Rasa cinta dan azam pelakon dan usahawan, Bkay Nair untuk memperkenalkan Saree Malaysia yang direka menerusi fabrik jenis batik, sutera dan songket berjaya diterjemahkan di dalam sebuah acara pertunjukan fesyen yang berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut Bkay, idea yang dibawa tidak hanya melambangkan warisan budaya Malaysia, sebaliknya turut mencerminkan sejarah dan tradisi yang kaya di negara ini.

“Negara kita belum ada sari ciptaan Malaysia. Kebanyakan sari yang dijual di negara ini diimport dari India. Jadi, timbul satu idea untuk saya memperkenalkan sari buatan Malaysia yang menggunakan kain jenis batik, songket dan sutera, sekali gus menjadi lambang kebanggaan di negara ini.

“Menerusi Pertunjukan Fesyen Warisan Navarasa anjuran Bkay Nair Resources ini, saya membawakan lapan pereka fesyen terkenal untuk menampilkan koleksi rekaan sari yang dihasilkan dengan teliti daripada batik, songket dan sutera Malaysia.

“Program ini juga acara antara usaha untuk mencipta platform bagi pereka fesyen untuk mempamerkan kreativiti mereka dengan menggabungkan tekstil tradisional dalam fesyen moden,” katanya yang anggun mengenakan persalinan kontemporari ilham Faizel Azraf.

Usaha Murni Bkay Nair Perkenal ‘Sari Malaysia’… “Kebanyakan Yang Dijual Diimport Dari India.”

IKLAN

 

Usaha Murni Bkay Nair Perkenal ‘Sari Malaysia’… “Kebanyakan Yang Dijual Diimport Dari India.”Usaha Murni Bkay Nair Perkenal ‘Sari Malaysia’… “Kebanyakan Yang Dijual Diimport Dari India.”Usaha Murni Bkay Nair Perkenal ‘Sari Malaysia’… “Kebanyakan Yang Dijual Diimport Dari India.”

@mediahiburanofficial Rasa cinta dan azam Bkay Nair untuk perkenalkan Saree Malaysia yang direka menerusi fabrik jenis batik, sutera dan songket berjaya diterjemahkan di dalam sebuah acara pertunjukan fesyen yang berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, baru-baru ini. Moga terus sukses! #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan


Bintang filem Ratu The Movie ini turut menambah, pihaknya juga teruja apabila acara yang diadakan turut mengangkat tiga pereka fesyen yang berjaya mencapai objektif Pertunjukan Fesyen Warisan Navarasa.

Bagi Anugerah Pereka Baharu yang memberi peluang kepada pelajar fesyen dimenangi Naresh Yempati manakala Anugerah Pereka Paling Kreatif untuk meraikan pereka senior yang imaginatif menjadi milik Kesheen Ragunathan.

IKLAN

Sementara itu, Anugerah Keunggulan Warisan Malaysia yang diberikan kepada pereka senior dengan rekaan warisan Malaysia pula dimenangi oleh Munir Yahya.

“Melalui acara ini, kami berharap dapat membawa keunikan warisan kami kepada Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

“Pengiktirafan yang diberikan Unesco berpotensi untuk menerangi harta seni dan budaya negara kita di peringkat global dan mempersembahkan kepada ibu kota fesyen terkenal seperti Paris dan seluruh Eropah.

IKLAN

“Kami ingin menonjolkan keunikan tekstil Malaysia, memupuk penghargaan yang lebih mendalam terhadap warisan seni dan budaya ke peringkat global,” katanya lagi.

Acara yang dibawakan turut mendapat sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan (Motac) dan Tourism Malaysia serta pelbagai rakan kerjasama.

Acara itu dihadiri Timbalan Menterinya, Khairul Firdaus Akbar Khan; Pengarah Kanan Pelancongan Malaysia Wilayah Tengah, Sufian Zainuddin dan Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Dasar (Kebudayaan Motac), Datin Salida Ibrahim.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI