Penyanyi yang juga anggota kumpulan Indigo, Bad mengakui terbuka hati untuk berkahwin dengan penyanyi Ashira selepas kedua-duanya terlibat dalam program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7).

Bad atau nama sebenarnya, Badrul Izhan Yeop Abdullah yang lebih 10 tahun menduda mengakui, dia jatuh hati ketika pertama kali bertentang mata dengan penyanyi yang popular dengan lagu Ombak Resah itu sekitar Oktober tahun lalu.

Memetik mStar, mereka berkenalan ketika sama-sama menyertai program hiburan tersebut lalu saling bertukar nombor telefon.

“Kali pertama berjumpa Ashira, hati saya terus jatuh cinta pandang pertama padanya.

“Kami mula berkenalan ketika sama-sama menyertai Gegar Vaganza tahun lalu dan daripada situ kami jadi rapat dan saling bertukar nombor telefon.

“Sikap kelakar dan penyayang Ashira merupakan antara sebab saya jadi lagi terpaut hati padanya. Bukan sahaja dengan saya, dengan orang lain pun saya nampak dia seorang yang sangat mengambil berat orang di sekelilingnya,” katanya.

Penyanyi ini turut menjelaskan, dia sudah bersedia untuk memperisterikan Ashira atau nama sebenarnya, Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 36, selewat-lewatnya Mac ini.

“Saya dah berjumpa dan berbincang dengan ibu bapa Ashira pada bulan Disember lalu untuk membincangkan mengenai pernikahan kami.

“Kalau boleh saya nak segerakan hal yang wajib dahulu, dalam keadaan negara yang sedang berhadapan dengan pandemik Covid-19, kami tangguhkan dahulu untuk majlis resepsi.

“Kami dah pun hantar borang permohonan nikah secara online dan sekarang tunggu jawapan daripada JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) sekiranya terdapat kekosongan slot pada bulan Mac nanti,” ujarnya lagi.

Sementara itu ketika ditanya mengenai penerimaan anaknya, Bad berkata, kedua-dua anaknya menerima baik kehadiran Ashira.

“Alhamdulillah, kedua-dua anak saya mempunyai hubungan yang baik dan rapat dengan Ashira, begitu juga saya dengan anaknya,” katanya.

Terdahulu, bintang berusia 46 tahun itu sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga pada 2007 namun bercerai tiga tahun kemudian. Hasil perkahwinan, dia dikurniakan sepasang cahaya mata, Rayyan, 12, dan Rania, 11 tahun.

Manakala Ashira merupakan ibu tunggal dan mempunyai seorang anak lelaki, Megat Shazril Haziq Hadi yang kini berusia 15 tahun.

Sumber : mStar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI