Seperti sedia maklum, pihak kerajaan telah menetapkan sesi persekolahan akan dijalankan melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Selepas dua hari perlaksanaan PdPR, penyanyi dan usahawan Fakhrul UNIC turut ada berkongsi pengalaman anaknya menjalani sesi persekolahan yang dijalankan secara dalam talian.

Kongsi Fakhrul, untuk memantau serta melaksanakan PdPR kepada anak-anak bukan satu perkara yang mudah dan penuh dengan cabaran.

“Fuhhh online school day2..kelas straight..baru 2 hari pun mencabar haha. Baru tinggai sat ja sorg dh bukak youtube time kelas, sorg panjat kerusi nak naik moto  ptut cikgu pggil tak jawab2  .

IKLAN

“Parent / penjaga mmg kena bantu cikgu2 bg lancarkan kelas..struggle tgk cikgu ngajar dlm norma baru ni..mmg respect .

“Moga barakah ilmu, tq cikgu2 seluruh malaysia. Good luck semua students. Gambar last tu pishaaaang sbb geng dh masuk skolah

IKLAN

#pkp #pdpr #covid_19 #onlineschool #muqri #waffa #ayyash,” tulisnya.

“Sorang Dah Bukak YouTube Masa Kelas, Sorang Panjat Kerusi,” – Fakhrul UNIC Akui Sangat Mencabar Untuk Lakukan PdPR

IKLAN

Sebelum ini, pihak kerajaan telah mengambil insiatif untuk menetapkan sesi persekolahan dijalankan secara PdPR atau sesi pembelajaran dalam talian bermula 20 Januari bagi membendung penularan wabak Covid-19 di seluruh negara.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di seluruh negara kecuali Sarawak bermula 22 Januari sehingga 4 Februari hadapan.

Foto: Instagram Fakhrul UNIC

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI