Pasangan suami isteri yang baru sahaja bernikah beberapa bulan yang lalu, pelakon wanita terkenal, Nora Danish dan suaminya Nedim Nazri dilihat semakin hari semakin romantis sejak bergelar suami isteri.
Nora Danish atau nama sebenarnya Nora binti Mohd Danish Hanif berkata sejak dia berkahwin berat badannya naik hampir tiga kilogram gara-gara masakan suaminya yang enak sehinggakan dia tidak dapat untuk menolak setiap masakan suaminya itu.
“Dia adalah chef terbaik! Nedim memang gemar memasak dan sejak kami kahwin dia nampaknya lebih selesa berada di dapur.
“Pelbagai masakan dimasaknya sehingga berat badan saya naik hampir tiga kilogram dan ada ingat saya sedang hamil kerana wajah nampak tembam!
“Tetapi saya tidak merungut kerana ia rezeki tetapi saya sendiri kadang-kadang malas hendak bersenam dan selepas ini memang kena kerap ke gim,” katanya.
Menurut Nora lagi suaminya itu memang mempunyai bakat yang luar biasa dalam masakan dan itu membuatkan anak-anak serta sahabat handai mereka selalu ternanti-nanti hidangannya.
“Sebelum berkahwin lagi Nedim memang handal bab-bab memasak ni dan bukan sahaja boleh masak hidangan Melayu tetapi juga barat.
“Pernah sekali dia masak ayam tandori yang dipelajari menerusi internet dan ia sangat sedap mengalahkan yang dijual di kedai.
“Sekarang saya dan anak-anak pun kalau makan di luar akan merungut kerana masakannya jauh lebih sedap,” jelasnya.
Walaupun kepakaran memasak yang ada pada suaminya itu Nora selalu dihidangkan makanan yang lazat namun itu tidak bererti Nora sebagai seorang isteri tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri untuk menyediakan masakan buat suaminya serta anak-anak.
“Saya masih memasak untuk suami dan anak-anak malah lauk kegemarannya adalah sambal ayam tetapi apabila dia yang masak ia lebih sedap…haha,” katanya.
Tak apa Nora, walaupun bagi Nora masakan Nedim lebih sedap yang penting air tangan seorang isteri itu yang menjadi daya tarikan buat suami untuk menikmati hidangan Nora.
Sumber: Mstar Online
Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322
Ikuti kami juga di Facebook: Media Hiburan * Instagram:mediahiburanofficial * Youtube: Media Hiburan Official
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI