Pelakon Kamal Adli mengirimkan sebiji kek buat tunang tersayang, aktres Uqasha Senrose yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-29 baru-baru ini.

Berkongsi video kek comel yang diterima, Uqasha turut menzahirkan rasa terharu atas kiriman si dia yang tersayang.

“Tengah PKP Ni Pun Awak Still Buat Effort Hantar…,” – Uqasha Senrose Terharu Terima Kek, Reaksi Kamal Adli Sangat Sweet!

“Alhamdulilah thank you so much to my sweet fiance for this beautiful cake @kamaladli. Sayang sgt sgt nk makan sbb cantik sgt even tgh pkp ni pun awak still buat effort hantar cake order cake thank you,” tulisnya sebagai kapsyen pada hantaran di Instagram.

Dia pada masa sama turut mengucapkan terima kasih atas doa serta ucapan yang diberikan peminat terhadapnya.

“And ofcuz thank you untk semua wish2 ada yg qasha tk sempat baca lg sbb tak berapa nk sihat. Alhamdulilah rasa disayangi sgt. Im already 29 still young n healthy, alhamdulilah #blessed,” tulisnya lagi.

“Tengah PKP Ni Pun Awak Still Buat Effort Hantar…,” – Uqasha Senrose Terharu Terima Kek, Reaksi Kamal Adli Sangat Sweet!

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

Meninjau ke ruangan komen, para peminat sekali lagi memberikan dedikasi selamat hari jadi dan tak kurang yang tumpang gembira melihat kebahagiaan pasangan sama cantik sama padan ini.

Malah Kamal juga dilihat turut meninggalkan reaksinya iaitu;

“Tengah PKP Ni Pun Awak Still Buat Effort Hantar…,” – Uqasha Senrose Terharu Terima Kek, Reaksi Kamal Adli Sangat Sweet!

“You cik bubu, deserve more and better than this. Apakan daya, much love,” respon Kamal sambil disusuli emoji berbentuk hati.

IKLAN

Terdahulu, jalinan cinta mereka berdua difahamkan mulai berputik selepas digandingkan menerusi drama Setelah Terlafaznya Akad pada 2019, namun tiada sebarang pengesahan dibuat pasangan itu.

Kemudiannya, mereka sekali lagi berpasangan menerusi drama Perempuan Tanpa Dosa pada Oktober, tahun lalu.

Pengarah, Michael Ang ‘pecahkan rahsia’ dalam media sosial memberitahu bahawa Kamal dan Uqasha sudah menghadiri kursus perkahwinan ketika penggambaran drama Perempuan Tanpa Dosa.

Menguatkan spekulasi percintaan apabila Kamal akhirnya melamar Uqasha secara terbuka dalam Anugerah MeleTOP Era 2020, Disember tahun lalu yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen.

IKLAN

“Tengah PKP Ni Pun Awak Still Buat Effort Hantar…,” – Uqasha Senrose Terharu Terima Kek, Reaksi Kamal Adli Sangat Sweet!

Mereka selamat melangsungkan pertunangan pada awal April lalu dan majlis merisik dijalankan serentak secara tertutup di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

“Tengah PKP Ni Pun Awak Still Buat Effort Hantar…,” – Uqasha Senrose Terharu Terima Kek, Reaksi Kamal Adli Sangat Sweet!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI