MH pasti ramai yang sudah sedia maklum dengan berita pertunangan penyanyi, Sufian Suhaimi dan pelakon, Elfira Loy yang telah pun putus.

Berita putus tunang mereka ini nampaknya telah mendapat perhatian ramai malah rakan-rakan artis juga turut tidak ketinggalan melahirkan rasa simpati dan memberi kata-kata semangat buat kedua-dua artis ini.

Tak kurang juga pendakwah muda yang dilahirkan daripada program Da’i iaitu Da’i Wan turut memberi pesanan dan kata semangat buat Sufian dan Elfira menerusi akaun Twitternya.

Dalam tulisannya untuk kedua-dua artis tesebut, setiap dalam sesebuah pertunangan ada jalan dan hikmahnya pada pertemuan dan perpisahan.

IKLAN

Da’i Wan juga turut berpesan kepada mereka untuk tidak bersedih dan berkata ALLAH SWT memberikan ‘masa’ sebagai ubat kepada setiap permasalahan.

‘Sufian Dan Elfira, Jangan Bersedih’ – Da’i Wan Bagi Pesanan

IKLAN

‘Sufian Dan Elfira, Jangan Bersedih’ – Da’i Wan Bagi Pesanan

‘Sufian Dan Elfira, Jangan Bersedih’ – Da’i Wan Bagi Pesanan

IKLAN

Panjang lebar tulisan Da’i Wan memberi pesanan kepada Sufian dan Elfira. MH juga turut bersimpati dengan apa yang terjadi.

Setiap yang terjadi itu pasti ada hikmahnya dan MH berdoa agar mereka berdua diberikan hati yang kuat untuk menerima segala dugaan dan ujian ini.

Sumber: Twitter Da’i Wan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI