Selebriti Zizan Razak ada memuat naik beberapa keping foto bersama penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) di Facebook miliknya.
Perkara itu dikongsikan Zizan apabila dia berkesempatan menziarahi penceramah itu di kediamannya pada Ahad.
Kongsi pelakon filem Abang Long Fadhil itu,dia meluahkan rasa syukur kerana Azhar kini semakin sembuh selepas kemalangan jatuh basikal pada awal bulan ini.
“Napok sama tapi bukang diaaaa… Alhamdulillah @uaioriginal semakin sembuh.
Ads
“Kemalangan berpunca dari main basikal lajak. Harap ustaz cepat sembuh dan dapat ke sukan olimpik tokyo 2020. #zizanrazak #uai,” selorohnya menerusi kapsyen di Facebook.
Ads
Selain Zizan, ahli saudara dan rakan-rakan turut menziarah Azhar di kediamannya.
Terdahulu, Azhar dibenarkan pulang ke rumah pada 8 November lalu selepas menjalani pembedahan menyambung tulang lengan pada bahagian atas sikunya di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Terengganu.
Perkara itu disebabkan basikal yang ditunggang Azhar tiba-tiba berhenti mengejut menyebabkan penceramah itu terpelanting ketika menyertai kayuhan santai bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu.
Foto: Facebook Zizan, Rogayah Sulong
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Mula mencorakkan kerjaya ke arah yang lebih serius, pelakon cantik Reen Rahim menegaskan tiada lagi soal yang boleh dianggap sebagai ‘hanky panky’ daripadanya selepas ini.
Malah, soal peribadi seeloknya mahu disimpan rapi daripada ‘menjajanya’ di laman sosial.
Bintang yang dicungkil bakatnya menerusi program realiti, Pilih Kasih ini bagaimanapun akui kini sedang nanti masa sesuai untuk bergelar isteri.
“Saya menunggu masa yang sesuai untuk mendirikan rumah tangga, namun buat masa ini belum lagi. Saya tidak sorok dan tidak menunjukkan siapakah bakal suami, namun saya memang tidak mahu menayangkannya di khalayak umum.
“Jika ada yang kata tidak tayang sebab bimbang dirampas, prinsip saya mudah, ada jodoh tidak ke mana,” katanya kepada media selepas Malam Gala dan Tayangan Perdana KL Vampires, pada Khamis.
Selain Reen, filem KL Vampires turut didukung barisan bintang terkenal lain, antaranya Aeril Zafrel, Raja Ilya, Saiful Apek dan Donny Alamsyah. Filem aksi ini bakal memulakan tayangan pada 14 November ini di pawagam seluruh negara.
Pada masa sama, Reen turut diminta mengulas isu selebriti yang gemar berkongsi kisah cinta di laman sosial, jelasnya itu hak individu.
“Itu hak individu untuk berkongsi kisah cinta mereka. Namun bagi saya, media sosial saya hanyalah untuk kerjaya sahaja, bukan melibatkan personal.
“Saya sudah mula menjaga media sosial supaya tiada perkara tidak sepatutnya dikongsi,” jelasnya optimis.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan produk kecantikan sensasi, Nur Sajat mengabadikan momen indah apabila menghadiahkan sebuah telefon pintar jenis android kepada ibunya.
Kongsi Sajat, ibunya mengadu telefon bimbit asyik rosak hingga menyukarkan dirinya untuk berhubung.
“Sayang mak selamanya. Bila mak kita bagi tahu, Handfon mak ini dah rosak, tak hidup lah..dok kias2 kat sajat. mak sajat ini bukan jenis meminta,tetapi mak sajat kalau ada masalah,mengadu sahaja.. sajat sebagai anak, faham sangat mak sajat ini.
“Bila dia datang rumah, jenis tak boleh duduk diam..mesti nak mood rumah, walaupun kita dah ada pembantu.tetap nak kemas2 sajat..jenis mak yang rajin..sayang mak dunia dah akhirat,” kongsi ushawan itu.
Malah, Sajat memberi pesanan agar sentiasa menghormati dan menyanyangi kedua ibu bapa kerana doa mereka membuatkan anak-anak berjaya dunia dan akhirat.
“Kalau uols nak berjaya dalam dunia ini,mak ayah jgn kita derhaka..sayangi mereka..tanpa mak ayah,siapa lah kita.
“Doa paling makbul,adalah doa dari orang tua kita..seburuk mana pun kita,jahat mana pun kita,buat lah apa pun kat diri kita.
“Mak ayah jangan lah lupa…selagi mak ayah ada,jaga lah mereka..rajin2 call mak ayah,dah rajin tengok balik kg tengok mak ayah..klu mak ayah boleh menjaga 10 orang anak,tak kan kita adik beradik tak boleh jaga mak dan ayah kita,” tulisnya sambil disertakan video IGTV yang memaparkan aksi kejutan yang diberikan buat ibunya.
Penyanyi dan komposer, Zubir Khan meluahkan rasa syukur apabila majlis pernikahannya bersama wanita pilihan hati, Dr. Heama Maleini, berlangsung dengan lancar pada Jumaat.