“Jiwa saya ‘leman’ dan peminat saya memang ramai daripada daerah luar bandar. Malah saya sudah pun cuba sampaikan lagu yang di luar kebiasaan saya, namun peminat lebih gemarkan lagu sedemikian (leman).”
Demikian respon bintang Gegar Vaganza All Stars (ASGV), Siti Nordiana terhadap komen yang diberikan juri tetapnya, Datuk Ramli MS yang menyifatkan kebanyakan peminat karya seni penyanyi itu terdiri daripada ‘peminat daerah’.
Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana berkata, peminat yang sentiasa menyokong kerjayanya memang gemar mendengarkan dia menyanyi lagu-lagu mendayu atau leman sejak dahulu.
Malah, genre berkenaan juga cukup dekat dengan dirinya.
“Saya akui yang saya memang suka nyanyi lagu sebegini sebab ia kena dengan jiwa saya. Mudah bagi saya nak bawa lagu mendayu. Kalau genre lain, kena buat banyak usaha sikit, nak masuk dengan groove dan sebagainya,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Nana turut mengulas mengenai komen semangat yang turut diberikan Hetty Koes Endang sejurus dirinya selesai membuat persembahan.
“Bonda dua minggu lepas memang ada berikan komen ‘pedas’ pada saya. Tapi komen itulah membuatkan saya kini mahu ‘fight’ dengan diri sendiri. Tak kanlah kita asyik nak rasa ‘stage fright’, rasa takut dan sebagainya.
“Jadi saya cuba cabar diri untuk membuat persembahan di pentas ini. Supaya tak rasa gementar sangat, apatah lagi bertanding dengan semua nama yang besar,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat mendedahkan dia pada awalnya ragu-ragu untuk mendedahkan anak, Ana Nayla terhadap bidang komersial, namun bersyukur kerana semuanya dipermudahkan.
Ayda berkata, dia mengenangkan puteri sulungnya itu yang masih kecil dan bimbang sekiranya Nayla sukar menerima situasi proses penggambaran.
“Pada awalnya saya tidak nafikan ada perasaan risau. Sebab bukan senang sebenarnya untuk menjalani penggambaran dan sesi fotografi, lebih-lebih lagi anak kecil.
“Bayangkan kalau orang dewasa pun ada rasa penat, apatah lagi bayi. Apa pun saya dan Nabil akan pastikan Nayla berada dalam keadaan baik kalau dia ada terlibat dengan mana-mana komitmen penggambaran bersama kami” katanya.
Percaya rezeki, penyanyi lagu Mata ini bersyukur kerana anaknya itu menjadi pilihan jenama tertentu.
Namun, dia dan suami sepakat untuk selektif sekaligus menetapkan syarat tertentu sekiranya ada label yang berminat menjadikan Nayla sebagai wajah wakilan.
“Nayla bakal menginjak usia dua tahun September ini. Jadi untuk pastikan dia tidak penat atau meragam, kami pastikan dia dapatkan rehat yang cukup.
“Malah dia ada waktu tidurnya sendiri dan penggambaran dihentikan seketika. Pihak produksi memahami dan terbuka dengan cara kami.
“Alhamdulillah juga kerana saya fikir ini rezeki anak dan jenama yang mahu menjalin kolaborasi pun sesuai untuk bayi dan kanak-kanak. Kami pun memang menggunakan jenama terbabit untuknya.
“Jadi proses penggambaran jadi lebih mudah dan tak panjang. Syukur, setakat ini Nayla beri kerjasama yang baik. Paling penting, kena memainkan lagu kegemarannya ketika sesi berjalan.
“Nayla juga ada akaun bank sejak usianya enam bulan lagi. Semua hasil yang diterima Nayla disimpan dalam akaun tersebut. Selain itu, saya dan suami juga memperuntukan amaun yang diterima dalam setiap kerja kami untuknya juga.
“Ini rezeki dan kami memang menyimpan demi masa depan Nayla. Alhamdulillah setakat ini semuanya berjalan dengan baik,” katanya.
Ayda ditemui di majlis istimewa jenama barangan bayi dan kanak-kanak terkemuka Itali, Chicco, baru-baru ini yang menyaksikan keluarga ini dipilih sebagai duta mereka.
Pada majlis sama, Chicco turut melancarkan produk terbaharu mereka iaitu ‘sterilizer’, ‘dryer’, ‘bottle warmer’ dan ‘MYSA stroller’.
Menyifatkan peluang yang diberikan Chicco sebagai rezeki, Ayda akui menyimpan semua bayaran yang diterima Nayla dalam akaun simpanan khas.
“Kerjasama Chicco ini memang kami anggap rezeki Nayla. Malah kerjasama yang terjalin bersama Chicco terjadi sejak Nayla lahir lagi kerana kami memang menggunakannya.
“Untuk anak, tidak salah untuk ibu bapa berikan yang terbaik dan sudah tentulah Chicco menjadi pilihan kerana kualitinya,” kata Ayda lagi.
Terdahulu, Ayda dan Nabil optimis memberikan penerangan terperinci mengenai penggunaan kereta sorong bayi kegemaran mereka ketika acara berlangsung.
Turut diadakan pada acara sama ialah perkongsian daripada wakil Chicco yang berkongsi mengenai isu keibubapaan dan pengurusan anak kecil.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Bukan mudah mengendalikan karenah anak-anak bercuti ke luar negara, apatah lagi ketika mahu menunaikan umrah atau haji ke Tanah Suci.
Fouziah Gous menerusi perkongsian di laman Instagram memberitahu dia terbuka untuk berkongsi tips buat ibu bapa yang bakal membawa anak-anak bersama untuk menunaikan umrah misalnya.
Katanya, persoalan tersebut memang seringkali diajukan ibu bapa.
“Sebenarnya banyak soalan mengenai bagaimana pengalaman membawa anak ketika melakukan ibadah umrah, bagaimana nak siapkan makanan anak, stroller boleh bawa atau tidak, bawa anak 2 orang tidaklah semudah seorang.
“Jadi bagaimana saya uruskan mereka berdua? Sebenarnya agak panjang untuk saya type satu persatu.”
Dia turut berbesar hati untuk berkongsi tips menerusi live video menerusi kapsyen,
“InsyaAllah saya cuba curi masa untuk buat live dan jawab semua soalan anda.
“Harap ibu2 ada masa nak tengok perkongsian saya sbb ia akan memudahkan lagi perjalanan anda InsyaAllah.
“Are you ready mommy??? Kalau kejap lagi i buat! Kalau tak ramai tukar hari lain,” tulisnya panjang lebar.
Terdahulu, Fouziah dan keluarga haru sahaja pulang daripada menunaikan umrah pada November 2018 lalu.
Pelakon Nadzmi Adhwa ada memuat naik satu soal jawab berkenaan dengan penggunakan rokok elektronik atau vape bersama PU Azman menerusi IG TV miliknya, baru-baru ini.
Bertanya secara terus apakah hukumnya bagi mereka yang menggunakan vape, PU Azman dilihat turut memberikan penjelasannya secara spontan.
Menerusi penerangan yang diberikan, PU Azman antara lain menjelaskan sebarang perkara atau makanan yang diambil atau apa sahaja istilahnya, yang boleh mendatangkan kemudaratan maka hukumnya adalah haram kerana memberi kesan terhadap kesihatan.
“Berkenaan dengan soalan yang ditanya, memang sudah ada fatwa dari ulama, yang tonton boleh cari tentang pengharaman rokok dan vape,” katanya lagi.
PU Azman pada masa sama turut memberi pandangan kepada golongan spesifik yang ingin berhijrah (dari penghisap rokok tegar) secara perlahan-lahan dengan beralih kepada vape.
Serentak dengan perkongsian tersebut, para peminat memberikan reaksi pelbagai dan rata-ratanya menyambut baik terhadap muat naik dari suami kepada pelakon, Ardell Aryana itu.
Aktres terkenal, Nur Fazura Sharifuddin memuat naik dua ‘quotes’ yang berkait rapat dengan apa yang berlaku di dalam kehidupan.
Perkara tersebut dikongsikan pelakon filem Pisau...