Pelakon dan pengacara, Janna Nick meluahkan rasa terkilan terhadap reaksi segelintir pihak yang seolah-olah kurang senang setiap kali dia berkongsi tentang hasratnya untuk menimang cahaya mata.
Menurut Janna, perkongsian itu dibuat sekadar meluahkan perasaan, bukannya untuk mengundang kritikan atau kata-kata negatif sesiapa.
“Apa Masalahnya Kalau Cakap Nak Anak Setiap Hari?”
“Apa masalahnya kalau orang cakap nak anak setiap hari pun?
“Sibuk je nak comment, ‘Oh jangan mengharap sangat, nanti lagi tak dapat’.
Ads
“Suka hatilah, kalau aku nak post 560 kali
sehari pun pasal nak anak,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem Juang itu menerusi sebuah hantaran di aplikasi Thread.
“Kenapa Manusia Sekarang Suka Jadi Joykiller?”
Kongsinya lagi, tindakan segelintir pihak yang memberikan komen negatif dengan niat untuk mematahkan semangatnya dianggap keterlaluan.
Ads
“Kenapa manusia sekarang suka jadi joykiller ya? Aku manifest sahaja pun, bukan aku merungut.
“Sibuk nak bagi pendapat kau yang tak penting tu. Saya tak nak tahu,” luahnya lagi.
Ads
Baru-baru ini, Janna turut berkongsi mengenai hasrat dan impian yang ingin dicapainya pada tahun 2026.
Pelakon dan personaliti terkenal Indonesia, Celine Evangelista, tampil berterus terang mendedahkan penyesalan terbesarnya selepas memilih untuk berhijab dan melalui fasa hijrah yang dianggap paling signifikan dalam hidupnya.
Menerusi satu sesi podcast bersama pengacara popular Indonesia, Daniel Mananta, Celine mengakui bahawa gaya hidup serta cara berpakaian terlalu terbuka suatu ketika dahulu menjadi perkara yang paling disesalinya hari ini.
Menurutnya, ketika itu dia berasa terlalu yakin dengan penampilan diri sehingga tidak menyedari kesan negatif yang mungkin timbul terhadap orang lain.
“Saya dulu selesa berpakaian terbuka sebab rasa diri cantik dan kulit mulus. Bukan niat untuk sombong, tapi itulah perasaan saya ketika itu,” katanya jujur dalam perbualan berkenaan.
Namun, selepas mendalami kehidupan spiritual dan akhirnya membuat keputusan untuk berhijab sepenuhnya, Celine berkata perspektif hidupnya berubah secara menyeluruh.
Dia mengakui berasa sedih apabila menyedari penampilan lamanya mungkin telah membuka ruang kepada pandangan dan imaginasi yang tidak sepatutnya.
“Namun, ramai juga yang melihat saya dari sudut keseksian dan kecantikan, sehingga akhirnya, na‘uzubillah ada yang berimaginasi tentang saya.”,” jelasnya lagi.
Tambah Celine, proses hijrah yang dilaluinya bukanlah sesuatu yang berlaku secara mendadak. Sebaliknya, perjalanan spiritual itu telah bermula sejak 2017 apabila dia mula mendalami ajaran Islam secara lebih serius.
Pelakon cantik ini memeluk agama Islam pada Mac 2024 dan mengumumkannya kepada umum ketika sedang lalukan umrah.
Imbas kembali, pemilik nama penuh Monica Maureen Ricci ini memulakan kerjayanya dalam dunia seni sejak berusia 12 tahun lagi, selain berlakon dia juga terkenal sebagai seorang model.
Antara filem lakonannya seperti Danyang Wingit Jum’at Kliwon, Ruqyah: The Exorcism, Bangku Kosong, Suster Ngesot dan Misteri Hantu Selular.
Wanita berusia 36 tahun ini pernah berkahwin dengan penyanyi, Dirly, pada 2012 namun perkahwinan itu hanya bertahan setahun sahaja. Kemudian pada 2016, beliau melangsungkan perkahwinan dengan pelakon, Stefan William, sebelum bercerai pada 2021.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Ani Maiyuni mengakui keserasian yang terjalin bersama rakan lamanya, Kelly Azman menjadi antara faktor utama dirinya sentiasa berasa selesa setiap kali berada di atas pentas, khususnya ketika mengendalikan persembahan sepanjang bulan Ramadan bersama-sama.
Menurut Ani, sikap Kelly yang bersahaja membantu menceriakan suasana, sekali gus menjadikan persembahan lebih santai dan dekat dengan penonton.
“Bila suasana terlalu tegang, penonton pun boleh rasa kekok. Kelly pula jenis santai, mudah buat orang senyum dan secara tak langsung dia hidupkan mood persembahan,” kata Ani.
Ani turut meluahkan rasa syukur apabila rezekinya terus mengalir sepanjang Ramadan, selain menghargai cara kerja Kelly yang mudah dibawa berbincang dan konsisten memberi sokongan apabila mereka digandingkan bersama.
“Kelly selalu cari saya sebelum naik pentas, tanya saya okey ke tidak dan dah bersedia atau belum. Senang nak berbincang, jadi kerja pun jadi lancar. Bila atas pentas, memang ada keserasian itu,” ujarnya lagi.
Dalam masa sama, Ani menegaskan ketenangan dan kegembiraan dalaman amat penting bagi memastikan sesebuah persembahan berjalan lancar, walaupun tawaran besar kadangkala hadir bersama tekanan.
“Ada tawaran yang nampak besar, tapi kalau buat kita tertekan dan tak gembira, persembahan pun jadi hambar. Penyanyi kena tenang dan gembira dulu, barulah penonton boleh rasa,” katanya.
Sementara itu, bagi pengacara dan selebriti serba boleh, Kelly Azman, sesebuah pentas yang baik bukan sekadar bergantung kepada suara dan lagu, sebaliknya turut melibatkan keselesaan rakan gandingan serta suasana yang sampai kepada penonton.
Atas prinsip itu, gandingannya bersama Ani Maiyuni terus kekal serasi, lebih-lebih lagi ketika mengendalikan persembahan sepanjang Ramadan.
“Sedar tak sedar, dah dekat 15 tahun kami berkawan dan selalu bergandingan sebagai pengacara, terutama bila Ramadan.
“Saya senang bekerjasama dengan Ani kerana dia seorang penyanyi dan penghibur yang mudah dibawa berbincang dan kami ada ‘chemistry’ itu,” katanya
Kelly berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis Ramadan Review di St Giles Boulevard Hotel, Mid Valley, baru-baru ini.
Sepanjang Ramadan, kedua mereka bakal menghiburkan pengunjung yang berbuka puasa di hotel berkenaan.
Dalam pada itu, Kelly turut menjelaskan pemilihan Ani sebagai rakan gandingan berdasarkan pengalaman serta profesionalisme yang dimiliki penyanyi itu, selain persahabatan dan kerjasama lama yang terjalin.
Kelly juga menekankan aspek disiplin dan penampilan sebagai elemen asas yang tidak boleh dipandang ringan, terutamanya apabila berada di hadapan penonton.
“Bagi saya, disiplin dan penampilan itu sangat penting. Bukan semua artis jaga benda ini. Ada yang naik pentas tak bersiap, pakaian biasa, sekadar sapu gincu. Itu memang tak kena,” katanya.
St Giles Boulevard Hotel bakal menawarkan Bufet Makan Malam Selera Bonda serta Pakej Bilik Eksklusif Selera Bonda yang menjanjikan pengalaman berbuka puasa dalam suasana lebih hangat dan autentik.
Suasana berbuka puasa itu turut diserikan dengan persembahan khas daripada Kelly Azman dan Ani Maiyuni yang diiringi muzik secara langsung oleh kumpulan Aman and The Typewriter.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Selebriti versatil, Elly Mazlein menyifatkan perkongsian yang diberikan oleh pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun terhadap gaya pemakaian tudungnya yang menutupi bahagian dada sebagai satu doa yang mendorong dirinya untuk terus berusaha menjadi versi diri yang lebih baik.
Menyifatkan coretan kerohanian tersebut sebagai sesuatu yang cukup memberi makna mendalam, Elly atau mesra disapa Kak Lina berkata, ia secara tidak langsung membuatkan dirinya berasa dihargai, khususnya dalam proses penghijrahan yang sedang dilaluinya.
“Apabila menerima pujian daripada seorang agamawan, saya akui berasa sangat terharu. Kata-kata itu bukan sekadar pujian, malah satu doa yang cukup besar maknanya.
“Saya benar-benar bersyukur dan mengucapkan terima kasih. Bagi saya, ia mendorong saya untuk terus berusaha menjadi seorang Muslimah yang lebih baik,” katanya.
Penyanyi lagu Sayap itu berkata demikian ketika ditemui pada pertunjukan fesyen Jakel Raya 2026 di Jakel Mall Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata berusia 45 tahun itu turut menambah, sokongan yang diterima tidak terhenti di situ apabila dia turut menerima banyak mesej daripada peminat yang mendoakan kebaikan serta istiqamah buat dirinya.
Malah tidak dinafikan ada peminat yang mengakui terinspirasi dengan pemakaian tudung labuh yang sering digayakannya sehingga ia menjadi identiti tersendiri buat dirinya.
“Mereka sudah dapat mengenal pasti itu gaya saya. Malah, ada yang meminta saya menghasilkan tutorial pemakaian.
“Bagi saya, tidak salah untuk berkongsi contoh pemakaian yang baik. Saya melihatnya sebagai satu tanggungjawab dan amat bersyukur atas sokongan yang diberikan,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Elly turut merakamkan penghargaan kepada Ustazah Asma’ Harun atas kata-kata yang disifatkannya sebagai suntikan semangat untuknya terus memperbaiki diri.
“Sekali lagi, terima kasih kepada Ustazah Asma’ atas kata-kata yang sangat bermakna. Ia benar-benar menyentuh hati saya,” katanya.
Terdahulu, Ustazah Asma’ memuji penampilan terbaharu Elly yang tampil berhijrah, selain menyatakan rasa tersentuh melihat perubahan figura kesayangan ramai itu.
Beliau turut berharap penghijrahan Elly dapat menjadi inspirasi kepada wanita lain untuk mendekatkan diri kepada agama dan tidak bertangguh dalam melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Girl group popular, DOLLA bakal mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa menerusi penyertaan mereka di The A Festival Paris yang akan berlangsung pada 24...