Pempengaruh dan usahawan sensasi, Siti Jamumall mendakwa pernah mendapat RM50 nafkah setahun ketika berkahwin dengan bekas suami.

Siti Jamumall, 24, atau nama sebenar Siti Suriani Wahiddin berkata, sikap tidak bertanggungjawab itu menjadi punca dia nekad bercerai tahun lalu.

“Sebelum ini ramai tanya kenapa saya cerai. Kalau nak tahu, saya pernah dapat RM50 saja nafkah dalam masa setahun. Paling banyak pun RM200.

“Saya pernah cakap dengan dia (bekas suami) perkara ini. Tapi, mujur saya ini wanita jenis yang berdikari dan tidak mahu bergantung harap sepenuhnya dengan dia. Jadi, saya bekerja dan berniaga menerusi sesi siarang langsung.

“Malah, pernah hari di mana sebelum bersalin anak kedua saya masih sempat selesaikan semua pesanan orang untuk dihantar. Selepas itu baharulah saya ke hospital. Sampai tahap macam tu saya kena cari duit sendiri,” katanya.

IKLAN

Siti Jamumall turut menambah, perceraian adalah jalan terbaik buat dirinya.

Siti Jamumall Nekad Bercerai, Pernah Terima Nafkah RM50 Setahun – “Sampai Bila Nak Didup Dalam Suasana Toksik?”

@sitijamumallBerdiam Selama ini. Menahan Sakit sendiri. Doakan sye terus kuat♬ original sound – sitijamumall

IKLAN

“Sampai bila saya nak hidup dalam suasana rumah tangga dan perhubungan yang toksik? Saya tidak mahu terus membiarkan diri terseksa dengan menanggung ‘biawak hidup’.

“Diakui apa yang berlaku ini memberi impak besar kepada kehidupan saya. Saya hanya berkongsi perkara ini kepada keluarga dan rakan rapat saja. Mereka yang banyak berikan sokongan dan semangat untuk teruskan kerjaya.

“Saya dari umur 16 tahun dah biasa berdikari dan cari rezeki. Bila bercerai ini, hidup perlu diteruskan. Saya sentiasa ingat pesan mak, menjadi perempuan macam mana kaya pun suami, tapi kena ingat kena ada duit sendiri dan cari duit sendiri,” katanya lagi.

IKLAN

Siti Jamumall dan suami bercerai dengan talak satu pada Disember tahun lalu selepas empat tahun berkahwin.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki Putra Adam Rizki, 4; dan Putra Aiman Zafran, 2

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI