Prihatin dengan isu semasa, Noor Neelofa Mohd Noor menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa tampil menyalurkan bantuan kepada 11 keluarga di flat Kampung Sireh, Kota Bharu, Kelantan yang terkesan susulan letupan sebuah kereta, Jumaat lalu.

Memetik Harian Metro, sumbangan telah disampaikan oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas Pertubuhan Kasih Neelofa di Kota Bharu, Nezalani Nawi.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Neelofa menzahirkan rasa syukur kerana atas keprihatian, pihaknya berjaya menyampaikan infaq buat mereka yang terkesan.

“Syukur Alhamdulillah. With all your help and generosity, kami dari Pertubuhan Kasih Neelofa dapat sampaikan infaq anda kepada keluarga mangsa kesan letupan di Kota Bharu, Kelantan,” tulisnya.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Malah, perkongsian terperinci mengenai sumbangan turut dikongsikan bekas hos MeleTOP itu di Insta Storeis.

Tumpang gembira dengan perkongsian tersebut, warga net turut sama menyatakan rasa syukur dan mendoakan agar urusan semua yang terlibat dipermudahkan.

IKLAN

“Tahniah Neelofa dan team. Teruskan khidmat bakti utk masyarakat dan negara,” tulis seorang wargamaya di ruangan komen.

“ujian utk sis semoga kuat dan tabah,” titip ucapan seorang peminat.

IKLAN

“I am so proud of you Neelofa. Semoga Allah merahmati segala kebaikan mu. Aamiin. Abaikan all negative vibes from netizens. Stay safe and take care,” tulis doa seorang peminatnya.

“Syukur Alhamdulillah…,” – Pertubuhan Kasih Neelofa Ambil Inisiatif, Bantu Individu Terkesan Akibat Letupan Kereta “Syukur Alhamdulillah…,” – Pertubuhan Kasih Neelofa Ambil Inisiatif, Bantu Individu Terkesan Akibat Letupan Kereta

Foto: Instagram Neelofa

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI