Kemunculan kumpulan Bagindas pada konsert Kangen Band yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 2 September lalu mendapat maklum balas positif dalam kalangan peminat kumpulan ini.

 Ibarat bulan jatuh ke riba, peminat setia kumpulan yang berasal dari Indonesia ini bakal menggegarkan peminat tanah air dengan deretan lagu hits mereka menerusi Konsert Bagindas Live In Kuala Lumpur: Suka Sama Kamu yang dijadual berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, jam 8 malam, pada 30 November ini.

Bagindas yang dianggotai empat anggota kumpulan iaitu Andra, Wendy, Fery dan Ragil itu bakal membawakan sesuatu yang cukup istimewa dan eksklusif buat seluruh peminat setia.

Menurut penganjur, Purosangue Entertainment, konsert Konsert Bagindas Live In Kuala Lumpur: Suka Sama Kamu itu bakal mencetuskan satu lagi fenomena.

“Band ini bukanlah asing dalam kalangan pencinta muzik tanah air. Kebanyakan lagu-lagu mereka cukup melekat dan menjadi pujaan peminat di kedua-dua negara.

“Jadi, melihatkan sambutan dan sokongan padu yang diberikan kepada Bagindas membuatkan kami cukup yakin untuk menganjurkan konsert ini. Berbekalkan kredibiliti yang dimiliki Bagindas, mereka mampu menghiburkan peminat kerana kami percaya kumpulan ini mempunyai pengikut tegar di sini,” katanya.

IKLAN

Sementara itu, mewakili Bagindas, Andra berkata, Malaysia sentiasa menjadi pentas yang dinanti-nantikan untuk mereka mengadakan konsert.

Konsert Pertama Bagindas di Malaysia…”Selama Ini Kami Sentiasa Menunggu Peluang.” Konsert Pertama Bagindas di Malaysia…”Selama Ini Kami Sentiasa Menunggu Peluang.” Konsert Pertama Bagindas di Malaysia…”Selama Ini Kami Sentiasa Menunggu Peluang.”

@mediahiburanofficial Wow! Konsert Bagindas Live In Kuala Lumpur: Suka Sama Kamu dijadual berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, jam 8 malam, 30 November depan! Jangan lupa dapatkan tiket guys! #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan

IKLAN

“Selama ini kami sentiasa menunggu peluang untuk mengadakan konsert sulung di Malaysia. Kami sering menerima permintaan daripada peminat yang mahu kami datang ke Malaysia untuk membuat konsert.

“Kami menganggap tahun ini adalah waktu yang tepat dan rezeki untuk kami bertemu dengan peminat Bagindas,” katanya.

Sesuatu yang cukup istimewa juga apabila pada Konsert Bagindas Live In Kuala Lumpur: Suka Sama Kamu ini apabila Bagindas bakal mempersembahkan kelainan dari segi muzik menerusi kolaborasi bersama DJ Rycko Ria. 

IKLAN

Gabungan muzik campuran semula atau remix daripada Bagindas X DJ Rycko Ria pastinya sesuatu yang cukup dinanti dan mengujakan kerana ia bertepatan dengan cita rasa pendengar masa kini.

Tiket untuk menuyaksikan Konsert Bagindas Live In Kuala Lumpur: Suka Sama Kamu dijual pada harga RM3600 (VIP Box); RM200 & RM225 (Seating Price); RM179 (Normal Standing Ticket Price); RM139 (Early Bird Standing Price) dan informasi mengenai pembelian tiket boleh diikuti menerusi akaun media sosial mereka. 

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI