Pelakon terkenal, Rozita Che Wan tidak berhasrat untuk melakukan sebarang prosedur suntikan atau rawatan kosmetik untuk mengubah keadaan wajahnya.

Menurut Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, suaminya yang juga merupakan pelakon Zain Saidin tetap mengagumi kecantikkan semula jadinya dan disebabakan itu, dia tidak mengizinkan Che Ta melakukan prosedur tersebut.

“Bulu Mata Lentik Tapi Duduk Atas Kerusi Roda,” – Zain Saidin Tak Izin Che Ta Suntik Muka, Fokus Kesihatan

“Saya hanya buat rawatan penjagaan wajah disebuah klinik yang menaja saya. Saya tidak ada mengambil sebarang suntikan. Saya percaya mengenai suntikan tapi Zain tak izinkan.

“Zain kata jangan cucuk. Dia akan turn off dengan wanita buat sesuatu pada mukanya.

“Katanya, dia okay sahaja walaupun kulit saya berkedut. Dia tak pernah melarang saya buat apapun. Dia hanya akan tegur mengenai baju dan kalau saya berhasrat untuk mengubah muka. Itu sahaja,” katanya kepada MH.

IKLAN

Pelakon drama Diari Ramadan Rafiq itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis perlancaran produk kecantikkan terbaharu, Serum Cekang Jelita baru-baru ini.

“Bulu Mata Lentik Tapi Duduk Atas Kerusi Roda,” – Zain Saidin Tak Izin Che Ta Suntik Muka, Fokus Kesihatan “Bulu Mata Lentik Tapi Duduk Atas Kerusi Roda,” – Zain Saidin Tak Izin Che Ta Suntik Muka, Fokus Kesihatan

Dalam pada itu, aktres berusia 51 tahun ini turut mengakui soal kecantikkan bukan lagi menjadi keutamaannya pada ketika ini

IKLAN

“Kawan-kawan saya memang ada yang mengambil suntikkan. Sekarang saya berfikir begini, kalau saya masih muda, mungkin saya akan buat.

“Namun, bila sudah berusia, perkara ini bukan lagi keperluan untuk saya. Saya bukannya nak berlakon lama lagi. Mungkin tahun ini sahaja saya banyak ke hadapan.

“Tahun-tahun berikutnya saya akan aktif di belakang tabir,” ujarnya lagi.

IKLAN

Katanya lagi, dia kini lebih mahu lebih memberikan tumpuan bagi terhadap kesihatan luaran dan dalamannya.

“Bulu Mata Lentik Tapi Duduk Atas Kerusi Roda,” – Zain Saidin Tak Izin Che Ta Suntik Muka, Fokus Kesihatan

“Ibu saya pun dah berusia 75 tahun. Tak perlu buat apa-apapun tapi masih lagi sihat. Bila sudah meningkat usia, soal cantik ini bukan lagi keutamaan. Yang penting kita sihat.

“Kita tak mahulah pakai pewarna mata sampai 17 warna atau bulu mata melentik tapi duduk di atas kerusi roda,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI