Selebriti popular, Rozita Che Wan menasihatkan mana-mana wanita yang dikasari pasangan hingga mendatangkan kecederaan supaya melakukan perkara sepatutnya bagi mengelakkan insiden sama berulang.
Rozita yang sinonim disapa Che Ta berkata, wanita perlu bijak dalam tindakan bagi mengekang situasi tidak diingini dalam rumah tangga.
Wanita Perlu Bijak, Elak Jadi Mangsa
“Bagi saya, wanita jangan jadi bodoh. Walaupun mungkin lelaki itu yang beli beras, tapi belum tentu dia belikan lauk. Tambah pula sekarang ni lauk ada yang lebih mahal berbanding beras. Saya pernah cakap mengenai hal ini.
“Jadi saya nasihatkan… kalau lelaki itu sudah mulai naik tangan pada anda, anda kena angkat kaki. Bukan terajang muka dia, tapi keluarlah daripada rumah. Anda ada hak, jangan lupa untuk buat laporan terlebih dulu.
“Bila laporan sudah dibuat dan pergi ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan pengesahan, jadi proses selanjutnya akan berjalan lancar (siasatan).
“Akan tetapi kalau anda tak buat laporan polis terlebih dulu, isu boleh jadi rumit. Misalnya suami akan mendakwa anda keluar rumah tanpa izin dan sebagainya,” katanya.
Meski Lelaki Boleh ‘Berubah’, Wanita Harus Waspada!
Che Ta bagaimanapun tidak menafikan, ada lelaki yang boleh berubah menjadi suami yang lebih baik, namun isteri perlu berhati-hati.
“Macam contoh kalau si lelaki itu cuba pujuk balik, maaf janji tak akan buat lagi dan sebagainya, jangan mudah percaya. Sebab apa, anda berkahwin dengan lelaki yang sama.
“Pada saya, dia (pasangan) mungkin sukar untuk berubah. Walau tidak semua tapi itu realiti.
“Kalau wanita pun susah nak berubah, nak harapkan dia pula? Kalau saya, jika ada yang berbuat begitu (berkasar) jangan bagi peluang kedua. Sebab ada potensi untuk dia buat hal lagi,” katanya.
Che Ta juga meluahkan rasa tak puas hati apabila sering terbaca mengenai perkara itu di media massa.
“Memang saya geram, kurang ajar. Kau bila nak nikahi orang itu sanggup bayar mas kahwin bila tak mahu, buat begitu kenapa?,” ujarnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Shawn Mendes akhirnya menjawab persoalan berkenaan hubungannya dengan model, Hailey Baldwin apabila kedua-duanya beraksi mesra pertengahan tahun ini.
Katanya, dia mempunyai hubungan romantik dengan model tersebut sebelum Hailey berkahwin dengan penyanyi, Justin Bieber.
Namun begitu, Shawn juga mempunyai motif lain untuk kelihatan bersama dengan Hailey terutamanya setelah isu dia seorang ‘gay’ mula diperkatakan umum.
“Jauh di sudut hati saya, saya merasakan bahawa saya perlu dilihat dengan seseorang. Seperti seorang wanita di khalayak ramai bagi membuktikan yang saya bukanlah gay.
“Walaupun saya tahu bahawa itu bukanlah satu perkara yang teruk namun ada di sudut hati saya, tetap memikirkannya dan saya tidak sukakannya,” katanya kepada majalah Rolling Stone.
Sebelum ini, kisah cinta mula mendapat perhatian ramai apabila muncul bersama-sama di MET Gala, Mei lalu. Bagaimanapun, kedua-dua mereka mengambil langkah berdiam diri apabila disoal mengenai status hubungan mereka.
Bagaimanapun, walaupun Shawn mengakui bahawa hubungan mereka ketika itu adalah lebih daripada seorang kawan namun ia hanyalah pada masa yang singkat sahaja dan hingga kini dia tidak pernah bermasam muka dengan model tersebut.
Tambahnya lagi, dia juga turut menghantar pesanan ringkas pada Hailey ketika berita perkahwinannya dengan Justin tersebar.
“Saya kirimkan pesanan ringkas kepadanya mengucapkan tahniah dan saya rasa sangat gembira untuk mereka berdua.
“Dia adalah orang yang paling ‘cool’ saya pernah jumpa. Bukan sahaja dia seorang yang sangat cantik malah juga mempunyai hati yang sangat baik,” katanya lagi.
Foto: Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Siti Sarah Raissuddin mengakui ada kalanya berasa sedih kerana tidak dapat meluangkan masa sepenuhnya bersama anaknya.
Jelas Sarah, perkara ini sering terjadi oleh kerana dirinya terlalu sibuk dengan tugas kerjayanya sebagai seorang anak seni serta usahawan yang berjaya.
Bagaimanapun, penyanyi yang terkenal dengan lagu Kesetiaan ini tetap mencari masa untuk meluangkan masa bersama anaknya agar mereka tidak berasa berjauhan dan tersisih dengannya.
“Tanpa ibu dan ayah takkan kemana lah kita, kejayaan seseorang itu adalah berkat doa dari mereka. Ingat, hanya kasih sayang dan doa yang dipinta. Semoga anak-anak ibu sentiasa dilindungi olehNya.
“Macam mana Sarah busy dengan kerjaya dan bisnes, Sarah akan tetap cuba curi masa untuk habiskan waktu dengan anak-anak sebab tak nak mereka rasa jauh dengan ibu.
“Ada satu hari tu Sarah menangis bila tak dapat nak luangkan masa dengan anak-anak. Habis kerja lewat malam, balik je anak-anak dah tidur.
“Tapi inilah orang cakap pengorbanan untuk pastikan anak-anak Sarah hidup selesa di masa depan.
“Ibu minta maaf kalau selama ini ibu sibuk dengan kerja. Insha-Allah ibu akan cuba curi masa yang ada untuk bersama kalian semua. Ibu sayang anak-anak ibu,” tulisnya panjang lebar.
Sekadar informasi, Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Foto: Instagram Siti Sarah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Susulan video dua remaja yang turut melibatkan anak perempuannya yang menjadi tular baru-baru ini, penyanyi Nora Ariffin ada memberikan pendiriannya terhadap apa yang berlaku.
Menerusi satu posting terkini di Instagram, penyanyi Naluri itu mengakui sudah pun mendengar semua pengakuan daripada individu yang terkait.
Selebriti terkenal Malaysia, Scha Alyahya baru-baru ini membuat penampilan eksklusifnya di Minggu Fesyen Dubai khusus untuk jenama terkenal Malaysia, Alia Bastamam.Menggayakan persalinan rona putih...