Pelakon Emma Maembong bersama suami, Muhammad Shazli Azhar menerima ucapan tahniah daripada peminat dan rakan selebriti yang turut sama tumpang gembira dengan berita kehamilan Emma yang dikongsikan keduanya menerusi Instagram pada Selasa.
Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail memaklumkan usia kandungannya mencecah empat bulan.
Kini menikmati percutian di Langkawi, Emma menerusi laporan Berita Harian berkongsi perasaannya yang gembira bercampur teruja.
“Nikmat indah sejak bergelar isteri saat mendapat berita kehamilan ini.
“Selama ini hanya mendengar cerita begini dalam kalangan adik-beradik dan teman. Kini saya melalui fasa indah ini,” katanya seperti yang dipetik.
Ads
Pada masa sama, dia dan suami turut tidak sabar menantikan kehadiran permata hati dalam keluarganya.
“Insya-Allah saya tidak sabar untuk menyambut cahaya mata sulung kami.
“Suami juga gembiranya bukan kepalang,” ujar Emma yang dijangka bakal melahirkan anak sulungnya, November depan.
Ads
Menerusi hantaran di Instagram itu, Emma menerusi kapsyen membayangkan bulan madu mereka disifatkan sebagai percutian terakhir berdua dengan suami kerana selepas ini mereka tidak sabar ditemani anak.
Pelakon versatil, Rita Rudaini ada memberi dedikasi buat anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-11, baru-baru ini.
Memuat naik foto sambutan hari jadi yang diraikan secara sederhana tetapi meriah, Rita menerusi ruangan kapsyen ada mengenang momen sebelum bersalinkan anak pertamanya itu.
“Buah hati pertama, sentimental value. Bila dia lahir, smua org hepi mcm sambut menang peperangan. Mommy, daddy,maktok, tokwan, paklong, paksu n famili, kak wanie, aunty sis, smua tggu dia lahir.
“Dah dlm labour room tiba2 teringin nk mkn cheese cake n coffee cbtl, daddy nya turun beli. Makan mmg xingt dunia mcm lupa nk beranak.
“Tengahari dia nak kluar tp xbole sbb mommy xpandai..1st time kann…dah terbelit tali pusat ,doc kena forceps..tp xle jugak.
“Last skali vacum la…kluar je ‘eh? Nape sebijik daddy ni. Okaylah xkisah, anak kami jugak,” tulisnya.
Rita pada masa sama turut mendedahkan sikap anaknya yang dahulunya pendiam ketika kecil, tetapi kian mulai memahami akan situasi yang dialaminya.
“Alhamdulillah, masa kecik susah nk senyum, pendiam tp fokus dgn apa yg dia buat. Anak yg byk tgk susah senang mommy, airmata mommy.
“Anak yang byk belajar dr kesusahan mommy..ank yg byk faham perasaan mommy…ank yg membesar dgn seribu satu kisah kami.
“Tak sangka…ank ini ‘dipilih’ utk jd ketua keluarga kami. AIRIT RAYYAN RIZQIN, moga akhlak mu seindah syurga. Besar nnti protect mommy dgn adik ye.
“Jangan main2 ek,sy ada 2 ank lelaki yg strong dr kecik lagi, hehehe,” seloroh Rita.
Serentak dengan hantaran tersebut di Instagram, para peminat dan rakan selebriti turut mengucapkan selamat hari jadi buat Rayyan dan mendoakan kesejahteraan anak sulungnya itu.
Pelakon Datuk Aaron Aziz berkongsi kisah disebalik kereta pertama yang dimilikinya memberikan 1001 kenangan.
Menurutnya, kereta tersebut digunakan selama tiga tahun dan dan berulang-alik ke Singapura-Malaysia ketika awal penglibatannya dalam dunia lakonan.
“TabarakALLAH . My first car. Kereta yg byk berjasa pada tahun 2005-2008. Naik turun SG-KL selama 3 tahun masa mula berlakon di M’sia.
“Kalau siapa ingat drama Janji Diana RTM mesti akan ingat kereta ni. Dan dalam kereta tu lah My Diyana @diyanahalik yg dah berjanji sehidup semati. InnShaAllah. Nama my son Anaqi @danishanaqiaaron di bonnet kereta. My humble beginnings,” tulisnya.
Malah, pelakon filem KL Gangster itu juga menyifatkan bahawa kereta tersebut banyak berjasa kepada diri dan isterinya,Datin Diyana Halik dan anak sulung, Danish Anaqi.
“Kereta ni lah yg jadi rumah Kalau takde tempat tidur. Kereta ni lah yg tempat rehat.
“Kereta ni lah yg sangkut Banjir kat Ampang. Kereta ni lah byk kena saman sebab nak sampai KL awal. Thank you ALLAH!!!,” kongsinya.
Penceramah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman ada memberikan penerangan mengenai isu rogol yang sedang hangat diperkatakan ketika ini dari sudut pandang Islam.
Menurut PU Azman, perogol akan dihukum sebagai pesalah dan cara wanita berpakaian pula bukanlah alasan untuk menghalalkan jenayah terkutuk ini.
Dalam fiqh Islam, perogol tetap dihukum sebagai pesalah. Perempuan seksi bukan alasan untuk "halalkan" jenayah rogol. Tapi perempuan seksi memang wajib tutup aurat. Bukan semata-mata nak elak dirogol, tetapi itu adalah perintah Allah.
“Dalam fiqh Islam, perogol tetap dihukum sebagai pesalah.
“Perempuan seksi bukan alasan untuk ‘halalkan’ jenayah rogol,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh PU Azman menerusi akaun Twitter.
Tambah juara program Pencetus Ummah musim ke-2 itu lagi, wanita sememangnya wajib untuk menutup aurat bukan disebabkan untuk mengelak rogol tetapi kerana perintah Allah SWT.
“Tapi perempuan seksi memang wajib tutup aurat.
“Bukan semata-mata nak elak dirogol, tetapi itu adalah perintah Allah,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji penerangan yang diberikan oleh PU Azman itu.
Baru-baru ini, isu jenayah rogol telah menjadi topik hangat sehingga telah menimbulkan perbalahan beberapa pihak di platform media sosial.
sumber: Twitter Pu Azman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan sensasi, Rozita Che Wan, kini bergelar ibu mentua apabila anak sulungnya, Ammar Effendy Azuar Effendy, selamat diijabkabulkan dengan pilihan hati, Auni...