Penyanyi Muna Shahirah tidak menafikan penguat kuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi impak besar kerana ramai pihak.
Ada yang terjejas pendapatan dan tak kurang ada yang teroka bidang baru bagi mencari peluang.
Bercakap mengenai perkara tersebut, Muna,27, berpendapat dalam situasi yang sebegini kita harus bijak mencari peluang lain dan jangan hanya bergantung dalam satu bidang sahaja.
“Sejak PKP tawaran untuk membuat persembahan mulai tiada, malah program di televisyen dan lain lain juga terbatas. Jadi tentunnya perkara tersebut menjejaskan pendapatan anakseni seperti saya.
“Namun saya bersyukur kerana sejak PKP pertama lagi, saya berjinak-jinak menceburkan diri dengan permainan dalam talian, PUBG. Pada mulanya sekadar suka suka main sahaja.
“Lama kelamaan saya mula belajar sendiri melalui YouTube tanpa bimbingan sesiapa. Kemudian saya mula stream PUBG melalui Facebook menggunakan komputer. Tak sangka jalan saya dipermudahkan, kini pengikut saya mencecah hampir 500 ribu di facebook.
Jelasnya lagi, PUBG bukan sahaja menghasilkan pendapatan, tetapi telah membuka jaringan pengikut dan peminat baru.
Ads
“Mula-mula tu ada yang tak tahu saya penyanyi, tetapi sewaktu live streaming kami bersembang sambil layan game (PUBG). Jadi, sajalah nyanyi-nyanyi, kemudian ada yang tegur ‘eh suara awak sedap, awak ni penyayi ke?’
“Lalu saya guna peluang tersebut untuk promosikan lagu saya di YouTube. Dari situlah kenalan dan peminat saya di Facebook kian bertambah,” katanya.
“Saya melihat perkara ini dari sudut positif dan berbeza. Saya mulai nampak ‘game’ ini bukan sahaja boleh menjana pendapatan, tetapi juga boleh membantu saya untuk mempromosikan lagu saya,” katanya.
Dalam perkembangan lain, bintang ini kini muncul dengan single baharu berjudul Bukan Milikku.
Meski pada awal dia risau kerana melancarkan lagu di dalam fasa PKP 3.0, namun atas komitmen kerjaya, dia menyifatkan apa yang dilakukan adalah sebagai hadiah buat peminat.
Ads
“Alhamdulillah lagu diterima peminat dan saya sendiri suka dengan lagu ini. Sebenarnya saya gementar juga untuk lancarkan single baru dalam waktu PKP ini.
“Bimbang dikatakan tidak prihatin dengan keadaan semasa. Tetapi memandangkan ia adalah tuntukan kerja, jadi saya melunaskan tanggungjawab pada syarikat rakaman dan untuk peminat.
Lagu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh serta lirik oleh Ikhwan sendiri itu merupakan lagu genre balada cinta kelima daripada penyanyi berkenaan.
“Bukan tidak mahu tukar genre lagu, tetapi saya sudah selesa dengan lagu yang berkonsepkan balada di samping ia cadangan dari syarikat rakaman FMC Music.
“Selepas ini kalau diberi peluang, saya teringin juga untuk bawakan lagu berkonsepkan pop seperti lagu Nabila Razali permata hati,” akhiri Muna yang turut berdoa semoga fasa pandemik di negara ini segera berakhir.
Ads
Bukan Milikku akan dilancarkan serentak di semua saluran dalam talian termasuk YouTube FMC Music hari ini, jam 8 malam.
Pereka fesyen tanah air, Datuk Rizalman Ibrahim membuat pengumuman untuk bersara dari dunia fesyen sejurus selesai pementasan muzikal Kesuma Jiwa 2020 yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur, pada Khamis malam.
Penyanyi, Dayang Nurfaizah mengakui menjalinkan hubungan yang sangat baik dan rapat bersama Rizalman.
Malah, Dayang memaklumkan persahabatan yang terjalin selama 20 tahun itu kekal utuh bersama.
Kongsi penyanyi lagu Di Pintu Syurga ini, dia menerima dan menghormati keputusan Rizalman untuk mengundur diri dari dunia fesyen.
“Sebenarnya malam ini antara yang termanis bagi Dayang sebab tak tahu bila lagi Dayang akan diberi peluang untuk mengadakan konsert sebegini dimana lagu-lagunya Dayang tak pernah nyanyikan.
“Bersahabat baik bersama Datuk Rizalman selama 20 tahun merupakan sebuah satu kenangan manis buat Dayang.
“Saya sebagai sahabat memahami dan menghormati keputusan Datuk Rizalman. Sudah semestinya saya akan merindui dirinya,” kongsinya.
Terdahulu, pertunjukan fesyen Kesuma Jiwa mementaskan koleksi terakhir Rizalman selain diserikan persembahan khas dari Dayang.
Turut sama terlibat dalam acara tersebut termasuk Hael Husaini, Datuk Syafinaz Selamat dan pelakon Sherry Alhadad.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Puteri Khareeza atau nama sebenarnya, Puteri Aszfaryna Khareeza Aris mendedahkan dia mengalami keguguran cahaya mata pertama.
Perkara itu dikongsikan bintang berusia 26 tahun ini menerusi satu hantaran yang dimuat naik menerusi Insta Stories, pada Rabu.
Di dalam hantaran yang kongsikan, penyanyi lagu Duka Sebalik Tawa itu reda selain menyifatkan dia dan suami belum ada rezeki untuk menimang zuriat.
“Allah bagi rasa 8 minggu. Belum rezeki lagi. InsyaAllah, nanti,” jelasnya.
Khareeza yang juga finalis Big Stage musim kelima itu turut berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatannya.
Untuk rekod, Puteri Khareeza dan suaminya, Mohd. Shukor Khamaruddin selamat mendirikan rumah tangga pada 24 Februari lalu selepas empat bulan menyulam cinta.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas Mak Cik Kiah menjadi sebutan ramai, kini giliran Restoran Mi Kolok Haji Salleh mendapat perhatian. Memetik laporan Bernama, anak kepada pemilik restoran l, Faridah Salleh tidak menyangka perniagaan keluarganya mendapat perhatian Perdana Menteri, Tan Sti Muhyiddin Yassin sewaktu pembentangan Langkah Tambahan Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).
“Saya memang terkejut sampai menggeletar tadi (selepas mendengar perniagaan kami menjadi salah satu contoh) yang disebut perdana menteri dalam perutusan khas petang ini.
“Banyak kesannya (PKP kepada perniagaan) tetapi terpaksa bertahanlah. Untung tak adalah dan hasil jualan digunakan untuk membayar gaji pekerja, membayar sewa kedai dan bil elektrik. Ini yang penting.
“Satu lagi kejutan yang saya harapkan adalah sekiranya perdana menteri tiba-tiba datang menjamu selera di sini satu hari kelak,” katanya seperti yang dipetik.
Faridah menganggap ia sebagai pengiktirafan dan keprihatinan Perdana Menteri terhadap usahawan. Walaupun terjejas teruk sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan namun mereka tetap meneruskan walau sukar dan terbatas.
Menurut laporan, Faridah mengambil alih operasi bersama dua adiknya selepas ayah, Salleh Reduan tidak lagi mampu menguruskan perniagan kerana faktor umur.
Sumber : Bernama
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Komposer dan penyanyi, Ajai, menarik perhatian peminat apabila berkongsi beberapa foto kandid bersama penyanyi berbakat besar, Nadeera, di media sosial.
Perkongsian itu sekali gus memberi...