Terdahulu, Haziq mendirikan rumah tangga bersama isteri, Putri Ayunda pada 15 Julai 2016 dan pasangan ini dikurniakan dua permata hati, Muhammad Heidy Nufael dan Chayra Auliya.
Foto/Video : Instagram Haziq Hussni
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon senior, Zarina Zainuddin ada berkongsi foto lamanya ketika masih kanak-kanak di akaun Instagram.
Imbau nostalgia, bintang drama Camelia ini mendedahkan dia mengenakan pakaian istimewa bersempena dengan hari jadinya yang ke-12.
Jelas Zarina, gaun berkenaan ditempah ibu dari butik pengantin.
“Aku masa 12 tahun. Mak tempahkan baju baru semperna harijadiku yang ke 12 dia tempah di butik baju pengantin cina.
“Aku pertama kali dapat pakai baju cantik senyum sampai telinga hari hari pakai baju tu walau kain dia sebenarnya ada lining dah tapi galat gatal tapi aku pakai jugak sebab cantikk,” tulisnya.
Serentak dengan perkongsian tersebut, peminat serta rakan artis turut memberi reaksi.
Semalam, tular di media sosial berita mengenai kisah seorang bapa yang didakwa telah menyembur racun serangga ke muka seorang bayi yang baru berusia lima bulan.
Malah, bapa kandung tersebut turut dikatakan menampar selain melambung bayi berkenaan.
Menurut laporan Buletin TV3 yang di muat naik semula di akaun Instagram radio, Kool.Fm, bapa tersebut didakwa bertindak sedemikian kerana tidak tahan dengan suara tangisan bayi tersebut.
Berita berkenaan nyata menimbulkan kemarahan ramai rakyat Malaysia termasuklah beberapa selebriti tempatan seperti penyanyi, Bob Yusof.
Menurut Bob, bayi tersebut tidak patut disiksa dan sekiranya tidak mahu, berilah kepada mereka yang tidak mempunyai anak.
“Ya Allah ni bapa apa ni. Mana eh sifat kemanusiaan kau.
“Kau tak nak anak jangan buat, kalau tak bagi orang yang tak ada anak, jangan disiksa.
“Semoga bapa ni satu hari dia terkena buku dan ruas,” tulisnya.
Perkara sama turut diluahkan oleh seorang lagi penyanyi, Syura Badron.
“Mana pergi sifat perikemanusiaan sebagai bapa tu?
“Iblis ke manusia ni?,” katanya.
Bagi pelakon dan penyanyi, Wanns Ahmad pula, dia menyifatkan kelakuan lelaki tersebut sebagai iblis yang langsung tidak mempunyai sifat keperikemanusiaan.
“Iblis betul perangai,” kongsinya.
Kejadian tersebut dikatakan berlaku pada Jumaat lalu di sebuah perkampungan di Arau, Perlis.
Suspek merupakan seorang pesawah berusia 39 tahun dan kini telah pun direman oleh pihak polis untuk siasatan lanjut.
Sumber: Instagram Kool.Fm
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Zizan Razak ada berkongsi satu video yang merakamkan sekitar sesi kunjungannya ke Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan bagi menziarahi peminat cilik istimewanya, adik Puteri Nur Zulaika yang sedang mendapatkan rawatan di sana.
Menerusi video yang berdurasi kira-kira lima minit itu, Zizan antara lain sempat berbual sambil mengisi masa bersama kanak-kanak berkenaan selain turut melakukan sesi panggilan video bersama rakan artis, Johan.
Bagaimanapun, video yang dikongsi itu turut menjentik jiwa warga maya apabila bintang filem Bulan & Pria Terhebat itu dilihat tidak dapat menahan sebak apabila adik Puteri turut menitipkan doa buat artis kesayangannya itu.
Zizan menyifatkan ia tangisan yang di luar kawalan.
“Terima kasih adik Puteri ku sayang diatas doa yang benar buat uncle Zizan rasa sangat menusuk ke hati. Dari awal lagi Zizan rasa sayu ketika perjalanan menuju ke hospital pd untuk melawat adik puteri.
“Setibanya sy disana niat ingin hiburkan Puteri tetapi lain jadinya. Hilang lawak saya yang menitis cuma air mata yang mencurah. Ya Allah. Cuma Allah sahaja tahu perasaan saya ketika itu.
“Berbagai soalan pada doctor saya tanya untuk tahu bagaimana cara untuk pulihkan adik puteri dari keadaan sekarang. Mahu lihat peminat syurga Zizan ni sihat secepat mungkin. Dengan Kuasa Allah tiada yang mustahil. Ya saya yakin. Amin,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Dia pada masa sama turut mengucapkan terima kasih kepada Johan dan Aedy Ashraf yang turut bertanya khabar buat peminat ciliknya itu.
“Juga terima kasih pada @jozlynnhanania kerana sempat hiburkan adik puteri comel ini. Tak lupa pada @aedyxashraf sempat melayan dan bertanya kabar. MashAllah.
“Kuat betol semangat adik puteri untuk terus berjuang untuk hidup. Saya benar benar menyeru buat semua followers saya untuk doakan supaya Adik Puteri Nur Zulaika supaya dipermudahkan selaga urusan dan kesihatan anak syurga ini sembuh secepat mungkin.
“Ya Allah makbulkanlah doa ini ya Allah. Amin,” pohon Zizan.
Serentak dengan perkongsian video yang sudah pun ditonton lebih 300,000 kali itu, para peminat termasuk selebriti turut menitipkan doa, berharap agar adik Puteri segera sembuh.
Terdahulu menerusi platform sama, Zizan turut memuat naik beberapa foto bersama adik Puteri yang turut mendapat perhatian para peminat setianya.