Pelakon Shima Anuar ada menitipkan ucapan tahniah buat rakan artis, Ain Edruce yang difahamkan sudah pun selamat melahirkan cahaya mata pertama.

Menerusi Insta Stories, bintang filem Highland Tower itu berkongsi foto lama Ain yang ketika itu masih bergelar kekasih kepada suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa.

Shima Anuar Kongsi Foto Ain Edruce Dan Suami Zaman ‘Cintan-Cintun,’ – “Sekarang Dah Dapat Baby, Alhamdulillah.” Shima Anuar Kongsi Foto Ain Edruce Dan Suami Zaman ‘Cintan-Cintun,’ – “Sekarang Dah Dapat Baby, Alhamdulillah.”

Foto yang dirakam pada July 2018 itu, Ain dan Amirul antara tetamu yang hadir pada majlis aqiqah anak pertamanya, Marian Sophia Mohd Solih.

IKLAN

“Zaman diaorang mula-mula cintan-cintun dulu. Hihi. Sekarang dah dapat baby. Alhamdulillah.

“Congratulations @amirul_hafizz @ainedruce. Selamat tak cukup tidur lepas ni,” seloroh Shima.

IKLAN

Shima Anuar Kongsi Foto Ain Edruce Dan Suami Zaman ‘Cintan-Cintun,’ – “Sekarang Dah Dapat Baby, Alhamdulillah.”

Menerusi Instastory miliknya Ain pula, dia turut berkongsi kegembiraan melahirkan cahaya mata sulung yang disampaikan daripada kenalan.

IKLAN

Terdahulu, Ain dan suaminya, bertunang pada 22 Jun 2019, sebelum mendirikan rumah tangga berkahwin pada 13 Disember tahun sama.

Shima Anuar Kongsi Foto Ain Edruce Dan Suami Zaman ‘Cintan-Cintun,’ – “Sekarang Dah Dapat Baby, Alhamdulillah.”

Foto: Instagram Shima Anuar, Ain Edruce

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI