Selepas beberapa hari ditahan di wad untuk menjalani pembedahan bahagian lengan, penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus (UAI) kini telah selamat pulang ke rumah.
Menerusi perkongsian isteri Azhar iaitu Rogayah Sulong, dia bersyukur kerana keadaan suaminya beransur pulih selepas tragedi jatuh basikal yang dilalui Azhar pada 4 November lalu.
Malah, Rogayah mengalu-alukan kedatangan orang ramai untuk menziarahi UAI di rumah, namun mempunyai syarat iaitu tidak boleh bergambar bersama Azhar dalam keadaan yang belum stabil sepenuhnya.
“Assalamualaikum.. Alhamdulillah berkat doa semua keadaan ust makin bertambah baik.mekasih byk pd yg mendoakan.
Ads
“Pada sessiapa yg ingin menziarahi beliau mari ah deh pada ptg ni jam 5- 7 ptg waktu melawat, dgn satu pesanan jgn ambik gambo deh,” tulisnya.
Ads
Terdahulu, Azhar terpaksa menjalani pembedahan bagi menyambung tulang lengan pada bahagian atas sikunya di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Terengganu bagi memulihkan kembali struktur tulang yang patah.
Basikal yang ditunggang Azhar tiba-tiba berhenti mengejut menyebabkan penceramah itu terpelanting ketika menyertai kayuhan santai bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah di sekitar bandar Kuala Terengganu pada 4 November lalu.
Ads
Foto : Facebook Rogayah Sulong, Instagram UAI
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dinobatkan selaku pemenang Anugerah Digital Content Creator Tergempak 2022, pempengaruh media sosial, Ryan Bakery mahu mendedikasikan kejayaan tersebut buat isterinya, Elyia Ibrahim yang setia di sisinya disaat susah dan senang.
Menurut Ryan, isterinya itu sanggup mengeluarkan duit sendiri semata-mata untuk menyokong hasratnya untuk bergelar pembikin konten sebagai salah satu usaha meraih pendapatan.
“Ketika saya diberhentikan kerja pada tahun 2020, saya mula berniaga popia dan berniat untuk mula membuat video demi menjana pendapatan. Pada waktu itu, hanya ada seorang sahaja yang percayakan saya iaitu isteri saya. Ketika itu, kami belum berkahwin pun.
“Dia sanggup keluarkan duit sendiri bila saya nak set up alatan shooting seperti green screen, gimbal dan lampu studio walaupun gaji dia tak besar mana. Saya berjaya sampai ke tahap ini pun salah satunya disebabkan dia.
“Ketika waktu susah dahulu, kami perlukan kereta untuk bergerak ke sana-sini. Jujur kata, kami memang tidak ada apa-apa pada waktu itu. Jadi, isteri saya sanggup gunakan nama dia untuk mohon pinjaman bank walaupun kami belum berkahwin,” katanya kepada MH.
Sementara itu, Elyia akui tidak dapat menahan sebak saat nama Ryan diumumkan selaku pemenang anugerah.
Menurut Elyia, dia antara individu rapat yang melihat sendiri perjalanan Ryan sebagai pembikin kandungan sebelum diangkat sebagai antara pempengaruh media sosial dikenali ramai.
“Kami sudah mengenali antara satu sama lain sejak dari zaman belajar lagi. Kami masuk kerja pun sama-sama. Bila pandemik dan dia kena buang kerja, takkan saya nak tinggalkan dia.
“Jadi, saya tetap sokong dia. Bila dia bagitahu nak buat konten di media sosial tapi tiada modal, saya tak kisah keluarkan duit sendiri dahulu.
“Kami bermula daripada kosong. Bila nama dia diumumkan sebagai penerima anugerah, rasanya seperti kemenangan yang sangat bermakna,” kongsinya.
Ryan dan Elyia berkata sedemikian ketika ditemui media pada acara Gempak Most Wanted Award 2023 (GMWA2023) baru-baru ini.
Dalam pada itu, Ryan akui sedikit terkilan dengan sikap segelintir pihak menuduh isterinya kerana dikatakan cuba menumpang populariti apabila sering menemaninya dalam setiap aktiviti yang dijayakan.
“Saya agak terkilan bila isteri saya sering dikecam bila saya bawa dia ke mana-mana acara. Orang kata isteri saya macam menyibuk dan nak tumpang glamour.
“Saya kesian sangat dekat dia. Mula-mula dahulu, saya memang marah sangat bila baca komen-komen negatif ini. Ini cara saya menghargai isteri saya.
“Saya akan bawa dia ke mana sahaja saya pergi. Sebab itu saya halalkan dia secepat mungkin sebaik sahaja duit saya cukup,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon meningkat naik, Elisya Sandha berterima kasih kepada Izzue Islam kerana banyak mengajarnya dalam menjiwai watak.
Mereka bergandingan sebagai pasangan suami isteri menerusi drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe (NKUCA) yang mengetengahkan dialek Kelantan dan utara.
“Terima kasih juga pada pok jue banyak membantu dalam scenes cerita #nasikerabuuntukcheabe ni !
“Pok jue (Izzue) boleh dijadikan contoh yang terbaik untuk pelakon baru macam saya ni, suka tengok cara beliau bawa character, jadi gagap pun nampak real.
“Hope to work with you again abee budu! Faizul & Shira signing off 👋🏼 @izzueislam @awinnurin,” tulisnya.
Pelakon, Natasha Hudson akui kehidupannya kini lebih gembira selepas setahun mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati, Muhammad Harits Jasmin.
Menurut Natasha, dia sentiasa berdoa agar jodohnya bersama suami akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
“Memang benar. Saya kini berada di fasa yang sangat tenang. Akhirnya saya sudah bertemu dengan pasangan hidup saya. InsyaAllah Alhamdulillah.
“Dari segi keadaan mental pula, saya sudah punyai seseorang yang faham luaran dan dalaman saya. Kita boleh bercakap sebagai seorang sahabat.
“Itu perkara yang lebih penting daripada kita fikirkan cinta adalah segalanya. Saya dan dia datang daripada keluarga yang ‘simple’. Yang paling penting adalah soal penerimaan keluarga dengan apa yang kami bina.
“Alhamdulillah, saya bersyukur sangat. Saya berdoa agar jodoh kami berpanjangan. Siapa yang tak mahu perkara seperti itu,” katanya kepada MH.
Bercakap soal zuriat pula, Natasha memberitahu, dia dan suami pernah berbincang namun, memilih untuk menstabilkan kewangan dan ekonomi mereka terlebih dahulu.
“Sudah tentu kami mahukan cahaya mata. Kami selalu berbincang dan saya juga selalu mengusik. Kami tidak merancang.
“Namun, kami kena stabilkan dahulu keluarga, punca rezeki dan anak-anak (hasil perkahwinan terdahulu).
“InsyaAllah, kami akan berusaha. Nak lambat sangat pun tak boleh juga sebab usia saya dah meningkat. Suami saya tak kisah pun sebenarnya. Ada atau tiada zuriat, dia okay sahaja.
“Dia kata, ada tiga orang anak ni pun dah cukup buat dia bahagia. Namun, saya faham. Siapa yang tidak mahukan anak sendiri,” ujarnya lagi.
Jarang dilihat bersama suami ketika dikebanyakkan acara, pelakon filem Chermin ini memaklumkan dia kurang gemar membuatkan suaminya tertunggu-tunggu.
“Ketika ini, saya tak galakkan dia ikut saya bekerja di Kuala Lumpur. Baru-baru ini, dia ada ikut saya kerja tapi saya kesian sebab dia terpaksa menunggu lama.
“Perkara paling susah untuk dia terima adalah ketika tersekat di dalam kesesakan lalu lintas di sini. Dia dah 10 tahun menetap di Langkawi, jadi, dia sudah tak biasa dengan kehidupan di bandar.
“Sekali-sekala kalau dia nak ikut, saya okay sahaja. Saya pun tak mahu susahkan dia. Biar dia dengan kerja dia. Begitu juga saya,” akhirinya.
Untuk rekod, Natasha mendirikan rumah tangga bersama Jay Jasmin pada 28 Mac tahun lalu dalam sebuah majlis yang diadakan secara sederhana di Masjid Al Umm, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Dalam satu kenyataannya, Natasha berharap perkahwinan kali kelimanya itu tidak disensasikan pihak media.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Natasha Hudson
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bakal membuat debut di Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), penyanyi, Nadeera Zaini memanjatkan rasa syukur apabila impiannya sejak usia kanak-kanak akan menjadi kenyataan.