yang diusahakannya mengalami kegagalan.
Chai yang juga merupakan seorang pelakon di sana, mendirikan rumah tangga dengan pelakon Taiwan iaitu Hitomi Wu pada tahun 2020.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Adik kepada penyanyi, Shila Amzah iaitu Syada Amzah memohon maaf kepada ibunya, Datin Fauziah Sarman diatas segala konflik dan kemulut yang sedang berlalu melibatkan adik beradiknya ketika ini.
Menurut Syada, segala yang berlaku ini bukan berpunca daripada ibunya sebaliknya ia merupakan khilaf dan kesilapan mereka sendiri.
“Semoga mak diberikan kekuatan dan ketenangan. Maafkan kami adik-beradik berbalah. Bukan salah mak dan mak tak hina macam mana mak dicaci.
“Mak sudah buat yang terbaik didik kami,” tulisnya.
Luahan itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Hasrat itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Stories.
Pada masa sama, Syada turut menegaskan dirinya akan sentiasa memegang tanggungjawab untuk menjaga ibunya selagi hayat dikandung badan.
“Adah sayang mak. In sya Allah, selagi nyawa ada, Adah cuba segala daya jaga mak,” kongsinya lagi.
Terdahulu, konflik melibatkan keluarga Shila Amzah menjadi isu hangat yang diperkatakan di seluruh platform media sosial.
Segalanya bermula selepas pendedahan Syada yang terkilan dengan tindakan kakaknya yang mahu menjual rumah keluarga mereka.
Tidak berhenti di situ, adik lelaki Shila, Amirul Syafiq turut membuat video pendedahan di media sosial bagi meluahkan kekecewaan terhadap tindakan kakaknya itu.
Sementara itu, memerusi satu siaran langsung di Instagram, Shila mengaku bahawa dia mahu menjual rumah tersebut kerana berhasrat untuk membeli sebuah kediaman baru.
Malah, Shila turut mendedahkan dirinya sudah jelak dengan perangai adik-beradiknya, Syada dan Syafiq Amzah.
Shila turut mendakwa dirinya juga pernah dipukul oleh Syafiq sebelum ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Syada Amzah & Fauziah Sarman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Aaron Aziz ada berkongsi rasa syukur dan terharu atas kasih sayang yang dicurahkan bapa tirinya, Abdullah Md Dawood yang disifatkannya sebagai seorang yang baik, adik dan saksama.
Malah, bapa tirinya juga menjadi individu yang sentiasa membuatkannya gembira.
“Pasa saya, individu yang membuat saya memandangnya baik adalah individu yang banyak memberikan sesuatu tanpa meminta sebarang balasan.
“Bapa tiri saya, Abdullah Md Dawood adalah orangnya. Dia merupakan satu-satunya figura bapa yang saya kenali sejak ketiadaan bapa kandung ketika saya masih kecil.
“Dia satu-satuya individu yang sentiasa memastikan ibu rasa gembira, bertanggungjawab dan memainkan peranan dengan adil saksama. Dia menjaga saya dan tiga beradik lain,” tulisnya menerusi Instagram.
Pada masa sama, pelakon Patah Sayap Bertongkat Paruh ini juga turut memberitahu meski adik-beradik tidak ‘berbinkan’ namanya, namun dia masih setia menjaga keluarga dengan baik.
Lalu menerusi ruangan komen, rata-ratanya memberikan reaksi positif rerhadap apa yang dikongsi Aaron.
Foto : Instagram Aaron Aziz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal Hollywood, Brad Pitt, telah memfailkan saman berjumlah AS$35 juta (kira-kira RM163 juta) terhadap bekas isterinya, Angelina Jolie, berhubung penjualan kepentingan dalam kilang...