Setelah isu tentang pengguguran kandungan ketika bercinta dengan Justin Timberlake menjadi bualan ramai, nampaknya Britney Spears tampil membuat permohonan maaf kepada penyanyi dari kumpulan N’Sync itu.
Brtiney yang sebelum ini menceritakan kisah tersebut dalam buku memoirnya yang bertajuk “The Woman in Me” membuat kenyataan permohonan maaf tersebut dalam satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram peribadinya.
Berserta dengan tulisan memohon maaf itu, Britney memuat naik video Justin Timberlake yang sedang menyanyi lagu terbarunya, Selfish di samping Jimmy Falon dalam rancangan Saturday Night Live di saluran NBC.
“Saya mahu meminta maaf untuk beberapa hal yang dikatakan dalam buku memoir saya. Jika saya ada menyinggung orang-orang yang saya sayang, saya benar-benar minta maaf.
“Saya juga mahu menyatakan yang saya suka lagu terbaru Justin bertajuk Selfish. Ia sangat bagus, dan kenapa setiap kali saya melihat Justin dan Jimmy bersama saya akan ketawa besar,” tulisnya panjang.
Isu di antara Britney Spears dan Justin Timberlake menjadi perhatian ramai sebelum ini kerana mereka pernah bercinta di awal kerjaya dalam dunia muzik. Dilihat sebagai pasangan ideal, namun jodoh mereka tidak kesampaian.
Selepas kenyataan Britney tentang kisah pengguguran kandungan bersama Justin disiarkan dalam buku memoirnya, pelantun lagu Mirror itu menerima kecaman hebat peminat-peminat Britney sehingga memaksanya untuk menutup ruangan komen di Instagram.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon meningkat naik, Ezzanie Jasny menjelaskan hubungannya bersama penyanyi, Noki K-Clique hanyalah sekadar teman biasa.
Khabar angin mengenai hubungan dua selebriti ini mula diperkatakan ramai setelah Ezzanie berkongsi foto bersama Noki ketika berkunjung ke sebuah pusat membeli belah baru-baru ini.
Menurut Ezzanie, dia dan Noki masih lagi di dalam fasa mengenali hati budi masing-masing.
“Kami hanya berkawan. Tidak lebih daripada itu. Perkenalan ini pun masih baharu lagi. Kami pun tidak meletakkan sebarang label untuk perkenalan ini.
“Kami mula berkenalan ketika Noki datang ke set penggambaran saya sebelum ini. Ketika itu, saya sedang berlakon dengan MK.
“Kami hanya bertegur sapa kemudian, kami mengikuti antara satu sama lain di Instagram,” katanya ketika ditemui di majlis sidang media drama Layang-Layang Perkahwinan yang berlangsung di Restoran Rebung pada Isnin.
Dalam pada itu, pelakon berusia 24 tahun ini turut menafikan dakwaan yang mengatakan mereka sengaja menyembunyikan hubungan cinta mereka kepada umum.
“Kami hanya keluar berjalan untuk melihat pusat membeli belah yang baharu dibuka iaitu TRX Exchange. Tiada apa yang perlu disorokkan.
“Itu pendapat masing-masing. Biarlah apa yang mereka nak fikirkan. Walaupun ada pihak yang dikatakan patah hati, itu saya tak boleh nak kawal,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, pelakon telefilem Baby-Sita ini juga tidak menolak andai dia ditakdir untuk menjalinkan hubungan Noki pada masa akan datang.
“Kita tengoklah macam mana. Saya hanya ‘follow the flow’. Kalau ditakdirkan dia merupakan seorang yang baik untuk saya, saya pun okay. Kita pun tak tahu apa akan jadi pada masa hadapan,” katanya lagi.
Pada masa sama, Ezzanie tidak kisah
dengan tanggapan segelintir pihak yang kurang senang melihat dia rapat dengan lelaki lain memandangkan statusnya sebagai pelakon baharu.
“Saya tak fikirkan pun tanggapan orang mengenai kehidupan peribadi saya. Asalkan mereka nampak hasil kerja dan tahu saya boleh berlakon, itu sudah mencukupi.
“Kalau ada rezeki untuk saya, maka adalah. Kalau disebabkan satu gambar saham saya menurun, saya tak kisah sangat,” akhirinya.
Terdahulu, drama Layang-Layang Perkahwinan kini sudah pun mula ditayangkan di slot, Megat Drama di saluran Astro Ria dan Astro Go.
Selain Ezzanie, drama ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Shukry Yahaya, Keith Foo, Alya Iman dan Arash Mohamad.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyampai radio dan pengacara, Fizi Ali meluahkan rasa berang dipercayai terhadap bekas isterinya yang juga merupakan pelakon, Shakilla Khoriri.
Ia berkaitan isu yang turut melibatkan anak mereka, Ameena Sofia.
Menerusi sebuah hantaran di Instagram Stories, Fizi atau nama sebenarnya Muhd Hafizudin Alimuddin antara lain mendakwa Shakilla mempunyai hubungan dengan seorang lelaki.
“Bapak dia kau elakan jumpa. Boyfriend kau bawak jumpa. Siap pimpin tangan anak eh.
“Kau claim single hidup sorang? Bullshit. Dari sebelum pisah kau tak pernah single la perempuan.
“Ni sebenarnya kau nak kan? Konon depan netizen kau acah-acah suci hidup sorang besarkan anak,” tulisnya.
Pada masa sama, penyampai radio Hot FM ini juga percaya setiap perbuatan di dunia ini mempunya balasannya pada kemudian hari.
“Lepas tu nafikan semua benda. Keluarga dia siap terima penyondol tu. Kifarah ada, tak kena dekat diri sendiri nanti kena dekat ahli kelurga sendiri,” kongsinya lagi.
Sekadar informasi, Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan perceraian pada Disember 2021.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak iaitu Ameena
Sofia yang kini berusia 5 tahun.
Fizi kemudian mendirikan rumah tangga kali kedua dengan Siti Zulaikha pada 23 Oktober lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara Jihan Muse mengakui terkejut apabila ditawarkan untuk menggalas tanggungjawab sebagai salah seorang juri bagi program Kilauan Emas Selebriti 2026 (KES2026).