Pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein yang kini sarat hamil enam bulan mendedahkan dia bakal melakukan ujian magnetic resonance imaging (MRI) bagi mengetahui dengan lebih jelas perihal status kesihatannya ketika ini.
Menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di Instagram petang Ahad, penyanyi Bungaku Bakawali ini memaklumkan dia mempunyai masalah pada bahagian belakang.
Bagaimanapun, keadaan bayi yang dikandung berada dalam keadaan baik.
Penyanyi, Bob Yusof memberikan pendapatnya apabila Pos Malaysia Berhad memgumumkan perkhidmatan Bungkusan Dosmetik Udara/Darat untuk ke destinasi Sabah dan Sarawak bakal digantikan dengan perkhidmatan Bungkusan Dosmetik Laut.
Menerusi hantaran yang dikongsikan Bob, perubahan tersebut berkuatkuasa mulai 16 Ogos lalu.
Lalu penyanyi kelahiran Limbang, Sarawak i i antara lain berasa bimbang andai proses penghantaran barang akan mengambil tempoh masa lebih lama berbanding sebelumnya.
“Mula² ingatkan fake news rupanya betul sbb tgk kat website @pos4you. Semakin lamalah perjalanan penghantaran barang kami, mcm manalah kalau nak hantar brg yg berbentuk makanan?
“Apatah lagi nak hantar barang ke kawasan sy di Limbang Sarawak, skrg pun kdg² keluarga sy disana terpaksa menunggu barang yg sy kirim dlm seminggu dua utk smp ke tangan mereka, jd skrg kalau menggunakan laut berapa lama pulak masa yg di ambil utk barang sampai ke tangan mereka?
“Bukan menidakkan perkhidmatan yg diberikan ini, tp kena faham situasi yg bakal dihadapi, juga memikirkan dari segi logistik yg berkemungkinan besar mmg akan membebankan pengguna,” tulisnya.
Gambar
Gambar
Dalam pada itu, Bob atau nama sebenarnya Yusrizan Usop turut berkongsi pengalamannya sebelum ini.
Menurut penyanyi yang dicungkil bakatnya menerusi realiti nyanyian Akademi Fantasia musim kedua (AF2) ini, dia pernah terlewat menerima surat tawaran untuk melanjutkan pengajian tinggi, sebelum ini.
“Kalau dulu tahun 1999 pernah terjadi peristiwa yg tak akan sy lupakan, apabila sy lambat menerima surat tawaran smbg belajar, lambat menerima surat² rasmi yg lain, disebabkan masalah pos, jd adakah perkara ini akan berulang?
“Maaf sy hanya sekadar meluahkan pendapat kerana st kenal sgt dgn perjalanan atau laluan ke kawasan sy yg di apit kanan dan kiri oleh Negara Brunei. Malah sy percaya juga berkemungkinan besar kwsn² pedalaman lain pun akan menghadapi masalah yg sama.
“Boleh ke @pos4you memberikan pencerahan berapa lama perjalanan Laut ini utk smp ke destinasi yg dituju… terima kasih,” tulisnya lagi.
Seperti yang diketahui, bintang remaja Imran Aqil kini menjadi salah seorang penyampai radio Hot FM menerusi segmen kendaliannya, HotFlix.
Menurut pelakon yang dicungkil bakatnya menerusi Hero Remaja 2020 ini, dia akui terkejut dan tidak pernah menyangka akan diberikan peluang berada di konti radio.
“Alhamdulillah, saya sebenarnya terkejut dan tidak sangka diberi peluang menjadi penyampai radio. Memang tidak pernah terbayang pun hendak bekerja di konti radio.
“Tapi mungkin sudah namanya rezeki, saya ambil peluang ini sebagai cabaran untuk meluaskan lagi kerjaya dalam industri hiburan tanah air,” katanya, menerusi Remaja.
Jelasnya lagi, tawaran yang hadir terjadi dalam masa pantas dan dia dipanggil untuk menjalani uji bakat kira-kira seminggu selepas pelawaan.
“Semuanya berlaku ibarat sekelip mata. Waktu itu saya ditegur oleh salah seorang petugas di Media Prima. Katanya, berminat hendak jadi penyampai radio?
“Saya pun cakaplah saya tidak pernah terfikir untuk jadi penyampai radio; tetapi jika ada peluang boleh saja kerana saya seorang yang suka belajar dan mencuba perkara-perkara baru.
“Seminggu kemudian, saya dihubungi salah seorang pengurus Hot FM yang meminta saya hadir ke sesi uji bakat. Untuk sesi pertama, saya ditugaskan bersama abang AG.
“Komen yang saya terima pada waktu itu adalah saya dianggap terlalu formal. Sedangkan Hot FM merupakan stesen radio yang menarik orang-orang muda dan selalu kasual menggunakan bahasa percakapan harian,” katanya.
Imran yang pernah muncul menerusi drama Anak Tebing 2 menambah, proses tersebut kemudiannya diteruskan untuk beberapa sesi dan akhirnya dia berjaya mengisi senarai penyampai stesen radio berkenaan.
“Beberapa hari selepas itu, saya menerima panggilan susulan untuk menyertai sesi kedua uji bakat. Untuk peringkat ini, saya ditugaskan seorang diri dan ia lebih sukar daripada yang kita sangka. Saya diberikan tiga tugasan dan pada hari itu juga, saya disuruh hadir ke sesi uji bakat ketiga.
“Dalam peringkat akhir ini, ada ‘bos besar’. Bila sedang sibuk sembang-sembang, tiba-tiba mereka katakan, “We want you”. Memang saya tidak sangka dan saya sangat bersyukur kerana telah diberikan kepercayaan dan peluang sebegini,” katanya.
Dia pada masa sama bertuah kerana keluara turut memberikan sokongan selain masih mahu memberi fokus terhadap dunia lakonan selepas ini.
Sementara itu menerusi satu rakaman kandid yang dimuat naik di Instagram Hot FM, penampilan Imran mendapat reaksi baik peminat, apatah lagi melihatkan dirinya yang tak pernah lekang dengan senyuman.
Selebriti versatil, Ifa Raziah menitipkan dedikasi rindu buat rakan artis dari Indonesia, Inul Daratista.
Menyatakan dirinya adalah peminat penyanyi dangdut sensasi itu, Ifa pada masa sama mengakui dia berpeluang bertemu Inul ketkka sama-sama terlibat di dalam program D’Academy Asia musim kedua.
“SIAPA YANG TAK KENAL DENGAN PENYANYI LAGU GOYANG INUL. MASYAALLAH RINDUNYA pada MBAK INUL @inul.d yang TERSAYANG.
“Bermula sebagai peminat setia INUL sehinggakan MISS DIVA berlakon pun menjadi watak Inul Daratista. Masuk Final GEGAR VAGANZA 1 dulu pun MISS DIVA menyanyikan lagu GOYANG INUL.
“Akhirnya dapat bekerjasama dgn RATU DANGDUT INDONESIA di acara DAA2. Wanita ini bukan kaleng kaleng dia seorg Primadona yg hebat selain seorg penghibur, wanita hebat ini juga seorg Business Women yg LUARBIASA,” jelasnya.
Ifa berkongsi kapsyen panjang lebar itu menerusi satu entri di Instagram.
Dia pada masa sama turut berkongsi kepribadian baik Inul daripada pandangan matanya.
“Mbak Inul seorg artis terkenal tapi tak pernah sombong sering mengajak MISS DIVA menginap di rumahnya. MISS DIVA selalu minta tips dgn inul gimana mahu menjadi seorg yg berjaya dan kaya seperti dia.
“Mbak Inul tidak pernah kedekut ILMU & selalu kongsikan tips dan kata2 semangat kpd MISS DIVA. Kali terakhir last year MISS DIVA sempat berjumpa dgn Mbak Inul di acara MLM di Malaysia..Sempat kami keluar makan supper bersama2 ketika itu,” tulisnya.
Ifa turut mendoakan kesejahteraan rakan selebritinya itu.
“MISS DIVA sentiasa doakan Mbak Inul dan family sentiasa dilindungi oleh ALLAH SWT dan diberikan kesihatan yg baik dan terus sukses martabatkan irama DANGDUT di mata dunia. I MISS YOU SO MUCH INUL,” akhirinya.
Terdahulu di dalam platform sama, Ifa turut berkongsi perasaan sama terhadap penyanyi dan pelakon Seberang, Dewi Perssik.
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.