Perkongsian video yang dimuat naik pelakon, Mas Khan pada Ahad nyata menarik perhatian ramai pihak.
Menerusi video berdurasi 30 saat itu, Mas Khan atau mana sebenarnya Mas Hidzhir Khan Mas Fadzillah Khan dilihat mengenakan pakaian wanita dan rambut palsu berwarna perang.
Tahniah diucapkan kepada pelakon senior Sabri Yunus dan Angeline Tan kini sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.
Berita gembira itu dikongsikan penyampai radio dan pengacara, Issey Fazliham menerusi laman Instagram miliknya, sebentar tadi.
“Selamat pengantin baru Abang Sabri Yunus dan Kak Ardini / Angeline Tan.
“Alhamdulillah. Kami sangat gembira. Semoga Cinta Wan Ismail Golok dan Lucy kekal sampai ke syurga. Pimai pimai tang tu,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Tumpang gembira, para peminat dan rakan artis turut mendoakan kebahagian dan kesejahteraan buat pasangan yang sinonim menerusi siri Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu.
Menerusi sitkom berkenaan, masing-masing menggalas watak sebagai Wan Ismail Golok dan Lucy.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas genap setahun melangsungkan Konsert Ulang Tahun ke-30 Dewa 19, band asal Surabaya itu tidak menunggu lama untuk kembali ke Malaysia bagi mengubati kerinduan para baladewa dan baladewi.
Bagaimanapun, kali ini, Dewa 19 tampil dengan sisi yang belum pernah ditunjukkan selama ini apabila diiringi 54 pemuzik orkestra Malaysia dan dipimpin konduktor muzik tersohor Indonesia, Guntur Nur Puspito.
Konsert yang dinamakan Dewa 19 – A Night At The Orchestra Chapter 5 Live In Malaysia itu tentunya sesuatu yang baharu buat lebih 7,000 peminat Dewa 19 yang membanjiri Axiata Arena pada tanggal 30 September lalu.
Malah, sejak awal lagi, suasana konsert ini juga telah diatur agar kelihatan mahal dan lebih serius. Para penonton menyaksikan konsert ini secara duduk dan turut diminta untuk mematuhi etika pemakaian seperti mengenakan suit, dress atau pakaian tradisional.
Tepat jam 8.45 malam, konsert dimulakan dengan lagu Bohemian Rhapsody yang dipimpin sendiri oleh Dhani. Ia dilihat seperti sesi pemanasan badan buat para pemuzik orkestra yang menerima pujian melambung Dhani yang menyifatkan mereka jauh lebih baik berbanding pemuzik orkestra di negaranya.
Sepanjang lagu tersebut dimainkan, rata-rata penonton meluahkan rasa kagum dengan kemampuan para pemuzik orkestra negara yang jarang diberikan perhatian sebelum ini dek kerana hanya tertumpu kepada band atu penyanyi semata.
Meskipun ramai yang agak hampa disebabkan ketiadaan vokalis, Once namun, persembahan yang dipamerkan tiga vokalis lain tetap berjaya menyentuh jiwa para penonton.
Vokal bertenaga dan cara nyanyian yang penuh berkarisma nyata menggamatkan suasana dewan saat Ello naik ke pentas untuk mempersembahkan lagu Arjuna, Sudah serta Pupus.
Sementara itu, vokalis adan anggota termuda Dewa 19, Virzha juga tidak kurang hebatnya meskipun dengan gaya nyanyian yang sangat bersahaja ketika membawakan lagu Pangeran Cinta, Risalah Hati, Selimut Hati dan Kosong.
Yang paling dinanti-nantikan sudah tentulah nyanyain daripada vokalis asal Dewa 19, Ari Lasso. Aura serta kelunakkan suara yang dimiliki penyanyi tersebut sememangnya tidak pernah gagal untuk membuatkan para penonton terkesima.
Sebelum membawakan lagu Satu, Ari sempat berkongsi cerita bahawa lagu tersebut telah menjadi penguat semangatnya sepanjang bertarung dengan penyakit kanser.
Persembahan diteruskan lagi menerusi lagu Cintakan Membawamu, Dua Sedjoli, Roman Picisan, Kangen dan kemudian ditutup dengan Separuh Nafas bersama semua vokalis adalah pilihan lagu yang cukup indah dalam format orkestra.
Ahmad Dhani juga tidak ketinggalan berpeluang melepaskan gian apabila turut menyanyikan beberapa buah lagu seperti My Way, Aku Cinta Kau Dan Dia sehingga karya handal Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Madu Tiga.
Pada malam tersebut, tiga penyanyi popular tempatan turut diberikan penghormatan untuk berkongsi pentas bersama Dewa 19.
Amir Masdi membuktikan penyanyi lelaki Malaysia juga mempunyai kualiti vokal yang hebat sewaktu berduet bersama Ello untuk membawakan lagu Bohemian Rhapsody
Sementara itu, Shila Amzah dan Jaclyn Victor pula beradu suara menerusi lagu Begitu Salah Begini Benar yang tidak kurang menarik.
Pujian juga harus diberikan buat anggota kumpulan Dewa 19 yang lain seperti Andra Ramadhan (gitar), Yuka Sampurna (bass) Agung Yudha (dram) dan Tyo Nuggros (drum) yang sentiasa menampilkan bersembahan bertenaga sepanjang 34 buah lagu yang dimainkan.
Selepas di Kuala Lumpur, Konsert Dewa 19 – A Night At The Orchestra bakal ditersukan lagi ke beberapa buah bandar di Indonesia dan berkemungkinan akan ke Singapura pula.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Echolaliapictures & Bangsawan Pictures
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Sufian Suhaimi tampil memberikan responnya selepas tular satu hantaran di aplikasi X (dahulunya Twitter) daripada seorang individu yang menuntut abang kepada tunangnya yang dikenali sebagai, Rania untuk menjelaskan hutang berjumlah RM12,000.
Menerusi hantaran di aplikasi sama, Sufian menjelaskan tunangnya itu tidak mempunyai abang seperti yang didakwa.
“Dia tak ada abang,” tulisnya ringkas.
Pada masa sama, penyanyi lagu Di Matamu itu turut mempersoalkan motif individu berkenaan berbuat sedemikian.
“Kalau ada pun, kau suruh bakal adik ipar bayarkan dah kenapa?” soalnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan tindakan individu berkenaan seperti sengaja ingin mencari perhatian dengan mereka cerita yang tidak benar.
“Nak perhatian punya fasal, sanggup buat cerita munafik.
“Malunya. Marah-marah sekali salah orang. Abang angkat mungkin.
“Saman je. Lepas tu duit saman boleh boleh buat tambah jemputan masa kahwin.
“Meroyan sorang tapi salah orang,” antara komen-komen netizen di aplikasi X.
Terdahulu, menerusi laporan Harian Metro, Sufian mengesahkan keluarganya telah selamat merisik kekasih hatinya, Rania pada satu majlis tertutup dihadiri keluarga dan kenalan rapat yang berlangsung di kediaman wanita itu, pada Ahad.
“Alhamdulillah, majlis merisik itu berjalan dengan lancar semalam dan ia sama sekali bukan gimik untuk pembikinan muzik video lagu baharu saya atau sebagainya. Saya memang dah sedia untuk tamatkan zaman bujang.
“Saya dan Rania merancang untuk majlis perkahwinan kami diadakan pada Disember depan atau Januari 2024, bergantung pada lokasi majlis dan segala persiapan kami berdua,” katanya seperti yang dipetik.
Malah, pada hari sama, tular satu hantaran video di platform TikTok menerusi perkongsian daripada akaun milik hairamikayla00 yang memaparkan Sufian bersama keluarganya hadir di kediaman Rania bagi tujuan merisik.
Rata-rata netizen yang menonton video berkenaan turut tumpang gembari selain turut mendoakan semoga segala urusan ke jinjang pelamin akan dipermudahkan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Harian Metro, Instagram & Twitter Sufian Suhaimi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.