Pelakon kelahiran Malaysia yang mencipta nama di Singapura, Shaun Chen, berdepan detik paling menyayat hati apabila bapanya yang berusia 84 tahun meninggal dunia selepas terlibat dalam insiden langgar lari pada pagi 28 Mac lalu.
Shaun berkongsi berita duka itu menerusi satu video di Instagram, mendedahkan bahawa bapanya telah dilanggar ketika menunggang motosikal pulang ke rumah di kampung halaman mereka di Negeri Sembilan.
Lebih memilukan, pemandu yang melanggar mangsa melarikan diri dari tempat kejadian tanpa memberikan sebarang bantuan.
Namun pada Ahad, 30 Mac, Shaun memaklumkan kepada media tempatan bahawa pemandu terbabit, seorang lelaki berusia 62 tahun, telah tampil menyerah diri dan membuat laporan polis pada hari kejadian.
Ads
“Kami masih belum tahu apa sebenarnya berlaku semasa kemalangan dan bagaimana dia akan didakwa. Kami akan dapat maklumat lanjut selepas pengebumian selesai,” jelas pelakon berusia 46 tahun itu.
Rakaman kejadian tersebut sempat dirakam oleh kamera papan pemuka milik seorang jiran kampung yang kebetulan memandu di belakang mendiang ayahnya. Jiran itu bersama beberapa penduduk kampung lain, bergegas memberikan bantuan.
Rakaman kamera papan pemuka kejadian yang merenggut nyawa ayah Shaun Chen.
Walaupun masih bernyawa ketika dibawa ke hospital, bapanya kemudian disahkan mati otak sebelum menghembuskan nafas terakhir akibat kecederaan serius yang dialami.
Ads
Dalam video yang dimuat naik di Instagram, Shaun berharap agar pemandu berkenaan dapat memohon maaf kepada arwah bapanya, sekaligus menunjukkan rasa bertanggungjawab terhadap kejadian itu.
Upacara pembakaran mayat mendiang bapanya telah diadakan di Malaysia pada hari ini (1 April), disertai keluarga terdekat dan kenalan rapat.
Ads
Sedikit info tentang Shaun, dia dilahirkan dan dibesarkan di Jelebu, Negeri Sembilan. Memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan pada 2003 di Singapura dengan membintangi pelbagai drama dan filem, sehingga kini dia antara pelakon popular di negara terkaya Asia Tenggara itu.
Antara naskhah popular lakonannya seperti My Friends From Afar, Unriddle dan Emerald Hill – The Little Nyonya Story.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bapa kepada penyanyi Allahyarham Siti Sarah, Raissudin Hamzah reda dengan pemergian anaknya itu meski selain mengakui rasa ‘sepi’ sejurus dimaklumkan mengenai berita tersebut.
Menurut Raissuddin,65, dia yang juga pernah terlibat dalam dunia seni memberitahu dia mengetahuinya daripada menantu, Shuib.
“Apa yang terjadi sudah ditetapkan Allah SWT, bukan percangan kita atau sesiapa. Inilah yang dikatakan takdir, ketentuan dan nasib. Ia tiga perkara yang bunyinya berbeza tetapi ia hal yang sama.
“Bila berlakunya benda ni (mengetahui), saya tak berkata apa-apa… saya tak tahu nak kata apa,” katanya.
Raisuddin memberikan reaksi tersebut sejurus ditanya pihak media usai majlis bacaan tahlil dan doa selamat buat arwah anaknya yang diadakan secara virtual pada malam Selasa.
“Pada malam (pagi Isnin) Shuib datang jumpa saya dengan senyum kata, bah (Abah) orang nak pergi hospital. Dia berlutut depan saya dan dia kata ‘Siti (Sarah) sudah tiada bah.
“Lalu saya rasa dunia ni macam… sesepi-sepinya. Kalau saya nak bagitahu macam mana perasaan, saya rasa tuan-tuan lebih faham.
“Cuma saya harapkan, marilah kita sama-sama doakan Sarah, agar dia tenang di sana. Kita hanya dapat mengenang, tetapi dia tidak akan kembali lagi,” jelasnya.
Raissuddin pada masa sama turut berkongsi personaliti anaknya itu yang disifatkan sebagai anak yang taat.
Terdahulu, bintang berusia 37 tahun itu menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur, Cheras, akibat Covid-19.
Penyanyi lagu Kesetiaan itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor pada kira-kira pukul 1.20 petang Isnin.
Allahyarham meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dilahirkan secara pra-matang.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Khamis lalu, penyanyi seberang yang hits menerusi single Lagi Syantik, Siti Badriah telah pun melangsungkan majlis pertunangan bersama lelaki pilihan, Krisjiana Baharudin.
Majlis yang berlangsung serba meriah di Pajetan, Jakarta Selatan itu turut diraikan keluarga dan sahabat handai.
Sama cantik sama padan menerusi persalinan serba kelabu, bintang yang mesra disapa Sibad ini tampak berseri-seri menerusi beberapa keping foto yang yang dikongsi di laman Instagram rasmi milik penyanyi berkenaan.
Malah, Sibad turut memuat naik video sekitar majlis tunang yang telah pun berlangsung dengan kapsyen;
“Bismillah semoga ini awal kebahagiaan kami. Terimakasih untuk semua doa dan bantuannya untuk kami berdua,” tulisnya sambil menitipkan dedikasi buat semua krew terlibat.
Rata-rata peminatnya juga turut mengucapkan tahniah dan berdoa agar hubungan keduanya dipermudahkan.
Foto: Instagram Siti Badriah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon versatil, Nurkhiriah yang telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelakon Komedi TV Terbaik Seri Angkasa 2022 (ASA 2022), malam pertama, pada Sabtu.
Tidak jangka akan kemenangan berpihak kepadanya, Noorkhiriah memenangi kategori tersebut menerusi drama Madu siaran TV Okey.
“Saya bermula daripada RTM. Jadi sudah tentu saya mengharapkan menang di ASA. Sebelum ini saya pernah dapat anugerah di ABP dan Anugerah Skrin.
“Cuma untuk filem belum ada rezeki. Kalau kategori TV bagi saya sudah lengkap, Alhamdulillah. Jujurnya saya tak sangka menang sebab persaingan memang sengit.
“Drama Madu kami shooting sebelum pandemik COVID-19. Saya ingat orang lain menang, tapi dengan izin Allah saya menang,” katanya.
Noorkhiriah pada masa sama optimis untuk terus berjuang dalam bidang lakonan yang sudah sebati dengan diri.
“Saya tidak akan menolak selagi mana saya diperlukan. Lagi pun itu (lakonan) adalah kerja saya. Saya pun nak bantu suami, dan bukannya untuk saya seorang. Jadi saya terima saja (tawarkan berlakon).
“Cuma kalau boleh saya harap selang seli. Kadang-kadang kita rindu watak berat. Kadang-kadang kita rindu untuk watak kelakar,” katanya lagi yang turut selektif.
Berkongsi rahsia kejayaannya hingga berada pada tahap sekarang, Noorkhiriah menyifatkan keikhlsan dalam bekerja cukup penting.
“Saya tiada apa-apa rahsia. Bagi saya kena ikhlas dalam bekerja. Bila ikhlas, kita jangan nak fikir menang anugerah. Ia akan datang sendiri.
“Kalau bekerja kerana anugerah, memang kita akan kecewa sekiranya tak jadi kenyataan. Apabila kerja kerana amanah, ia (anugerah) akan datang kepada kita,” tambahnya lagi.
Sementara itu pada malam pertama penganjuran, ASA 2022 dimeriahkan dengan persembahan hebat daripada Adam, Nikki Palikat, Salma Asis, Idayu, Azlan & The Typewriter, Naqiu dan ramai lagi.
Dibariskan senarai lengkap penerima anugerah pada malam pertama acara kemuncak;
Anugerah Promo Radio Terbaik – Promo Pentas (Best FM)
Pengulas Radio Terbaik – Rosdi Omar (Nasional FM)
Penyampai Berita Radio Terbaik – Tan Xin Rui (988)
Buletin Radio Terbaik – Utama Waktu Ini (Bernama Radio)
Liputan Berita Radio Terbaik – Lintas Langsung Tinjauan Pasca Banjir Sungai Telemong(Bernama Radio)
Drama Pendek Menerusi YouTube Rasmi Terbaik – Kampung Malar Deepavali (Astro Gempak)
Sketsa Pendek Menerusi YouTube Rasmi Terbaik – Syawal Pertama (Asyik FM)
Pesanan Khidmat Masyarakat Menerusi YouTube Rasmi Terbaik – YouTube Buletin TV3
Majalah Radio Terbaik – Untukmu Malaysia (Nasional FM)
Dokumentari Radio Terbaik – Cabaran Pendidikan Norma Baharu (Nasional FM)
Bicarawara Radio Terbaik – Mukjizat Teragung (Salam FM)
Rancangan Interaktif Radio Terbaik – Dondang Sayang Warisan (Melaka FM)
Rancangan Agama Radio Terbaik – Tanyalah Ustaz Suffan (Sandakan FM)
Pelakon Pembantu LelakiRadio Terbaik – Sofi Jikan (Nasional FM)
Pelakon Pembantu Wanita Drama Radio Terbaik – Kuna Muzani. Drama: Prihatin Tandanya Sayang (Selangor FM)
Set TV Terbaik – Mohamad Izwan Munshid – Halaqah 2020 (TV3)
Tatarias TV Terbaik – Azri Haji Seman – Yang Tersembunyi (TV Okey)
Grafik TV Terbaik – Muhammad Aqil Aiman – Imbauan 2020 (TV9)
Kesan Khas TV Terbaik – Tuan Nazraififie Abdul Rahman – Halaqah 2021 (TV3)
Pengulas TV Terbaik – Rasdi Jumaat – LaporanHarian Sukan Olimpik Tokyo 2020(TV Okey)
Liputan Berita TV Terbaik – Faris Izzat Shahrudin & Andy Reza Rohadian (RTM)
Laporan Khas Berita TV Terbaik – Kajang Bypas : Lebih Raya Atau Pusara – Mohammad Hilmi Hj. Ab Malik (Astro Awani)
Promo TV Terbaik – Lagu Cinta Kita 3 – Ahmad Shahril Osman (TV3)
Montaj TV Terbaik – Fatkhul Aarif Hilaluddin –Berita Perdana (RTM)
Suntingan Rancangan TV Terbaik –Izhar Masuri– Capa Rengat Gulai Rawo (TV1 RTM)
Rancangan Kanak-Kanak TV Terbaik – Ustaz Kartun Dan Robojim (TV Al-Hijrah)
Animasi Tempatan TV Terbaik – The Five Elves: A New World (Astro Xiao Tai Yang)
Candawara (Gameshow) TV Terbaik – Panggung Memori(Astro Warna)
Rancangan Realiti TV Terbaik – Hijrahkan Laguku (TV Al Hijrah)
Bicarawara TV Terbaik – Lambaian Tidak Kesampaian (TV3)
Rancangan Agama TV Terbaik – Al Qariah (TV Al Hijrah)
Rancangan Sukan TV Terbaik – Aksi -Episod 1 (TV1)
Pelakon Kanak-Kanak TV Terbaik – Phua Chandler- Howdy My Friends (Astro Xiao Tai Yang)
Pelakon Komedi TV Terbaik – Noorkhiriah -Madu (TV Okey)
Pelakon Pembantu Lelaki TV Terbaik – Hilal Azman – Amanat (TV3)
Pelakon Pembantu Wanita TV Terbaik – Nabila Huda – Jeti (TV3)
Drama Bersiri TV Terbaik – Dukun Diva (Astro Citra)
Anugerah Khas Juri– Halaqah (episod 7) : Bencana Muahasabahkah kita?
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!