Pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam meluahkan rasa syukur apabila dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini dalam suasana yang cukup istimewa bersama seluruh ahli keluarga.
Tambah menggembirakan, anaknya, Syamsul Yusof turut pulang beraya dan meluangkan masa bersama mereka di pagi Syawal.
“Alhamdulillah, saya sangat gembira dengan sambutan hari raya pada tahun ini.
“Syamsul pun pulang ke rumah dan kami sekeluarga berpeluang makan angin di Switzerland,” katanya.
Yusof turut berkongsi keterujaannya apabila bekas menantu, Puteri Sarah Liyana, turut bersama memeriahkan sambutan hari raya keluarga mereka.
Ads
“Sudah tentu saya seronok. Puteri Sarah pun beraya bersama. Pada saya, Puteri Sarah dan Syamsul akan terus jadi sahabat.
“Mereka ada anak bersama. Hubungan saya dan besan pun masih baik,” jelasnya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Blood Brothers: Bara Naga di GSC, IOI City, pada Isnin.
Perubahan Positif
Dalam pada itu, Yusof turut berkongsi perkembangan terkini Syamsul yang dilihat semakin fokus dan bersemangat dalam menguruskan kerjaya seninya.
Menurutnya, anak lelakinya itu melalui tempoh sukar sebelum ini namun kini menunjukkan perubahan yang ketara.
“Sekarang Alhamdulillah dia nampak sekarang lebih fokus. Saya perhati proses penggambaran filem Original Gangsterambil masa lama, mungkin disebabkan banyak masalah dalam hidup dia sebelum ini.
Ads
“Dia pun saya lihat sudah semakin bersemangat cuma berat badannya sedikit turun dan nampak kurus. Saya pesan pada Syamsul, ala sekalipun kena kuat semangat,” ujar Yusof lagi.
Doa Anak Temui Bahagia
Sebagai bapa, Yusof juga tidak pernah berhenti mendoakan kebahagiaan anaknya dan berharap agar Syamsul bertemu jodoh yang baik pada masa akan datang meskipun pernah gagal dalam dua perkahwinan.
“Sebagai orang tuanya, saya doakan dia bertemu jodoh yang baik. Pesan saya pada Syamsul, apa pun yang terjadi, kena kuatkan semangat.
“Bina hidup baharu. Jangan hidup seorang diri. Kata Syamsul, nanti dahulu,” katanya.
Ads
Tambah Yusof, kehidupan yang bahagia bukan terletak pada kemewahan semata-mata, sebaliknya pada ketenangan bersama pasangan dan keluarga.
“Pada saya, hidup ini perlu pasangan. Kalau tidak, kita akan bosan. Tiada makna kita kaya tapi hidup seorang.
“Kehidupan ini bukan disebabkan kemewahan tapi ketenangan bersama keluarga dan anak isteri,” katanya lagi.
Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 sebelum bercerai secara rasmi pada 14 Jun 2023.
Namun, keakraban yang masih terjalin antara mereka terutama demi anak-anak menjadi bukti kematangan kedua-dua pihak dalam membina hubungan sebagai sahabat selepas berpisah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Kredit Foto: Instagram Syamsul Yusof & Syafiq Yusof
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24 tahun yang parah dalam rusuhan di Kuil Sri Mariamman, Subang Jaya Selasa lalu mula sedar dan faham arahan yang diberikan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Seri Dr Azhari Yaakub kepada media menjelaskan bahawa keadaan Adib masih lagi dikategorikan sebagai kritikal namun stabil.
“Pagi tadi beliau mula sedar dan faham arahan yang diberikan. Itu adalah tanda positif yang menunjukkan otak berfungsi.
“Bagi kecederaan organ, Muhammad Adib masih menggunakan mesin Extracorporeal Membrane Oxygenation (ECMO) yang membantu fungsi paru-paru,” katanya pada Berita Harian.
Susulan itu, rakyat Malaysia mengucapkan syukur terhadap perkara itu dan mendoakan agar dia cepat sembuh. Malah, ada juga yang memohon agar wad Adib dikawal rapi bagi mengelakkan insiden lain terjadi pula.
Terdahulu, Adib yang merupakan anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman.
Foto/Instagram: Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Terpanggil untuk memberi pesanan buat Puteri Balqis selepas kisahnya tular di laman sosial, Faezah Elai di laman Instagramnya menyatakan dia pernah bergandingan dengan Puteri sewaktu pelakon itu berusia 4 tahun menerusi sebuah drama arahan Osman Ali.
Jelasnya, dia hanya mampu mendoakan daripada jauh dan tidak keberatan untuk membantu jika diperlukan.
“I used to work with her when she was just 4.. She’s so sweet and very obedient.. masa tu drama arahan @osmanali_nuansa
“So sad to see u in this condition aqish.. I wish you well.. stay strong and pls jgn penah berhenti sekolah dik.. sbb ilmu sgt penting dunia dan akhirat.. If you ever have a problem regarding school appliances,just dont be hesitate to look for me,i try to help.. nothing much i can do for u.. cuma dpt doa dari jauh je,” tulisnya.
Tambahnya, industri hiburan boleh menjadi kejam dan Puteri terlalu muda untuk menghadapinya.
“U so much like my Dealova masa aqish kecik.. The entertainment industry can be really cruel sometimes.. u are too young to face all this.. If u are reading this,pls take care.. and jadi anak yg solehah to ur parents,wether they’re right or wrong..
Much love from Kak Faezah (Yes!! She called me kak.. masa tu hakak tk kawin lagi lah.. habaq siap2 la satgi ada pulak kata hakak tk sedaq diri),” terangnya lagi.
Ulas Faezah lagi, dia hanya mampu menitipkan pesan di laman Instagram sendiri kerana tidak mempunyai nombor telefon dan tidak mengetahui laman Instagram pelakon tersebut.
“P/S : obviously I wrote this because i dont have her contact no. and i cant find her IG too.. maybe different name kot.
“Ampa tk payah dok buat kalut tanya pasai apa hakak tk dm or whatspp dia na.. dh lama lose contact, masa kenai dia zaman blackberry.. lani dh zaman hawauwehh,” kongsinya.
Terdahulu tular kisah sedih Puteri Balqis bersama ibunya menerusi rancangan Bersamamu. Dua beranak itu dilihat terpaksa membiayai kehidupan harian dengan menjual buku puisi hasil tulisan Puteri.
Foto : Instagram Faezah Elai
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Merupakan tahun kedua menyertai misi kemanusiaan kali ini, penyanyi Aizat Amdan berkongsi secebis kisah duka yang masih kuat terpahat dalam ingatan.
Katanya kepada MH, pelarian kanak-kanak Syria seolah-olah hilang harapan apabila setiap hari melihat ada ahli keluarga dan teman-teman mati akibat kekejaman pihak tertentu.
Lebih memilukan, sewaktu diberikan kertas lukisan untuk ekspresikan perasaan mereka ketika itu, kebanyakan mereka hanya melukis kereta kebal, bom dan orang mati dipenggal.
“Mereka hidup seperti tiada arah tuju. Tidak pergi sekolah, tiada pekerjaan yang boleh membiayai keluarga. Jadi mereka hanya mengharap bantuan.
“Jadi kita di sana, bukan hanya nak beri harapan, tapi kita cuba beri sedikit pendedahan mengenai pendidikan. Bagi saya, mangsa perang ini akan hadapi trauma.
“Bayangkan kalau hospital ini tiba-tiba di bom. Anak-anak dan kawan kita mati di depan mata. Mereka hidup dalam keadaan itu, trauma, sakit hati.
“Lalu program Cinta Syria Malaysia cuba untuk kembalikan moral, daripada teruk sampai okay dengan mengadakan sekolah.
“Kanak-kanak diberi kertas lukisan dan mereka diberi peluang melukis apa sahaja di atas kertas dan kebanyakan akan lukis kereta kebal, bom dan kepala orang dipenggal,” jelas Aizat.
Bahkan, situasi itu dilihat berbeza dengan keadaan yang berlaku di negara ini.
“Sedangkan masa kita dahulu, kita lukis matahari, rumah, sungai. Mereka di sana trauma namun dengan adanya pendidikan, corak pemikiran mula berubah. Mereka sudah mula ada harapan.
“Bulan Ramadan adalah yang terbaik untuk kita bantu mereka,” terang Aizat yang akan berlepas ke Turki dan Lubnan pada 19 hingga 31 Mei depan menyertai misi tersebut.
Turut sama dijangka berangkat menyertai misi sama ialah penyanyi Altimet dan Noh Salleh.
Terdahulu, penyanyi Pergi ini ditemui pada Program CSR Media Hiburan X Remaja Make A Wish di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Dalam perkembangan lain, Aizat juga turut muncul menerisi single terbaru, Angin Lalu, bulan ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!