Pelakon dan usahawan, Aeril Zafriel dipuji wargamaya apabila bintang ini kini pasangan niat untuk terus istiqamah dengan melunaskan bayaran zakat setiap bulan.
Jika dulu hanya setahun sekali, kali ini pelakon Cari Aku Di Syurga ini memanjat rasa syukur kerana usahanya dipermudahkanNya.
“Bertambah rezeki yang ALLAH kurniakan, bermakna makin besar tanggungjawab untuk ‘membayar’ hak dan tanggung jawab diri dan perniagaan kita untuk saudara2 seiman.
Ads
“Alhamdulillah dulu setahun sekali, sekarang niat dan sudah amalkan sebulan sekali. Moga saya istiqomah. Doakan kami.
“Semoga pada yang berkemampuan dan berniaga, mari bersama-sama kita nekad terus-terusan melaksanakan zakat perniagaan dan peribadi kita,” tulisnya menerusi kapsyen yang memuatkan foto terkait.
Berkongsi status sedih berkenaan ibu bapa yang sudah pergi buat selamanya, pelakon, Azar Azmi meluahkan isi hatinya menerusi kapsyen pada video yang dimuat naik.
Menurutnya, dia amat merindui belaian dan gelak tawa bersama kedua ibu bapanya iaitu Allahyarham Azmi Meri dan Allahyarhamah Arbaayah Aminah.
“Saya tak sepatutnya kongsi post ni,tetapi maaf saya sudah tidak tahan lagi. Saya sangat merindui mereka.
“Saya rindu nak pegang pipi ibu dan ayah, nak cium mereka di dahi.
“Saya rindu nak salam dengan mereka. Banyak perkara yang saya ingin kongsikan bersama ibu ayah.
“There’s a lot of things good and bad but badly there’s no more a chance for me… you’re in a good place,” kongsinya.
Dalam pada itu, pelakon drama Nur 2 itu juga rindu untuk berborak panjangdan menikmati secawan kopi bersama.
“Saya harap saya dapat berborak macam sebelum ini. I wish i can sakat ibu and ayah like we used to.
“Saya harap saya dapat call 3 4 pada waktu pagi untu mendegar suara mereka.
“Saya harap kita dapat menikmati secawan coffee seperti sebelum ini, bawa jalan-jalan.
“Rindu dengan ibu ayah apabila mereka call semata-mata tanga “tengah buat apa tu? Dah makan,i love you”.
“Saya rindu segala-galanya mengenai mereka
“Sentiasa ada dengan kak lang till their last breath still nasihatkan anak-anak semua. I MISS YOU. I MISS YOU SO MUCH. I have to be strong. I need to be strong. I wanted to be strong. I can do it. I know i can,” luahnya.
Azar atau nama lengkapnya Siti Azar Ameerah Azmi turut menitip pesanan kepada orang ramai agar sentiasa menghargai ibu bapa selagi mereka masih hidup.
“For those yang ada ibu ayah. Tolong hargai,gembirakan dan buat mereka bangga dengan diri kamu.
“Beri mereka kebahagiaan. Give them your hand. Give them anything you have. Listen to me. Just do it. Always give them a call. One day, you’ll understand WHY… #janganputusdoa .
Semalam, penceramah bebas Ustaz Ebit Lew telah meraikan ulang tahun anak sulungnya, Airis Safiyyah yang ke-11.
Bagi menghargai pengorbanan si isteri yang berkorban melahirkan dan membesar anak-anak, Ustaz Ebit telah menghadiahkan beg tangan berjenama buat isterinya.
“I love u bidadariku. Hari lahir anak. Kena kiss dan terima kaseh pada bidadari yang berkorban melahirkan anak semuanya. Terima kaseh sudi menemani abang dalam hidup ini.
“Terima kaseh setiap hari membuat abang jatuh cinta dengan sayang setiap hari dan menjadi penyejuk mata ini. Bulan 6. Hari lahir 3 orang saya sayang cintai di bulan ini. Arwah mak. Bidadari. Dan anak sulung
“Dari 12 tahun saya berdakwah kesana sini. Khidmat masyarakat kesana sini. Masa tu saya lihat keluarga guru saya yang menghargai bidadari mereka. Melayan isteri dan anak dengan baik. Suka tengok ayah saya melayan mak saya. Mak saya sayang dan menghormati ayah saya.
“Allah takdirkan dalam perjalanan hidup saya bertemu bidadari ini. Semuanya dikorbankan dan tak pernah mengeluh. Berjauhan, susah,penat,sakit kadang seorang diri saat saya tiada dirumah. Ya Allah maafkanlah saya. Dulu semua emas isteri gadaikan dan duit nak makan, pampers dan susu anak pun kadang tiada.
“Sentiasa mengukir senyuman dan menjadi ubat bagi hati dan penat dalam perjalanan ini. Semoga baki hidup kita ini.
“Kita berikan sebaiknya dengan izin Allah. Bersama kita didunia dan semoga dapat bersama di syurga selamanya. I love u bidadariku sayang. Terima kaseh ya Allah,” tulisnya.
Foto tersebut dirakam pasangan selebriti itu sambil menunjukkan pakaian kanak-kanak yang ditempah khas tulisan ‘its a boy’ tertera di bahagian hadapan baju.
Terdahulu, Eyra dan Haziq berkahwin pada 1 November 2019.
Kami di MH mendoakan agar urusan bersalin Eyra dipermudahkan.
Penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan menerima dengan hati yang terbuka susulan tular hantaran seorang individu yang merasakan dirinya tidak mempunyai bakat dalam dunia nyanyian.