Pelakon, Linda Hasyim mendedahkan pemilik restoran Dol Mat Seafood yang viral selepas didakwa mengenakan harga tidak masuk akal sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati isteri kepada penyanyi, Mawi, Ekin Rahmat adalah ibu saudaranya.

Menurut Linda, dia tidak bersetuju dengan tindakan Ekin yang menularkan isu tersebut tanpa berbincang dengan pemilik restoran terlebih dahulu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Linda Hashim (@lindabeego)

“Katanya tak nak menjatuhkan perniagaan sesiapa tapi siap buat live tu. Kesian peniaga sekarang. Naik harga sahaja kena kecam.

“Ingatkan artis sahaja selalu kena kecam,” tulisnya.

Pandangan tersebut dikongsikan sendiri oleh isteri kepada pelakon, Beego itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.“Kata Tak Nak Jatuhkan Perniagaan Tapi…,” – Pemilik Restoran Ialah Ibu Saudara, Linda Hasyim Kecewa Sikap Selebriti?

IKLAN

Katanya lagi, dia juga kasihan dengan ibu saudaranya itu yang terpaksa berhadapan dengan situasi tersebut.

“Lain kali, kalau tak berapa jelas dengan harga, boleh sahaja tanya depan-depan.

“Bukan curi-curi ambil video orang okey. Tak baik. Kesian makcik saya,” katanya lagi.

IKLAN

Terdahulu, awal pagi tadi, wanita yang mengaku sebagai pemilik Dol Mat Seafood tampil memberikan penjelasan mengenai harga yang telah dikenakan sewaktu Ekin bersama keluarganya makam malam di restoran berkenaan.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di media sosial, wanita tersebut turut memperincikan ke semua harga makanan yang dipesan Ekin untuk 20 orang makan.

Perincian harga mengikut menu yang disenarai pemilik kedai makan tersebut membawa jumlah yang dibayar Ekin RM1,260.

IKLAN

Dalam pada itu, pemilik kedai makan di Johor itu turut menafikan kenyataan Ekin yang mendakwa hanya memesan dua ekor ikan sahaja.

“Ini adalah details harga makanan yang dimakan pada hari itu. Kalau belum jelas boleh datang jumpa Mak Cik,” katanya mengakhiri video tersebut.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Linda Hashim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI