Personaliti televisyen, Datin Seri Normala Samsudin mengakui berasa sedih melihat situasi semasa Covid-19 di negara ini, khususnya buat para penduduk Selangor.
Jelas Normala, keadaan di Selangor ketika ini amatlah membimbangkan dan ia bukanlah sesuatu perkara yang boleh dipandang remeh.
Katanya lagi, ketika ini bukan masa terbaik untuk berpolitik, sebaliknya kita semua harus berganding bahu untuk sama-sama menghentikan penularan wabak merbahaya ini.
“Assalamualaikum kepada semua rakyat Malaysia di mana anda berada. Saya berasa amat sedih melihat apa yang berlaku di Selangor ketika ini. Saya amat terkesan menonton video daripada frontliner.
“Situasi di Selangor sekarang ini bukan olok-olok. Bukan mainan dan sesuatu yang kita boleh perlekehkan. Covid-19 bukan penyakit biasa dan ia boleh berjangkit. Covid-19 itu benar dan boleh meragut nyawa.
“Kita perlu membantu mereka. Ia bukanlah sesuatu situasi yang boleh kita politikkan. Ini melibatkan soal kemanusiaan untuk membantu mereka yang didalam kesusahan,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan juri program Ratu Hijabista ini menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Datin Seri Normala turut memaklumkan hatinya berasa luluh bila mengenangkan nasib para petugas kesihatan yang bertungkus lumus siang malam dalam memberikan perkhidmatan terbaik buat para pesakit.
“Apa yang membuatkan saya sedih dan hiba, bilamana ada manusia yang memohon pertolongan dan kita takda kudrat kemampuan nak tolong.
“Apabila lihat orang dalam kelemasan tidak boleh bernafas kita tidak mampu memberi kelegaan kepadanya, tangki oxygen kita dah kehabisan guys.
“Pesakit-pesakit ada yang dah baring di lantai, di parkir bersusun katil. Saya dapat bayangkan perasaan petugas hospital. ALLAHU MOHON PERTOLONGAN… YA MUJIB, tolonglah amin amin YRA. Ku doakan kesembuhan buat Malaysia tercinta,” luahnya lagi.
Dikesempatan itu juga, Datin Seri Normala turut menyeru kepada semua pihak untuk terus mematuhi saranan kerajaan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh para frontliner.
“Marilah kita berganding bahu untuk membantu apa yang perlu. Kita masih lagi berperang. Kita belum menang. Kalau kita lihat keadaan di hospital ketika ini mereka sangat memerlukan pertolongan. Keadaan sangat-sangat kritikal.
“Kita doakan semua frontliner dan ucapkan berjuta-juta terima kasih. Kita sendiri dah tak tahu macam mana nak ucapkan terima kasih lagi dah,” akhirinya.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Datin Seri Normala
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, ada segelintir netizen telah memberitahu kepada pelakon Fatin Afeefa yang wajahnya mirip seperti artis K-Pop, Jo Bo-Ah.
Gambar Jo Bo-Ah/Fatin Afeefa
Lantas, perkongsian netizen tersebut membuatkan pelakon yang berusia 25 tahun itu menerima kecaman daripada peminat artis K-Pop.
Ini kerana, ada peminat artis K-Pop berasa tidak setuju apabila wajah Fatin disamakan dengan artis korea pujaan mereka.
Lalu, ibu kepada dua orang anak itu dilihat memberi reaksi sinis terhadap mereka yang memberi pandangan sedemikian.
“Okay okay kpoppers. Bawak bertenang. Idol korang perfect, paling perfect. I tak layak pun di samakan dengan idol korang cause im ugly as f*ck,”tulisnya.
Okay okay kpoppers. Bawak bertenang. Idol korang perfect, paling perfect. I tak layak pun di samakan dengan idol korang cause im ugly as fuck
Pempengaruh media sosial terkenal yang juga adik kepada usahawan dan pengacara terkenal, Noor Neelofa iaitu Ameera Khan dilihat telah memadam semua fotonya di akaun Instagram.
Malah foto di bahagian profil juga turut dibiarkan kosong.
Tindakan gadis berusia 21 tahun itu mengundang spekulasi ramai tentang apa yang sedang berlaku terhadap dirinya.
Ameera yang menggunakan nama akaun Little Miss Khan mempunyai sebanyak 1.4 juta pengikut Instagram.
Netizen tertanya-tanya apa yang terjadi terhadap adik Neelofa itu malah ada yang membuat andaian kemungkinan akaunnya itu telah digodam pihak tidak bertanggungjawab.
Biarpun bukan bergelar seorang selebriti seperti kakaknya, namun Ameera sering kali menjadi perhatian jenama-jenama mewah antarabangsa untuk dijadikan model kempen serta produk mereka.
Kebanyakan hantaran Ameera di Instagram melibatkan kempen-kempen yang dibintanginya untuk jenama seperti Gucci, Dior, Burberry, Versace dan Fendi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi meningkat naik, Iman Troy mengakui berasa sangat teruja selepas memaklumkan dia telah lulus dengan jayanya dalam ujian memandu yang didudukinya baru-baru ini.
Rasa teruja itu dikongsikan oleh Iman atau nama sebenarnya, Nur Iman Alyssa Sahabudin, 19, menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
“3/5/2021 – i requested to take a selfie to show my parents about my new achievement! yes guys, I passed my driving test,” tulisnya.
Jelas Iman, dia juga sempat untuk bergambar bersama pegawai pemeriksa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai tanda kenang-kanangan dan juga buat tatapan kedua ibu banyanya.
Dalam pada itu, Iman turut mendedahkan dia juga ada menulis beberapa nota di bahagian tapak tangannya kemudian dipadam sebaik sahaja sebelum menduduki ujian tersebut.
“Slide left to see some random pictures! ( i tulis kat tangan sebab takda buku, don’t worry before test i basuh) stay safe everyone! Love ya,” katanya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi rasa gembira selain turut menasihati Iman supaya memandu dengan berhati-hati selepas ini.
Dalam perkembangan lain, lagu raya terbaru nyanyian Iman yang berjudul Pejam Celik Hari Raya telah pun meraih hampir 5 juta tontonan di laman Youtube selepas kurang sebulan ia dilancarkan.
Sumber: Instagram Iman Troye
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengurus kepada pelakon Wanna Ali yang dikenali sebagai Yaya tampil menjelaskan mengenai hantaran terkini Wanna bersama aktor Fattah Amin di Instagram yang telah mencetuskan kemarahan segelintir pihak pada Jumaat.