Pelakon Sophia Albarakbah bersyukur kerana rezekinya tidak pernah putus dalam bidang lakonan meski namanya tidak pernah sunyi dilanda kontroversi sebelum ini.

Malah, Sophia, 30, berkata, dia juga terharu kerana masih mendapat kepercayaan penerbit dan pengarah drama serta filem sepanjang tahun.

“Kini, bukannya masa untuk saya menoleh ke belakang lagi. Saya mahu fokus untuk mengukuhkan nama dalam bidang lakonan.

“Saya bersyukur agenda seni padat sehingga hujung tahun ini.

“Pada masa sama, saya juga ada empat filem yang akan ditayangkan di pawagam pada tahun ini. Antaranya, filem Jiwa 8 Belas,” katanya.

Mahu buka buku baru sempena tahun 2024, Sophia berazam untuk tidak lagi terpalit dengan sebarang gosip yang hanya menjejaskan reputasi.

IKLAN

“Saya tidak mahu peminat kenal saya kerana pelbagai cerita kontroversi dan bukannya bakat lakonan dipertaruhkan.

“Cukup-cukuplah kontroversi yang pernah melanda kerana saya tidak mahu kisah silam diungkit lagi,” katanya lagi.

“Muka Saya Dicelup Dengan Air Kotor…,” – Sophia Albarakbah Ingat Balik Cabaran Buat Filem Sulung, Kaki Pun Sampai Lebam! “Muka Saya Dicelup Dengan Air Kotor…,” – Sophia Albarakbah Ingat Balik Cabaran Buat Filem Sulung, Kaki Pun Sampai Lebam! “Muka Saya Dicelup Dengan Air Kotor…,” – Sophia Albarakbah Ingat Balik Cabaran Buat Filem Sulung, Kaki Pun Sampai Lebam! “Muka Saya Dicelup Dengan Air Kotor…,” – Sophia Albarakbah Ingat Balik Cabaran Buat Filem Sulung, Kaki Pun Sampai Lebam! “Muka Saya Dicelup Dengan Air Kotor…,” – Sophia Albarakbah Ingat Balik Cabaran Buat Filem Sulung, Kaki Pun Sampai Lebam!

Dalam pada itu, Sophia yang mendukung watak heroin sebagai Fatien menerusi filem Jiwa 8 Belas terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd itu turut berbesar hati untuk memberi sepenuh komitmen terhadap naskhah filem sulungnya itu.

IKLAN

“Saya dapat tawaran berlakon dalam filem Jiwa 8 Belas ini menerusi proses uji bakat pada penghujung 2018. Saya tiada asas dalam bidang lakonan dan lakonan memang agak ‘kayu’ ketika itu,” akuinya.

Tambahnya lagi, dia ada mengalami kecederaan pada kakinya lebam-lebam ketika menjayakan babak diculik penjahat yang mahu ‘menjualnya‘ dalam filem itu.

“Saya perlu melakonkan babak melarikan diri dalam hutan dan sungai tanpa memakai kasut ketika dikejar penjahat.

IKLAN

“Selain itu, ada juga babak muka saya dicelup dengan air kotor dan berlumpur oleh penjahat,” katanya.

Filem Jiwa 8 Belas arahan S Baldev Singh turut menampilkan pelakon berbakat besar seperti Shah Hazvee, Izuan Ramli, Ikhram Juhari, Kanda Khairul, A Galak dan Datuk Jalaluddin Hassan.

Datuk Fauziah Nawi, Zila Bakarin, Aman Graseka, Akim Nordin, Faha Azhar, Arif Mex dan Acap S turut terlibat di dalam filem yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh tanah air bermula 18 Januari 2024 itu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI