Pelakon Fattah Amin mendedahkan fokusnya tidak terganggu meskipun berdepan cabaran bertukar pengarah sewaktu menjalani penggambaran filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah.
Menurut Fattah yang juga merupakan tunjang utama filem ini, dia telah membuat persiapan rapi daripada aspek fizikal dan mental sebelum melangkah ke set penggambaran.
“Kita kena sentiasa kekal positif dalam apa jua yang kita lakukan. Kalau kita tak postif, ia akan mengganggu hasil kerja kita.
“Sejak sebelum memulakan penggambaran lagi, saya anggap karakter Awang ini sebagai satu komitmen.
“Walau apapun cabaran dan halangan yang mendatang seperti bertukar pengarah, saya tetap perlu melunaskan tanggungjawab saya. Itu yang saya tanamkan dari awal hingga akhir,” katanya kepada MH.
Ads
Dalam pada itu, Fattah turut menyifatkan setiap cabaran yang berlaku secara tidak langsung telah menaikkan semangat semua pihak yang terlibat di dalam filem ini untuk memberikan yang terbaik.
“Untuk menghasilkan sesuatu yang baik dan cantik, ada kalanya ia memerlukan cabaran untuk kita melakukan yang terbaik. Kalau terlalu mudah, kita akan sambil lewa.
“Cabaran-cabaran ini juga yang membuatkan semua pihak di dalam filem ini berkobar-kobar untuk buat yang terbaik,” ujarnya lagi.
Ads
Sementara itu, suami kepada pelakon, Nur Fazura ini juga akui bersyukur kerana diberikan kepercayaan untuk membawakan naskah hebat ini meskipun lakonannya pernah dikritik sebagai ‘kayu’ satu ketika dahulu.
“Saya anggap ini semua rezeki dan aturan Allah itu sangat cantik serta luar biasa. Soal rezeki ini, kita tidak tahu apa akan jadi pada masa hadapan. Kita tak boleh nampak.
“Namun, saya tanamkan dalam diri yang saya ingin mencari rezeki yang halal. Saya nak buat yang terbaik dalam apa juga perkara yang saya lakukan.
Ads
“Jadi, ikhlas itu hanya Allah yang tahu. Bila Allah nampak, mungkin sebab itu saya diberikan peluang untuk mendapatkan naskah-naskah yang baik,” akhirinya.
Terdahulu, filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 11 Januari.
Selain Fattah, filem ini turut dibintangi oleh barisan pelakon seperti Nur Fazura, Nadhir Nasar, Wan Hanafi Su dan Namron.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Hos yang juga penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah berterima kasih atas perhatian yang diberikan pendengar sejak kebelakangan ini.
Ia dipercayai berkaitan dengan pengumuman khidmat salah seorang penyampainya, Tyzo Xander yang sudah pun berakhir pada Jumaat, seperti yang dinyatakan menerusi kenyataan media sebelum ini.
Shahirah yang sinonim disapa sebagai Kak Rara sebelum ini mengendalikan program Suria Petang bersama Tyzo.
“Terima kasih kata segmen petang radio Suria nombor satu, tapi survey jatuh nombor empat bacaannya. Korang kata segmen petang paling tinggi tak pernah pun dengar kat survey.
“Tak ada pun orang tepuk tangan kata segmen petang nombor satu melainkan kami perasan sendiri sebut nombor satu.
“Kami ada survey pertandingan radio dua tahun kali setiap tahun. Radio lain nombor satu bukan kami.
“Terima kasih atas perhatian radio nombor empat ibarat bercakap macam nombor satu stesen katanya,” kongsi Shahirah.
Perkara itu diluahkan Shahirah menerusi satu hantaran di Insta Stories, baru-baru ini.
Malah Shahirah turut memuji kerjasama yang diterimanya sepanjang bersama stesen radio berkenaan.
“Wow thank you for appreciation guys. Alhamdulillah sayang Suria FM. DJ bagus, lagu bagus, orang kat Suria pun bagus teamwork,” kongsinya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Scha Alyahya meluahkan rasa gembira melihat reaksi barisan artis wanita Hollywood yang saling menyokong antara satu sama lain di acara kemuncak Anugerah Golden Globe 2024 lalu.
Pelakon dan model itu berkongsi perkara itu menerusi hantaran terkininya di Insta Stories Instagram, pada Selasa.
Tambah Scha, sekiranya saling menyokong barulah sama-sama rasa lebih terbuka dan selesa untuk ekspresi apa sahaja.
“Best tengok how they support each other. So empowering. You see, by coming together we can create strong and supportive community among us.
“Barulah we feel safe to express ourselves. To seek advise kalau ada masalah. And ada empathy towards each other.
“Bukannya tearing each other down. And sangat judging dengan each other,” tulisnya.
Pada masa sama, ibu kepada dua cahaya mata ini merasa sudah tiba masanya untuk para wanita saling membina satu hubungan baik demi kebaikan bersama.
“Then kita marah when lelaki make fun dan ‘gula-gulakan us’. Padahal kita sendiri tak unite.
“Im not saying that all women hate each other. Just that rata-rata macam tu ye? Maybe kita perlu start to build stronger and more uplifting relationships with one another.
“There is power in the pack,” luahnya lagi.
Terdahulu, video pendek yang merakamkan reaksi barisan finalis kategori Pelakon Wanita Terbaik (Filem) di Anugerah Golden Globe tahun ini yang tumpang gembira atas kemenangan Emma Stone menjadi tular di media sosial.
Emma Stone merangkul trofi itu menerusi lakonannya hebatnya di dalam filem Poor Things arahan Yorgos Lanthimos.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) menyambut kedatangan tahun baru 2024 dengan menunaikan umrah di Tanah Suci.
Turut berada di sisinya di dalam rombongan berkenaan termasuk ahli keluarga bersama anak lelakinya,Noah Aidan Sinclair dan suami tercinta, Tiko Aryawardhana.
Malah momen indah mereka turut dikongsikan BCL buat tatapan umum di platform Instagram.
“Alhamdulillah… umrah di malam terakhir di tahun 2023. Thank you 2023, its been amazing. Happy new year,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Perkongsian berkenaan pantas menjadi sorotan warganet dan ada di antaranya yang mendoakan semoga mereka meraih umrah mabrur dan dipermudahkan urusan.
Foto berkenaan sehingga kini menerima lebih 500,000 tanda suka.
Terdahulu, BCL dan Tiko selamat diijab kabulkan di Resort Amankila, Bali, Indonesia pada 2 Disember lalu.
Menerusi majlis akad nikah berkenaan, BCL menerima mas kahwin bernilai sekitar 212 juta rupiah (RM63,000).
BCL sebelum ini bernikah dengan pengacara dan aktor dari Malaysia, Allahyarham Ashraf Sinclair pada 2008 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Noah Aidan Sinclair, 12.
Jodoh tidak panjang, Ashraf meninggal dunia pada Februari 2020 ketika tidur akibat serangan jantung.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.