Dijemput sebagai tetamu Allah pada akhir November ini, isteri kepada penyanyi rock Amy Search iaituĀ Norhasniza Hassan atau sinonim dengan gelaran Qasander telah selamat tiba diĀ Ā Madina Al- Munawarah siang tadi.Ā
Meski tanpa kehadiran suami disisi, namun Qasander bersyukur kerana dirinya dapat ke Tanah Suci.
“Allah makes the impossible possible ..
Alhamdullilah dgn IzinNya dan Izin SuamikuĀ @aku.amysearchĀ thank you sayang š wish you were here,”tulisnya.
Menjadikan angka 11 sebagai simbolik cinta abadi, pasangan pelakon Amyra Rosli dan Amar Baharin telah meraikan ulang tahun perkahwinan ketiga, 11 November lalu.
Kegembiraan tersebut dikongsikan pasangan ini apabila menikmati makan malam romantik (candle light dinner) di sebuah resort di Pulau Pinang.
āHAPPY 3rd ANNIVERSARY sayangku @aamyrarosli .
āAlhamdulillah, Subhanallah, Syukur pada Mu Ya Allah
āSesungguhnya Engkau Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang yang melanjutkan lagi usia perkahwinan kami ini agar dapat menikmati kurniaan Mu dan menambahkan amal ibadat kami buat bekalan di sana nanti.
āYa Allah, kami mohon pada Mu, berkatilah perkahwinan kami, kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal, anak-anak yang soleh dan solehah, nikmat kesihatan fizikal dan mental agar dapat kami menjalankan amal ibadat kami dengan sempurna,ā tulisnya sambil disertakan hashtag gabungan nama #Amyramar.
Genap usia 9 tahun, Datin Seri Shahida menitipkan ucapan istimewa buat anak keduanya, Qadejah El Zahra yang disifatkan sebagai anak yang sangat mudah dijaga.
Tulis Shahida di Instagram, Qadejah atau mesra disapa Cess ini seorang anak disleksia dan hanya selepas usia 6 tahun baru mereka mendapatkan rawatan.
ā25/11/2010-25/11/2019. Ulang Tahun Qadejah El Zahra yg ke 9 tahun!!!(nama kakak nenek ammy yg bagi @bondarozitaibrahim ) video cess ni waktu umur 4 tahun cess suka nasihat baem!!
āCess anak disleksia, umur 6 tahun baru dapat tahu lepas pergi test atas nasihat guru sekolah dan cess belajar di Pusat Disleksia Ampang selama 3 bulan.
āAlhamdulillah lepas usaha now cess dan boleh belajar mcm biasa,boleh baca dengan lancar dan sekolah mcm kanak2 biasa..so parents yg ada anak disleksia jgn bimbang okā¦just fokus pada dia Insya Allah dia boleh belajar mcm biasa,ā jelasnya.
Ulas isteri kepada pengasas produk kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri ini lagi, anak perempuannya ini cukup bijak melayan sewaktu dia hamil.
āDari mengandung, bersalin menjagaā¦.cess anak yg sangat mudah dijagaā¦.menyenangkan pendek kata cuma satu je suara tu nyaring (mama tahu ikut abah kan).
āSatu2 nya anak yg bila first time pergi sekolah x menangisā¦ā¦walaupun lepas hantar mama tinggalā¦..tapi juga anak yg paling suka layan mama, kalau travel cess la org paling sibuk bawa mama punya vitamin dan susu terutama time pregnant penuh beg dia dgn kita punya susu dan ubat!
āMama doakan cess jadi anak yg solehah berjaya dunia dan akhiratā¦.mudahan mendengar kata dan menjadi wanita yg hebat di sisi Allah SWT..dalam hidup ni x semua orang suka kita.
āJadi teruskan hidup selagi mana kita tahu apa kita buat tu terbaik utk diri kita,ā tulisnya panjang lebar.
Terdahulu, Aliff dan Shahida telah berkahwin pada Ogos 2007 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawi serta seorang anak angkat.
Foto : Instagram Shahida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!