
Pelakon Norman Hakim dilihat bertemu dengan bekas isterinya, aktres Abby Abadi, selepas timbul dakwaan kononnya berlaku perselisihan antara mereka.
Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, video pendek yang kini tular merakamkan Norman bersama Abby berbual mesra dan ketawa sebelum memasuki sebuah kedai makan, seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Turut kelihatan di dalam video sama ialah isteri Norman, iaitu pelakon Memey Suhaiza dan menerusi rakaman sama, Norman turut berkongsi satu laporan portal yang mendakwa dia pernah mengasari Abby.
Menerusi hantaran terbaharu, Norman dan Abby masing-masing berkongsi foto bersama yang turut dihadiri anak mereka, Marissa Dania bersama kapsyen yang memberi makna.
View this post on Instagram
“Deep talk over dinner. Thank you Allah SWT and thank you everyone for all the kind prayers,” tertera pada ruang kapsyen.
Kisah Lama Rumah Tangga?
Terdahulu, Abby pernah berkongsi kisah rumah tangganya bersama Norman, termasuk menyentuh mengenai dakwaan pernah jadi mangsa keganasan rumah tangga dan pengabaian nafkah anak.
Pendedahan tersebut menjadi sorotan di media sosial, sekaligus mengundang pelbagai spekulasi warganet.
Perjalanan Hidup Selepas Berpisah
Imbas kembali, Norman dan Abby pernah bertemu jodoh pada 2002 sebelum bercerai pada 2009.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 22, Marissa Dania Hakim, 20, dan Danisha Hakim, 17.
Kini, masing-masing mempunyai kehidupan berkeluarga apabila Abby berkahwin dengan Muhammad Faizal Zakaria pada Ogos 2015 lalu.
Norman pula mendirikan rumah tangga kali kedua dengan Memey pada September 2011 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
View this post on Instagram
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI