Pelakon, Fad Bocey menzahirkan rasa syukur selepas isterinya, Syaheera Rahman telah selamat melahirkan cahaya mata kelima pada pagi Khamis di sebuah pusat perubatan di Shah Alam.

Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Fad atau nama sebenarnya, Muhammad Fadzlie bin Mohd Nizam menerusi sebuah hantaran di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FAD & SYAHEERA (@fadbocey)

“Alhamdulillah, pada jam 9.20 pagi tadi (Khamis), isteri saya, Syaheera Rahman selamat melahirkan bayi ke lima kami. Terima kasih untuk doa semua juga ya,” tulisnya.

Pada masa sama, Fad turut berterima kasih kepada pihak hospital kerana telah menjaga anak dan isterinya dengan baik.

“Satu Lagi Perjuangan Allah Mudahkan,” – Timang Anak Ke-5, Isteri Fad Bocey Syukur Proses Bersalin Lancar “Satu Lagi Perjuangan Allah Mudahkan,” – Timang Anak Ke-5, Isteri Fad Bocey Syukur Proses Bersalin Lancar

IKLAN

“Terima kasih kerana menjaga isteri dan bayi saya. Nanti kami share gambar baby okay,” kongsinya lagi.

Sementara itu, Syaheera turut sama meluahkan rasa syukur kerana urusannya untuk melahirkan cahaya mata kelima telah dipermudahkan.

Lantaran, dia juga berterima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesejahteraan dirinya dan bayi sepanjang melalui proses bersalin.

IKLAN

“Satu Lagi Perjuangan Allah Mudahkan,” – Timang Anak Ke-5, Isteri Fad Bocey Syukur Proses Bersalin Lancar

“Alhamdulillah satu lagi perjuangan yang Allah mudahkan. Sorry mommy nak rehat dulu sebab tengah pusing kepala side effect muntah lepas naik bilik.

“Nanti kami go through semua dm and whatsapp tau terima kasih yang sentiasa doakan buat keluarga kami,” kongsinya.

IKLAN

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti menitipkan ucapan tahniah selain turut medoakan Fad sekeluarga akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Sekadar informasi, Fad dan Syaheera telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 14 Mac 2015.

“Satu Lagi Perjuangan Allah Mudahkan,” – Timang Anak Ke-5, Isteri Fad Bocey Syukur Proses Bersalin Lancar “Satu Lagi Perjuangan Allah Mudahkan,” – Timang Anak Ke-5, Isteri Fad Bocey Syukur Proses Bersalin Lancar

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini sudah pun dikurniakan empat cahaya mata Favian Adrazin Hayyan, Favian Adrazin Zayyan, Nur Aminah Mishall dan Ibrahim Jibriel.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Fad Bocey & Syaheera Rahman

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI