“Eh. Bukan main graf dia melonjak sampai macam tu. Ramai dah kena macam ni. Hari kena kat diri sendiri. Adoi.
“Tak tahu nak marah siapa kat tnb ni. Call operator pun, dorang cuma jalankan tugas.
“Salahkan sistem, orang yang buat. Siapa orang tu?,” tulisnya.
Tambah pelakon drama Korban Kasih itu lagi, sebuah lagi rumahnya yang terletak di Cyberjaya turut menerima nasib yang sama meski pun rumah tersebut kosong dan tidak berpenghuni.
Rumah kat cyberjaya yang tak duduk pun kena charge ada penggunaan elektrik? Time pkp hantu berdisco bukak suiz kot kat dalam tu.
Discount 15%, sauk balik berpercent percent. Tak nice la tu. Sorrylah lepaskan geram kat sini, at least marah tu tak tertuju kat sapa2. Kang aku membebel kat meter tu orang ckp gila
Pengacara program bual pagi popular, Malaysia Hari Ini iaitu Hanif Miswan ada menjelaskan mengenai status terkininya sebagai warga kerja di Media Prima Bhd.
Menurutnya, dia kini bukan lagi staff sepenuh masa dan hanya bergerak sebagai pengacara ‘freelance’ di syarikat media berkenaan.
Semakin sunyi lah Media Prima lepas ni.
Buat yg bertanya, saya juga sudah bukan staff sepenuh masa di sana, dah MSS selepas program cinta mati saya ScoreboardExtratime dah ditamatkan.
“Buat yg bertanya, saya juga sudah bukan staff sepenuh masa di sana, dah MSS selepas program cinta mati saya ScoreboardExtratime dah ditamatkan.
“Sekarang hanya freelance host di sana. Semoga semua dipermudahkan,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan Hanif yang juga merupakan seorang pengulas sukan itu di akaun Twitter miliknya.
Tambah Hanif lagi, status tersebut telah pun bermula sejak program ScoreboardExtratime kendaliannya ditamatkan pada 2018 lalu.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan semoga segala urusan Hanif dan semua warga kerja Media Prima yang terlibat dipermudahkan.
Baru-baru ini, syarikat konglemerat media itu mengumumkan sebanyak 300 kakitangannya menerima notis pemberhentian yang juga merupakan inisiatif untuk mengatasi ketidakcekapan kos akibat pertindihan tugas.
Ini adalah pemberhentian pusingan kedua selepas pemberhentian pada Mac lalu yang melibatkan 543 kakitangan.
Sumber: Twitter Hanif Miswan & Astro Awani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sinonim dengan imej tudung labuh paras dada, pelakon Faezah Elai menegaskan ada sesetengah pihak mengambil kesempatan dengan mengeluarkan jenama tudung menggunakan nama pelakon berkenaan.
Bagaimanapun, dia menjelaskan bahawa tidak pernah mengeluarkan produk sendiri, khususnya keluaran tudung seperti yang digembar-gemburkan orang ramai kerana mahu menjadi agent dan stokis.
“I’m so grateful bila ada org habaq, yg ramai bertudung labuh lepaih tgk cheq (saya) pakai.. So ramai yg keluaqkan tudung style ala2 Faezah Elai..
“Of course i’m aware that some of you used my name to sell ur tudung,the reason i keep quiet is because,i’m happy to see that everyone now start to cover their chest.. Jika sbb Faezah Elai lah ramai yg bertudung labuh,cheq sgt bersyukur pd mu Ya Allah.
“Cheq Faezah Elai nk habaq, cheq tkdak business tudung yg ampa dok nk jd stockist or agen.. Ramai yg complain kata kena tipu,beli yg tk original.. ada yg tanya mcm mana nk tau ori atau fake, byk sgt dm, jgn kata kt cheq saja,habih satu keturunan cheq ampa DM dok tanya mcm mana nk jd agen or stockist Tudung Faezah Elai.. nasib baik Tok Minah cheq kt kontohol yg umoq 90 tahun tu tkdak Socmed,klu dak ngan dia sekali ampa Dm,” tegasnya.
Menurut anak kelahiran Pulau Pinang ini, dia selesa menggayakan tudung paras dada dari sebuah butik kegemarannya.
“Tk kisah lah tudung jenama apa pon ampa nk pakai,tp klu dulu pakai yg pendek skrg yg labuh,Alhamdulillah kita menang.. sama2 kita istiqomah.. Cheq mmg pakai tudung labuh ni disbbkan cheq nk pakai bukan sbb cheq jual.. .
“So all this while yg ampa dok tgk cheq pakai tudung labuh jenih ni,is from @properhijab and @properhijab dont belong to me.. owner dia pon cheq tk dan jumpa lg.
“So klu boleh ampa tlg lah habaq kt kwn2 ampa yg dok beli Tudung Faezah Elai tu supaya depa tk kata cheq ni menipu sbb cheq tkdak business tudung.. klu ada cheq sendiri akan habaq.
“Jd kt sini,tk kesah lah ampa nk pakai jenama apa pon,harga berapa pon,as long as menutup dada pon dh Alhamdulillah,” jelasnya.
Dalam masa sama, Faezah menasihati para penjual untuk elakkan perkara yang boleh menimbulkan salah faham di kalangan orang ramai.
“For seller,klu ampa nk buat tudung mcm cheq pakai pon,habaq lah Tudung inspiration Faezah Elai,ka Tudung ala2 Faezah Elai ka. Jgn lah ampa boh Tudung Faezah Elai,sbb cheq tk bok keluaq tudung pon,kesian org yg kena tipu..
“Really sorry i have to bring up this matter sbb mcm parah nk jd barah dh.. tp apa pon tq tq tq sgt to all of u yg decide labuhkan tudung lepaih tgk cheq pakai.. Alhamdulillah and jom kita teroih istiqomah..Amin,”tulisnya.
Penyanyi, Marsha Milan mendedahkan dirinya kini sedang berdepan ujian kesihatan pada waktu yang cukup kritikal, iaitu kira-kira dua minggu sebelum berlangsungnya pentas berprestij Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).