Selepas kontraknya bersama stesen radio, Suria FM tamat semalam, penyampai radio, Tyzo Xander tampil meluahkan isi hatinya berhubung keputusan tersebut.

Menurut Tyzo atau nama sebenarnya, Tuah Zolqarnain Idris, dia sebenarnya masih mahu meneruskan khidmat namun segala keputusan bukan ditangannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tyzo X xander (@tyzoxander)

“Saya minta maaf kerana ini bukan keputusan saya. Saya masih lagi mahu bekerja. Saya punya anak tapi ini bukan kehendak saya.

“Inilah harga yang perlu saya bayar untuk sebuah kemenangan kemenangan penyampai radio popular, Anugerah Bintang Popular, Berita Harian 2023,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pengendali segmen Suria Petang bersama Sharifah Shahirah itu menerusi hantaran di Instagram.

IKLAN

“Tak Reda, Tapi Apa Daya Saya Tiada Kuasa Dan…,” – Tyzo Xander

Pada masa sama, Tyzo turut berharap agar tiada pihak yang memutar belitkan cerita dan meminta maaf kepada semua pendengar.

“Lepas ini mohon tiada pihak spin cerita atau olah ayat ‘tuduh diva’ demi menutup aib. Hanya yang pernah lalui sahaja tahu sakitnya.

IKLAN

“Jutaan maaf kepada seluruh pendengar Suria Petang. Buat Kak Rara, saya akan rindu bekerja dengan akak.

“Saya tak reda dengan pemergian ini tapi apa daya, saya tiada kuasa dan pilihan. Saya harus pergi. Maafkan saya dan selamat tinggal,” luahnya lagi.

“Tak Reda, Tapi Apa Daya Saya Tiada Kuasa Dan…,” – Tyzo Xander

IKLAN

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa sedih selain turut memberikan kata-kata semangat buat Tyzo.

Semalam, Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin) memaklumkan keputusan untuk tidak menyambung kontrak Tyzo merupakan langkah Suria FM dalam merangka strategi dan perancangan baru untuk menghasilkan produk yang lebih menarik dan segar bagi tahun 2024 hingga seterusnya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Tyzo Xander

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI