Selepas membuat pendedahan berkenaan dakwaan kes buli di sekolah melibatkan anaknya iaitu Mikael Iskandar, pelakon, Ako Mustapha memaklumkan dia dan isteri kini menyerahkan sepenuhnya kes tersebut kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.
Menurut Ako, kesemua pihak yang terlibat telah membuat perjumpaan pada pagi Khamis.
“Pagi tadi sudah buat perjumpaan bersama pihak sekolah, pihak berkuasa dan ibu bapa.
“Apapun pihak kami serahkan kes ni kepada pihak polis dan pegawai penyiasat untuk diuruskan,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan oleh pelakon filem Gila Bola itu menerusi satu hantaran di aplikasi Thread.
Ads
Dalam masa sama, Ako turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan semoga anaknya lekas sembuh dari segi fizikal dan mental.
“Doakan Mika mendapat keadilan. Hari ni juga anak Mika akan dikeluarkan dari Hospital Kuala Lumpur.
Ads
“Doakan Mika pulih sepenuhnya. Dari segi mental dan fizikal,” kongsinya lagi.
Dapat Perhatian Ramai Pihak
Terdahulu, kes melibatkan Mikael ini turut mendapat perhatian daripada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Sebelum ini, Aqo menerusi hantaran dimuat naik di Threads memaklumkan kejadian itu didakwa membabitkan lima murid iaitu dua murid senior dan tiga rakan sekelas.
Menurut Ako, kejadian yang menimpa Mikael atau mesra disapa Mika hanya disedari selepas anaknya itu pulang dari sekolah dan selesai mandi.
Sementara itu, polis mengesahkan menerima laporan anak Ako yang didakwa menjadi mangsa buli di sekolahnya di Wangsa Maju.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Annas Sulaiman dilapor berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan polis berhubung kejadian berkenaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Threads Ako Mustapha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Majlis pertunangan di antara penyanyi dan pelakon, Bella Astillah dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada 28 Mac lalu mencetuskan fenomena luar biasa apabila berjaya meraih hampir 130 juta tontonan merentas pelbagai platform.
Menerusi satu kenyataan pada Jumaat, Astro Malaysia Holding memaklumkan majlis yang disiarkan melalui rangkaian platform mereka termasuk Astro Ria, Astro Awani, Astro Gempak, ERA (Malaysia), Astro GO dan Sooka berjaya mencatatkan lebih empat juta penonton di seluruh negara.
Sementara menerusi platform digital pula, siaran langsung berkenaan meraih lebih 6.5 juta tontonan sebelum melonjak kepada lebih 121 juta tontonan di media sosial dalam tempoh 24 jam.
Pencapaian ini sekali gus menjadikannya antara acara paling banyak ditonton pada tahun ini.
Paling mencuri tumpuan ialah ucapan menyentuh perasaan daripada Syed Saddiq yang menggambarkan betapa besarnya perasaan cinta beliau, di samping menghargai ketabahan Bella sebagai seorang wanita dan ibu.
Momen tersebut nyata mendapat perhatian meluas dan mencetuskan perbualan besar dalam kalangan rakyat Malaysia.
Menurut Naib Pengerusi, Hiburan dan Drama, Raqim Ahmad, pencapaian itu membuktikan kekuatan Astro dalam menyatukan penonton merentas televisyen, digital, radio dan media sosial secara masa nyata.
Ia sekali gus menyerlahkan reputasi Astro sebagai ‘Attention Company’ dan pendahulu kandungan hiburan tanah air.
“Kami merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Bella Astillah dan YB Syed Saddiq atas langkah pertama dalam perjalanan mereka bersama, serta kepercayaan yang diberikan kepada Astro untuk merakam detik penuh bermakna ini.
“Momen ini turut membuktikan kekuatan sebenar kandungan dan ekosistem Astro, di mana kandungan bergerak lancar merentas TV, digital, radio dan media sosial untuk mencipta pengalaman bersatu di seluruh negara.
“Skala penglibatan yang dicapai mencerminkan sejauh mana rakyat Malaysia berhubung dengan kisah ini, sekaligus mengukuhkan keupayaan kami dalam mengangkat detik masa nyata menjadi fenomena budaya,” katanya.
Malah, Astro turut optimis untuk terus membawakan liputan eksklusif perjalanan pasangan berkenaan, termasuk detik perkahwinan yang dijangka berlangsung dalam masa terdekat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Kredit Foto: Instagram Bella Astillah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Erra Fazira berharap orang ramai agar tidak menjadi ‘enabler’ atau penyumbang kepada normalisasi budaya mendedah aib misalnya dalam hal membabitkan rumah tangga di media sosial.
Sebaliknya, setiap individu diharapkan perlu mempunyai kesedaran tinggi dalam menjaga batas privasi masing-masing.
Malah Erra atau nama sebenar Fazira Wan Chek, 52, sendiri sangat berhati-hati sebelum memuat naik sebarang perkongsian berbaur peribadi, bagi mengelakkan salah faham atau spekulasi netizen.
“Setiap kita melalui fasa kematangan. Namun sebenarnya sejak dulu lagi saya tidak muat naik hantaran yang boleh menimbulkan tanda tanya.
“Saya faham ada yang berkongsi sekadar untuk meluahkan perasaan. Namun, kadang-kadang ‘like’ atau ‘share’ sesuatu pun boleh mencetuskan persoalan.
“Sebab itu saya memilih untuk tidak berkongsi perkara yang tidak menyeronokkan. Di luar sana sudah terlalu banyak perkara toksik, yang tak menyeronokkan dan menyakitkan, jadi saya simpan sendiri,” katanya.
Erra yang sinonim digelar sebagai Primadona Filem Melayu Alaf Baharu itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis Riang Ria Raya ACGAS 2026 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Selain Erra yang hadir ditemani suaminya Ezwan Zain, turut memeriahkan acara berkenaan ialah aktor Rosyam Nor, yang juga duta bagi jenama berkenaan.
Dalam pada itu, bintang Hingga Hujung Nyawa ini juga turut menyatakan kegusaran melihat trend masyarakat kini yang terlampau terbuka berkongsi hal ‘kain dalam’ di laman maya.
Baginya, keterbukaan tanpa batasan itu boleh mengikis sifat malu seseorang individu, sekali gus berisiko memberi impak negatif terhadap sahsiah generasi akan datang.
“Saya melalui evolusi dunia maya dari zaman MySpace sehingga Instagram, X dan sekarang Threads. Sejujurnya saya tidak mengikuti trend di Threads atau platform lain (yang terlalu terbuka).
“Apa pun, mengingatkan sesama kita adalah tanggungjawab bersama. Jika tiada permintaan, tidak akan ada yang berkongsi perkara seperti itu.
“Bagi saya kita perlu ada kesedaran dan rasa tanggungjawab. Dalam Islam sendiri mementingkan sifat malu. Jadi jangan normalisasi trend dedah aib. Jangan jadi ‘enabler’,” katanya lagi.
Sejak mendirikan rumah tangga pada 11 Disember tahun lalu, kehidupan Erra dan Mr. E terus menjadi sorotan ramai yang menyifatkan mereka sebagai pasangan matang yang serasi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Menyimpan impian untuk mengumpulkan semula sahabat lama dalam Konsert Kristal OG – 25 Tahun di Zepp KL, pada 1 Mei depan, penyanyi Lan Solo memulakan langkah dengan menghubungi gitaris utama kumpulan Kristal, Rody bagi mengatur pertemuan.
Bagaimanapun, usaha tersebut difahamkan tidak menjadi kenyataan apabila rakannya itu tidak memberikan maklum balas yang diharapkan, sekali gus menyebabkan konsert tersebut tetap diteruskan tanpa Rody dan seorang lagi anggota asal, Ainul.
Lan atau nama sebenarnya Muhammad Razlan Mohamed Yusof, 40, berkata, dia usaha sejak pertengahan tahun lalu untuk merealisasikan pertemuan tersebut.
“Sebaik menerima tawaran ini sekitar Jun tahun lalu, Rody orang pertama saya maklumkan dan minta kami bersemuka memandangkan sudah lama tidak bertemu. Bagi saya, lebih baik berbincang depan-depan daripada bermesej menerusi WhatsApp.
“Tetapi hari demi hari, dia hanya beri jawapan ‘nanti fikir’ selain bagi alasan sibuk. Dari Jun 2025 hingga Julai menghampiri Ogos, saya buat keputusan berhenti mencuba.
“Begitu juga dengan Ainul. Kita tak boleh tunggu, jadi kami akan teruskan Konsert Kristal OG dengan bekas anggota yang lain,” katanya ketika ditemui pada sidang media konsert bersempena ulang tahun ke-25 perjalanan seni kumpulan itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Lan menjelaskanc dia mendapatkan nombor telefon Rody melalui adik gitaris berkenaan, Acap, selepas sekian lama tidak berhubung.
“Saya dapatkan nombor telefon melalui Acap kerana sudah lama kami tidak berhubung. Saya cuba hubungi tetapi tidak berjawab, mungkin dia tidak kenal nombor saya.
“Namun dia ada WhatsApp bertanya siapa saya. Itu menunjukkan dia tidak simpan nombor saya. Saya terus perkenalkan diri dan beritahu ingin berbincang mengenai satu projek,” ujarnya lagi.
Mengakui kecewa dengan situasi itu, Lan menjelaskan niatnya hanyalah untuk memperbaiki hubungan selain memenuhi hasrat peminat yang ingin melihat mereka kembali sepentas.
“Saya sudah rendahkan ego kerana rasa ini masa sesuai tetapi agak kecewa apabila tidak menjadi seperti dirancang,” ujarnya yang tetap menghormati keputusan yang dibuat oleh Rody.
“Bohong kalau saya kata tidak kecewa. Ini jalan pertama yang saya pilih iaitu berjumpa dan berbincang bagi jadikan konsert ini satu memori indah buat Kristal sempena ulang tahun ke-25.
“Apabila perancangan tidak dapat dilakukan, saya anggap belum ada rezeki. Saya perlu teruskan fokus dan hormati keputusan yang diberikan,” jelasnya.
Terdahulu, konflik antara mereka dipercayai bermula apabila Lan menyertai Gegar Vaganza musim keempat pada 2017.
Susulan itu, Rody mengambil keputusan untuk ‘merehatkannya’ dan mencari vokalis pengganti, sekali gus mendorong Lan meninggalkan kumpulan Kristal.
Selepas itu, masing-masing membawa haluan sendiri sebelum Lan kembali aktif bersama Kristal X sekitar enam tahun lalu.
Dalam pada itu, Konsert Kristal OG 25 Tahun bukan sekadar persembahan biasa, sebaliknya menjadi platform untuk mengimbau nostalgia menerusi deretan lagu yang pernah membesar bersama peminat selama lebih dua dekad.
“Konsert kali ini adalah berlainan dengan konsert Kristal sebelum ini. Kami akan ‘all out’, dengan saya akan menyanyikan lagu-lagu yang pernah dirakam dari Album pertama sehingga album yang ke-13.
“Lagu-lagu dalam album tersebut termasuklah yang dianggotai oleh ahli lain iaitu Rody, Izal, Joe, Acap, Amai, Ainol, Rijal dan ramai lagi anak beranak Kristal dalam album itu.
“Signifikan 25 tahun Kristal ini adalah perjalanan seni Lan Solo Bersama Kristal dari zaman kanak-kanan sehinggalah kini, merangkumi perjalanan selama 25 tahun.
“Sepanjang kami terbitkan album sebanyak 13 album, ahli anggota kami ada yang bertukar-tukar tetapi konsep dan genre muzik tetap sama saja dan hanya dinyanyikan oleh Lan Solo.
“Jatuh bangun perjalanan Kristal sepanjang 25 tahun ini kami telah lalui pelbagai cabaran, dugaan, sedih, gembira, rakan Kumpulan yang bertukar-tukar tetapi ia tidak mematahkan semangat kami untuk berkarya dan kekal relevan,” katanya.
Konsert Kristal OG 25 Tahun dianjurkan oleh Pertubuhan Kasih KhaiRosma dengan kerjasama Blavia dan Andromeda Event, serta mendapat sokongan Dana Kandungan Kreatif daripada Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures.
Tiket kini telah mula dijual dan peminat yang ingin menjadi sebahagian daripada malam penuh bersejarah ini boleh mendapatkan tiket melalui pautan rasmi https://blaviaofficial.com/pages/kristalog
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Pelakon Fasha Sandha tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengulas lanjut mengenai imej tular beberapa hantaran di media sosial yang memaparkan dirinya tidak berhijab.