Memulakan langkah sebagai anak seni sejak 2014 ketika menyertai pertandingan realiti Ceria Pop Star musim kedua, penyanyi dan komposer, Chubb-E tidak menunggu lama untuk terus mengorak langkah dalam mengejar cita-cita.
Pernah menghasilkan single Aku Tak Kisah dan Kita Cuma Kawan, Chubb-E atau nama sebenarnya Muhammad Sharul Ashlyn AG Ashrul Affandy kini muncul dengan single solo ketiga berjudul Padan Muka.
Lagu bergenre urban Hip Hop yang juga hasil ciptaan sepenuhnya itu dilancarkan secara rasmi pada 15 Mei lalu dan diterbitkan di bawah syarikat rakaman FutureMusic Entertainment.
Menurut bintang berusia 20 tahun ini, lagu tersebut dihasilkan sejak Ogos tahun lalu dan lirik adalah mengenai kisah sebenar dirinya dalam mencapai impian sebagai pemuzik dan anak seni.
“Mengikut perancangan asal, lagu ini dicipta untuk saya berkolaborasi dengan penyanyi wanita asal luar negara. Masa jumpa dia, saya memang nak bekerjasama dengannya. Jadi, saya cuba cipta satu lagu yang sesuai dengan kami. Sebab itu ambil masa lama sebab nak cari nota lagu yang sesuai.
“Namun, lama kelamaan artis itu menghilang. Dalam masa sama, dia ada masalah tersendiri. Syarikat rakaman pula mendesak untuk saya keluarkan juga lagu ini dengan artis lain. Tapi, bagi saya lagu ini tak sesuai dengan penyanyi lain. Apabila fikir semula mungkin bukan rezeki saya untuk ‘feat’ dengan sesiapa. Jadi, saya keluarkan saja lagu ini secara solo.
“Lagu ini adalah kisah benar mengenai diri saya yang pernah dipandang rendah, diejek dan orang tak percaya boleh pergi jauh. Malah, kawan sekolah juga tak terlalu percaya dengan impian saya. Mereka pandang rendah dengan cita-cita saya. Sebab mereka berasakan terlalu pandai dan saya pula lemah dalam akademik.
Ads
“Tapi apabila sudah berjaya dan capai sasaran, tiba-tiba ramai datang termasuk yang pernah ejek dan pandang rendah. Dalam masa sama, orang boleh menjadikan lagu ini sebagai inspirasi dan kaitkan dalam diri masing-masing jika melalui perkara sama,” katanya.
Berkongsi mengenai lagu itu, Chubb-E yang juga bekas juara program Ceria Megastar 2018 mengakui masih mengekalkan genre muzik sama yang disifatkan sebagai ‘forte’ dan identity dirinya.
“Dari dulu saya bermula dengan genre ini yang mana ia juga ‘forte’ saya. Macam mana sekali pun bunyi saya gunakan, ‘mood’ lagu saya bawa tetap ada bunyi Hip Hop. Tak boleh lari.
“Kalau buat pop balada sekali pun, tetap akan ada sentuhan bunyi Hip Hop. Ini adalah identiti saya sebab nak dikenali sebagai artis Hip Hop yang versatil. Ada juga saya buat lagu pop untuk artis lain, tapi bunyi Hip Hop tetap ada. Jadi saya akan kekalkan muzik ini,” katanya.
Ads
Bercerita mengenai kerjaya seninya, Chubb-E yang turut terbabit dalam program Dansa Sing bersama Youngsters Crew dalam perancangan untuk menghasilkan ‘mix tape’ atau album EP yang memuatkan lagu Hip Hop rap sepenuhnya.
“Perancangan akan datang, saya nak mencipta dan menerbitkan lebih banyak lagi lagu untuk artis lain. Bagi saya, perancangan untuk berkolaborasi dengan artis lain saya rasa belum masanya. Saya nak kena cukupkan lima single solo dulu.
“Saya juga merancang nak keluarkan ‘mix tape’ atau EP yang mengandungi keseluruhan lagu rap untuk peminat saya dengar. Genre lain, saya nak cuba pelbagai lagi, tapi masih ada sentuhan bunyi Hip Hop. Saya merancang nak cipta lagu yang lain daripada lain untuk pendatang baru seperti saya. Macam sekarang ramai komposer Hip Hop terkenal.
Ads
“Cuma, saya harap dengan kehadiran saya ini orang boleh bezakan kami. Saya punya bunyi lain, mereka pun lain,” katanya.
Video muzik lirik lagu Padan Muka boleh ditonton di saluran YouTube FutureMusic Entertainment.
Video muzik lirik yang dimuat naik sejak tiga minggu lalu itu ditonton lebih 30,000 kali tontonan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
‘Makcik gelang pink’ yang menjadi tular kerana ingkar arahan kuarantin dengan makan di sebuah kafe di Bandar Meru Raya, Ipoh baru-baru ini mengaku bersalah.
Memetik Berita Harian, wanita itu dijatuhkan hukuman penjara selama satu hari serta denda RM8,000 selepas didapati tidak mematuhi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian ketika dikenakan perintah kuarantin di rumah, 6 Julai lalu.
Tertuduh, Nur Emah Mohamad Hashim, 72, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret, Nabihah Mohd Noor.
Terdahulu, media melaporkan gambar wanita terbabit mencetuskan tular di media sosial selepas dikatakan, sedang menikmati hidangan di sebuah medan selera, dalam keadaan memakai gelang kuarantin COVID-19 sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan netizen.
Pada 29 Julai lalu, Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain seperti yang dipetik Awani menjelaskan, pihaknya telah menghentikan siasatan berkaitan kes berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, siasatan tersebut akan diteruskan oleh JKN Perak.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan model, Amelia Henderson meluahkan rasa kecewan terhadap segelintir netizen yang dilihat tidak sensitif kerana mempersoalkan tentang kerakyatan dan bangsanya.
Ia susuluan selepas Amelia dinobatkan sebagai pemenang anugerah Malaysia Model Star Award di 2019 Asia Model Festival yang berlansung di Seoul, Korea, baru-baru ini.
Menurut Amelia, dia tidak boleh terima apabila individu tersebut menggunakan perkataan ‘keling’ terhadapnya yang dianggapnya sebagai biadap.
Rasa kecewa itu diluahkan Amelia melalui laman Twitter miliknya.
“More education: using the K word is absolutely unacceptable. It is a racial slur used to demean an entire race, by people who feel like they do not belong in a country they were born into.
“I am Indian, and proud of it! That would’ve been a better word to use in this context,” tulisnya.
Individu tersebut turut mepersoalkan kerakyatan Amelia yang disangkanya sebagai warga negara Filipina.
“Why are you representing Malaysia you are filipino. Im mad at foreign people and filipino for representing Malaysia.
“Go represent your own country,” tulis individu tersebut.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa kecewa terhadap kenyataan individu berkenaan.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut memberi kata-kata semangat kepada Amelia di akaun Twitter miliknya.
Haters will be haters. The fact that you still proudly held & promoted the Malaysian identity in the eyes of the international community is commendable. There will be detractors, but their hate will never overpower the force of good. Keep on making Malaysia proud. https://t.co/q6KEonCuML
“Haters will be haters. The fact that you still proudly held & promoted the Malaysian identity in the eyes of the international community is commendable.
“There will be detractors, but their hate will never overpower the force of good. Keep on making Malaysia proud,” tulis YB muda itu.
Sumber: Twitter Amelia Henderson & YB Syed Saddiq
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas hampir tiga tahun melayari bahtera perkahwinan, pelakon jelita, Puteri Aishah mengumumkan kini hamil anak pertama.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan sendiri oleh Puteri Aishah menerusi sebuah hantaran video di laman Instagram.
Menerusi video berdurasi hampir 30 saat itu, Puteri Aishah dilihat memeluk suaminya, Muhammad Firdaus sambil menunjukkan keadaan perutnya yang kian membesar.
“Seekor rama-rama yang akan bertukar menjadi kaki kecil,” tulisnya.
Pasangan tersebut difahamkan kini sedang bercuti di Korea Selatan.
Bagaimanapun, bintang kelahiran Dewi Remaja 2014/15 tidak berkongsi butiran terperinci termasuk usia kandungannya itu.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Puteri Aishah dan kandungannya sentiasa berada dalam keadaan baik.
“Tahniah si cantik. Tumpang gembira untuk awak,” komen pelakon, Zahirah Macwilson.
“Saya terlalu teruja untuk berita ini,” kata pelakon dan penyanyi, Elizabeth Tan.
“Tahniah korang. Syukur alhamdulillah,” komen pengacara dan pelakon, Eleena Sui.
“Tahniah Putri dan suami,” komen pengacara dan pelakon, Uyaina Arsyad.
Terdahulu, Aishah mendirikan rumah tangga bersama Firdaus yang juga ahli perniagaan pada 21 November 2021.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Puteri Aishah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Sophia Albarakbah bakal bertemu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) minggu hadapan susulan laporan polis yang dibuatnya berhubung kes buli siber dan gangguan seksual, baru-baru ini.