Baru-baru ini MH ada terlihat satu perkongsian daripada kakak kepada pengasas kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Noor Hayati atau lebih dikenali dengan nama Yatie menerusi akaun Instagramnya meminta netizen untuk berhenti mempopularkan orang yang memainkan agama serta menukar jantina.

Kata Yatie, jika tidak dihentikan perkara tersebut akan diikuti oleh anak-anak muda yang keliru mencari identiti mereka.

“Berat rasa nak menaip. Nanti ada yang ckp acah2 baik..tapi, kita sbg netizen kena stop share dan glamerkan mrk2 yg terang2 memainkan agama & tukar jantina ni. Kita lagi menggalakkan utk mrk bersaing siapa punya isu yg LEBIH viral. Itu yg mrk nak. Sekaligus, ramai anak2 muda & remaja yg tgh mencari identiti akan terikut. Mudahan dijauhkan dari keturunan kita begitu,” tulisnya.

Tambahnya lagi, dia memohon maaf jika apa yang dikatakannya ini menyinggung perasaan sesiapa dan bukan niatnya untuk mengaibkan sesiapa.

“Mohon maaf kalau post ni menyinggung sesiapa..Bukan niat nak aibkan sesiapa pun sbb sy sendiri pun tak sempurna…Sebab kita tak tahu takdir Allah. Mana tahu, mrk ni di akir usia lbh baik dari kita semua. Kita doakan yg baik2 tapi jauh sekali menggalakkan mrk dari menyimpang. Sbb pengaruhnya kuat utk anak2 kita pd masa akan dtg,” tulisnya lagi.

Kita doakan yg baik2..

A post shared by Product Info:Whstpp 0193042133 (@yatie_sendayutinggi) on

IKLAN

Rata-rata pengikut Yatie di Instagram juga turut bersetuju dengan pendapat kakak kepada Aliff Syukri ini.

kimibeautystore: Setuju dgn pendapat @yatie_sendayutinggi .. apapun doa yg baik2 Moga mereka terima hidayah.. amin

IKLAN

sue_hidayahk: Ya allah alhamdulillah tq sis hrp dpt bkak semua mta pihak lain..yg ni la kita nk.sma2 sis doa kan yg baik2

IKLAN

113noorsg: Sgt sokong…jgn nak support Lelaki nak jadi pompuan ..ni bermakna klo support kite tidak menghormati dan menolak fitrah Allah

Benar apa yang dikatakan oleh Yatie ini, kita doakanlah yang baik-baik buat mereka ini agar mereka balik ke pangkal jalan dan menerima fitrah yang telah ALLAH SWT berikan kepada mereka.

Sumber: Instagram yatie_sendayutinggi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI