Bintang rap asal Singapura, ALYPH optimis mempamerkan kematangan dan perkembangan dalam perspektif muziknya, sekali gus menjadi antara yang terbaik dalam kalangan rakan seangkatan.
Single terbarunya, SWIPE yang disuntik elemen romantik dan yakin diri kini dilancarkan menerusi Def Jam Malaysia dan Singapura.
Sering dikaitkan dengan ramai nama besar dalam hip hop Asia Tenggara, ALYPH membuktikan bahawa corak pemikirannya tersendiri, tajam dan lantang memartabatkan hip hop ke tahap tertinggi.
Menerusi ‘SWIPE’, ia menyentuh aspek harga diri dan keyakinan pada era percintaan menerusi aplikasi dan terpencil sekarang.
Meskipun melodinya cukup pantas menangkap halwa telinga pendengar, ALYPH akui ia bukan satu hal yang mudah.
“Bukan senang nak jadi yakin setiap masa, jadi saya ingin hasilkan lagu yang mampu cetuskan rasa itu. Bagi memberi gambaran realistik, saya menjadikan seseorang sebagai rujukan yang cukup tepat dan tidak munafik berdekad lamanya.
Ads
“Beliau ialau usahawan dan selebriti, Datuk Seri Vida (DSV). Ramai tahu, DSV sering mendapat liputan dan tidak pernah gagal menjentik khalayak untuk bercakap mengenainya.
“Saya inginkan seseorang yang langsung tak malu jadi dirinya dan pada masa sama, punyai luka silam serta kejayaan depan mata. DSV sangat sempurna dengan karakter itu,” katanya.
Frasa pernah diucapkan DSV juga menjadi pembuka lagu terbabit dan bertepatan dengan alur semangatnya iaitu ‘Asalkan kamu ada hala tuju, apa nak kisah?’
Muzik video lagu berkenaan juga cukup menarik, mendapat sentuhan pengarah kreatif dan pejuang kebudayaan Shahrin Bahar yang sebelum ini pernah berkhidmat dengan ramai rakan hip hop seangkatan ALYPH.
Ads
Keluar dari kepompong lebih suka bekerja sendiri, ALYPH perlu akur untuk berikan laluan kepada Shahrin berkarya ikut kreativitinya.
Menurut Shahrin, muzik video itu diinspirasikan daripada visi dan pesona ALYPH menerusi warna-warna terang, kata kunci yang padu, suntingan pantas, dan kejutan lain, agar lebih menghiburkan untuk tontonan peminat.
“SWIPE adalah sebuah platform untuk ALYPH menonjolkan dirinya sebagai artis prolifik, pamer elemen yang sinonim dengan visi dan pesonanya,” kata Shahrin.
Ads
Malah akui ALYPH, dia juga turut mendapat sokongan pasukan, termasuk DSV.
“Saya sudah terbiasa selalu mahu uruskan segalanya sendiri tapi kali ini ada idea yang tidak menjadi dan lain-lain,” akui ALYPH.
“Itulah sebab saya belajar bekerja dengan sebuah pasukan besar untuk pastikan semua sepakat, termasuk DSV. Memang ia agak mencabar, namun sangat berbaloi,” katanya lagi.
SWIPE kini boleh dinikmati menerusi semua platform digital, termasuk muzik video rasmi yang sudah boleh ditonton di YouTube.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hampir setahun kehilangan anak sulung, penyanyi Azmi Saat mengakui isterinya, Nazirah Muhamad masih belum bersedia mempunyai perancangan untuk memiliki cahaya mata lagi.
Menurut Azmi atau nama sebenarnya, Khairul Azmi Mohd Saat, 35, sehingga kini isterinya masih bersedih selepas anak mereka meninggal dunia pada September tahun lalu.
“Isteri saya belum bersedia selepas kehilangan anak kami. Takut juga nak bertanya kepada isteri tentang anak.
“Namun, pernah sekali pada awal tahun ini, saya suarakan untuk melakukan rawatan supaya boleh dikurniakan cahaya mata lagi.
“Tapi, isteri kata, dia takut jika perkara sama terjadi. Jadi, buat masa ini memang kami tiada perancangan untuk melakukan sebarang rawatan, sebaliknya biar proses itu berlaku secara semulajadi,” katanya kepada MH.
Azmi ditemui pada majlis pelancaran lagu baharunya berjudul Permataku yang diadakan di Pejabat Indigital, Damansara Perdana, Selangor pada Jumaat.
Vokalis kumpulan Caliph Buskers ini juga berkata setiap bulan dia dan isteri pasti akan menziarah kubur anak mereka yang terletak di Tanah Perkuburan AU2, Keramat, Kuala Lumpur.
“Sekarang ini isteri saya sudah semakin okey. Cuma ada ketika perasaan sedih itu akan datang tiba-tiba. Dia akan minta untuk ziarah kubur anak untuk lepaskan rindu.
“Saya reda dan Alhamdulillah dapat juga pengalaman ada cahaya mata, dapat azankan bayi kami serta uruskan jenazah dia. Jadi, perasaan sedih saya tidaklah keterlaluan,” katanya lagi.
Sementara itu, bercakap mengenai single terbaharunya itu, Azmi berkata lagu ciptaan Ajai dan Ahmad Fedtri Yahya itu merupakan karya yang didekasikan buat Allahyaraham anaknya.
“Apabila mendengarkan sahaja lirik tersebut buat kali pertama, saya gembira sebab ia memang menggambarkan isi hati saya.
“Saya harap lagu ini diterima baik pendengar semua,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, anak Azmi, Khairul Afnan meninggal dunia pada 30 September tahun lalu selepas tiga hari dilahirkan akibat kegagalan fungsi otak.
Khairul Afnan merupakan anak sulung pasangan ini selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas mendapat sambutan luar biasa dari dalam dan luar negara, akhirnya pihak TV3 bersetuju meneruskan lagi drama bersiri, Melur Untuk Firdaus bagi musim kedua.
Pengumuman tersebut dikongsi sendiri oleh tunjang utama drama tersebut Meerqeen dan Anna Jobling sewaktu menjadi tetamu undangan di program Terpaling Juara pada Ahad.
Menurut Anna, sebagai pelakon dia sememangnya teruja dengan perkhabaran tersebut lebih-lebih apabila dapat memenuhi permintaan peminat
“Kalau permintaan peminat nak tonton kami lagi, apa salahnya kami tunaikan. Sebenarnya kami tak jangka pun akan ada musim ke-dua.
“Pada awalnya, jangkaan kami untuk musim yang pertama hanya biasa-biasa sahaja. Bila dah ditayangkan, kami pun terkejut drama ini boleh meletop di seluruh dunia. Disebabkan itu, kami lanjutkan lagi untuk musim yang kedua. Ini semua untuk anda,” katanya kepada MH.
Sementara itu, Meerqeen tidak menolak kemungkinan dia dan Anna akan berasa sedikit tertekan untuk memenuhi expektasi peminat selepas kejayaan luar biasa yang diraih pada musim yang pertama.
“Secara jujurnya, saya akui berasa sedikit tertekan untuk memenuhi ekpektasi peminat kerana kami sentiasa ingin memberikan yang terbaik. InsyaAllah kami akan cuba sebaik mungkin.
“Saya juga menharapkan drama ini akan mendapat sambutan yang lebih hebat daripada musim pertama. Apa yang boleh saya katakan, drama kali ini akan menampilkan kelainan dari segi plot cerita dan karakter-karakter baru. Kami tak sabar nak mulakan penggambaran bagi drama ini.
“Memang kami sangat seronok dengan penerimaan peminat sehingga kini. Kami berkerja kerasa bagi menjayakan drama ini terutama sekali buat Anna kerana wataknya sangat berat. Saya gembira bagi pihak Anna. Dia layak untuk mendapatkan apa yang dikecapinya saat ini,” kongsinya.
Sementara itu, Anna turut mengakui dirinya sudah tidak sabar untuk sekali lagi berkongsi keterujaan bersama peminat sepanjang menjayakan naskah ini.
“Peminat hari-hari membuat suntingan video mengenai saya dan Meerqeen sepanjang Melur Untuk Firdaus berlangsung dan saya sudah tidak sabar untuk merasainya sekali lagi.
“Tetapi saya tidak mahu terlalu selesa dengan keadaan seperti ini dan saya mahu mencabar diri untuk memberikan mutu lakonan yang lebih baik berbanding sebelum ini. Saya harap drama ini sekali lagi dapat mencipta fenomena,” ujarnya lagi.
Melur Untuk Firdaus musim ke-dua dijangka bakal memulakan penggambaran pada hujung tahun ini atau awal tahun hadapan.
Pihak produksi dikatakan masih lagi berusaha untuk memghasilkan skrip dan naskah yang terbaik.
Drama rantaian Melur Untuk Firdaus yang disiarkan TV3 melalui slot Lestary, merekodkan 11 juta penonton sehingga episod akhir pada 15 Julai lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Meerqeen
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tiga hari lalu, pelakon Ardell Aryana ada memuat naik foto adik bongsunya, moHD nUE Faiz bersempena dengan ulang tahun kelahirannya. Lalu, pelakon berkenaan turut menghadiahi adiknya itu dengan sebuah motosikal.
Foto berkenaan turut dimuat naik Ardell menerusi instagram, lengkap dengan dedikasi istimewa buat adiknya itu.
“Hai @mohdnur.faiz Alhamdulillah .. awak dah genap 25 tahun harini. I love you !!! Hadiah birthday dia tahun ni motor ( Y Suku ). Slide left gambar tengok muka happy dia, bukan main awak eh permintaan.
“Nasib baik lah awak adik bongsu dapat laaa juga seekor Y suku. Lenkali request la hadiah nak “ Abang Ipar “ ke, senang akak nak bagitau mama suruh carikan…haha. Sebenarnya, kalau takda pun takpa…sebab tak ready nak kecewa ? EH ! MAY ALLAH BLESS YOU always dik ❤️.Akak sayang kau,” tulisnya panjang lebar.
Lalu, para peminat pelakon tersebut juga turut sama mengucapkan tahniah buat adik Ardell.
Selain itu, bintang itu juga turut memuat naik foto sekitar majlis merisik melibatkan abang sulungnya yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Bagaimanaoun, rata-rata peminat turut terkejut apabila melihat gambar ‘merisik’ yang dikongsikan Ardell. Namun akhirnya, ramai yang mulai faham apabila selesai membaca status yang ditulisnya.
Foto: Instagram Ardell Aryana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor meluahkan rasa bengang terhadap tindakan beberapa individu yang didakwa menyebarkan fitnah dan kenyataan palsu berkaitan dirinya.