Penyanyi, Sissy Iman akui sangat memahami apa yang dirasai oleh penyanyi senior, Azharina yang menitiskan air mata saat memerima komen para juri yang kurang berpuas hati dengan nyanyiannya di konsert minggu ketiga All Star Gegar Vaganza malam tadi.

Menurut Sissy, sesetengah penyanyi akan mudah berasa kecewa kerana merasakan diri mereka telah menghampakan para guru yang telah banyak memberikan tunjuk ajar.

“Pendapat Juri Perlu Dihormati Tetapi…,” – Menangis Ketika Dikritik Juri, Sissy Iman Faham Perasaan Azharina

“Saya tak tahu apa sebenarnya yang terjadi di Gegar Vaganza semalam tapi ternampak video tadi. Bila Kak Nina nangis, saya terus boleh kaitkan dengan diri sendiri.

“Inilah yang orang tak tahu sebenarnya. Tak semua orang faham bila kita nampak sedih selepas buat persembahan, bukan semua disebabkan apa yang dikomen sangat.

“Tetapi sebab rasa sedih dah kecewakan guru-guru kita yang kadang bersengkang mata bantu kita supaya kita tampilkan yang sehabis baik. Kita jadi hiba atas kekhilafan diri kita di atas pentas,” tulisnya.

Pandangan tersebut disuarakan penyanyi lagu Mungkin Kamu itu di Instagram Stories selepas menonton video temuramah Azharina yang dikongsikan di Instagram Media Hiburan pada Ahad.

IKLAN

“Pendapat Juri Perlu Dihormati Tetapi…,” – Menangis Ketika Dikritik Juri, Sissy Iman Faham Perasaan Azharina

Jelas Sissy lagi, setiap penyanyi sudah pasti ingin membuat yang terbaik namum, tidak semuanya akan berjalan seperi yang diharapkan.

“Tapi itu tidak membuatkan kami sebagai seorang yang lemah. Tidak sama sekali. Pastinya pendapat juri perlu dihormati, tetapi segala yang berlaku di atas pentas bukanlah semberono.

“Sebagai penghibur, setiap tindakan kita di atas pentas lagi-lagi bila pertandingan seperti ini, pastinya datang dengan prep work yang teliti,” katanya lagi.

“Pendapat Juri Perlu Dihormati Tetapi…,” – Menangis Ketika Dikritik Juri, Sissy Iman Faham Perasaan Azharina

IKLAN

Pada masa sama, Sissy turut menyifatkan ada kalanya penerimaan para juri dan penonton agak berbeza dengan apa yang diharapkan oleh penyanyi.

“Apapun, kita kena tahu yang muzik adalah sangat subjektif. Interpretasi setiap performer adalah berbeza. Pendapat orang yang mendengar juga berbeza-beza.

“Saya pasti Kak Azharina sudah buat yang sehabis baik. Respek,” akhirnya.

Sebelum ini, Sissy pernah berhadapan dengan situasi mengalirkan air mata ketika menyertai program nyanyian, Famili Duo.

IKLAN

Pada ketika itu, Sissy dan rakan duetnya, Naim Daniel telah menerima kritikan pedas daripada juri, Mas Idayu yang kurang berpuas hati dengan persembahan duo tersebut ketika membawakan lagu Jampi nyanyian asal Hael Husaini.

Hal tersebut secara tidak langsung telah mencetuskan kontroversi diantara Sissy dan Mas Idayu.

Bagaimanapun, hubungan mereka dilihat kembali jernih selepas mereka digandingkan sebagai antara pasangan penyampai trofi di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 yang lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Sissy Iman

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI